Nikmati Buffet Lunch & Dinner Serendah RM43 di GBW Hotel

Foods Review

Nikmati Buffet Lunch & Dinner Serendah RM43 di GBW Hotel | Alhamdulillah dua kali Ummi repeat makan Buffet Dinner di GBW Hotel Johor Bahru bersama Babah dan Syahid bulan lepas. Mana Abang Ilham dan Abang Syamil? Ohhh.. diorang busy main bola sepak jadi diorang tak nak join kami makan-makan. Macam pelik je bunyinya kan sebaba diorang kaki makan hehehe.

Nikmati Buffet Lunch & Dinner Serendah RM43 di GBW Hotel

Apa yang Ummi nak share dengan korang semua ni memang Ummi rasa berbaloi dengan harga dan kesedapan makanannya. Menunya disusun mengikut rotation. Antara menu yang sedap yang korang mesti cuba, Daging Kambing Masak Hitam, Egg Fritata, Nasi Lemak Ayam Berempah dan Paru Berlado, Nasi Goreng Tenpanyaki, Mixed Vege dan macam-macam lagi.

Nikmati Buffet Lunch & Dinner Serendah RM43 di GBW Hotel

Tidak dilupakan ada Japanese Salad. Masya Allah berkali-kali Ummi repeat tau. Memang favourite Ummi la Japanese Salad tu. Ada lagi yang sedap, Char Kue Tiaw. Sedap betul. BBQ Honey Chicken Wings with Dipping pun sedap.

Nikmati Buffet Lunch & Dinner Serendah RM43 di GBW Hotel

Antara dessert yang dihidangkan. Fruit tartlet tu sedap betul!

Nikmati Buffet Lunch & Dinner Serendah RM43 di GBW Hotel

Peneman Ummi makan menu sedap di GBW Hotel.

First round jumpa geng JDT Blogger dan geng Blogger KL (Cik Min, Dik Bee, Momi & PenaBerkala)

Second round kita makan semeja dengan Yoshiko dan berjiran meja sebelah dengan Mokcik Nur & family. Korang jangan lupa cuba menu lunch buffet dan dinner buffet kat sini tau. Bawa family dan kawan-kawan makan sama-sama. Kalau nak celebrate birthday taua farewell pun boleh.

Nikmati Buffet Lunch & Dinner Serendah RM43 di GBW Hotel

Tempat: D’Mezzanine Restaurant, GBW Hotel
9, Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, Johor Bahru, Malaysia

Lunch Buffet (Setiap Hari) | 12pm – 2.30pm
Beli 7 PERCUMA 1

Dinner Buffet (Setiap Hari Khamis – Sabtu) | 6.30pm – 9.30pm
Beli 5 PERCUMA 1

Dewasa – RM43 nett
Kanak-kanak (6 – 12 tahun) – RM25 nett

Untuk tempahan, sila hubungi:

Mr. Syahmi | 016-710 0048
Ms. Aiza | 016-723 3558
Ms. Urfa | 016-710 0073


https://linktr.ee/gbwhotel

Baca juga: Pan Asian Dinner Buffet di Renaissance Johor Bahru Hotel

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!