Lokasi Menginap di Best Western i-City Shah Alam

Lokasi Menginap di Best Western i-City Shah Alam | Alhamdulillah selesai sudah MMC Games 2023. Ummi dan Babah adalah antara Team Manager yang dilantik untuk menguruskan atlet-atlet PTP. Itu nanti kita cerita dalam entri lain ya. Sekarang Ummi nak share tempat kami menginap sepanjang berada di Shah Alam. Semua kontijen PTP menginap di hotel yang sama bagi memudahkan pihak pengurusan untuk pergi dan balik ke lokasi sukan di UiTM Shah Alam.

Bagi Ummi yang menginap berdua, kami diberi bilik Deluxe Room dengan 2 single beds. Ohh berdua tu dengan partner Ummi, wakil pemain Congkak PTP, Anita. Nama je dah lama kat PTP, tapi sebelum ni tak la Ummi selalu berbual dengan Anita ni, bila dah kenal ohhh ramah tamah orangnya hehe. Ok jom baca cerita seterusnya.

Jenis Bilik Best Western i-City Shah Alam

Terdapat tiga jenis bilik yang boleh korang pilih di Best Western i-City Shah Alam. Jom kita tengok satu persatu.

Superior Room

Superior Room berkeluasan 19 meter persegi. Korang boleh memilih sama ada katil bersaiz Queen atau Twin. Bilik superior menawarkan keselesaan ditambah dengan perabot moden seperti meja sisi katil, meja kerja, televisyen dan sebagainya. Connecting room disediakan mengikut permintaan.

Deluxe Room

Lokasi Menginap di Best Western i-City Shah Alam

Manakal Deluxe Room pula berkeluasan 24 meter persegi. Korang boleh memilih sama ada katil bersaiz King atau Twin. Bilik deluxe menawarkan keselesaan ditambah dengan perabot moden seperti meja sisi katil, meja kerja, televisyen, arm chair dan sebagainya. Connecting room disediakan mengikut permintaan.

i-Suites

i-Suites lebih luas berbanding dengan dua jenis bilik yang lain. Ianya berkeluasan 35 meter persegi dengan kemudahan katil bersaiz King. Dapur kecil yang berasingan disediakan, sesuai untuk percutian keluarga. Terdapat juga meja kopi, meja kerja, televisyen dan lain-lain lagi. Connecting room disediakan mengikut permintaan.

Lokasi Menginap di Best Western i-City Shah Alam

Kemudahan Yang Terdapat di Best Western i-City Shah Alam

Bilik Meeting

Terdapat tiga bilik mesyuarat yang lengkap yang boleh memuatkan sehingga 40 orang (classroom set up) dan sehingga 140 tetamu untuk acara jamuan peribadi. Peralatan audio, kemudahan mesyuarat dan WiFi percuma disediakan di semua bilik mesyuarat.

Meetings RoomsSize
(sqm)
TheatreClassroomU-ShapeBoard RoomBanquet
(Table of 10)
View Meeting Room 1937050303050
View Meeting Room 2937050303050
View Meeting Room 3876040202040
3 View Meeting Rooms combined273200140140

The View Café (Level 5)

The View Cafe buka sepanjang hari yang menyajikan pelbagai makanan Barat dan Asia atau gabungan kedua-duanya. Terdapat Breakfast Buffet, Lunch Buffet, Hi-Tea dan Dinner Buffet. Korang juga boleh menyaksikan Central i-City dan i-City Theme Park dari cafe di level 5.

Operation hours: 6:30 am. – 11 pm.
In-room dining operation hours: 24 hours

i-Coffee (Level G)

Kalau korang nak mengopi sambil makan light bites boleh la lepak di i-Coffee di gorund floor.

Kemudahan di Dalam Bilik

Air-conditioning
Complimentary WiFi
Work desk
Armchair
Cable & pay per view TV Channels
32 inch flat screen TV
Wake up calls
Alarm clock
In room safe
Mini refrigerator
Bottled water
Tea/coffee making facilities
Hair dryer Bathroom amenities
Bathroom amenities
Baby cot (upon request)
Extra bed (upon request, charges apply)
Seterika (Upon request bagi bilik Superior & Deluxe)
Kitchenette (i-Suites sahaja)

Harga Bilik Best Western i-City Shah Alam

Superior Room

Superior Room – 1 Queen Bed
Range RM252 – RM330

Superior Room | 2 Single Beds
Range RM252 – RM330

Deluxe Room

Deluxe Room – 1 King Bed/ 2 Single Bed
Range RM288 – RM370

i-Suites

i-Suites – 1 King Bed/ 2 Single Bed
Range RM427.50 – RM500

Tempat Menarik Berdekatan Best Western i-City Shah Alam

Laman Seni 7
Muzium Sultan Alam Shah
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Blue Mosque)
Central i-City
i-City Theme Park
Kompleks PKNS Shah Alam
AEON Mall Shah Alam
UiTM Shah Alam
Taman Tasik Shah Alam
Taman Botani Negara Shah Alam
Stadium Shah Alam
Shah Alam Extreme Park

Lokasi Best Western i-City Shah Alam

Alamat: A-GF-01, No. 6, Persiaran Multimedia 40000 i-City,
Shah Alam, Selangor Golden Triangle | Malaysia
Phone : +603 5521 9000
Fax : +603 5521 2028
Email : enquiry@bestwestern-icity.my

Website: https://www.bestwestern-icity.my/

Alhamdulillah kami berpuas hati menginap di sini, makanan pun boleh tahan sedap. Cuma kat sini tak ada swimming pool ya. Kalau nak bawa anak-anak mandi-mandi boleh ke WaterWorld @ i-City Theme Park. Next entri nanti Ummi share lagi ya.

Baca juga: Penginapan 2 Hari 1 Malam di E-City Hotel @ One City Subang Jaya

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *