Penginapan 2 Hari 1 Malam di E-City Hotel @ One City Subang Jaya | Cerita hujung minggu lepas. Kami menghadiri jemputan majlis perkahwinan anak boss Ummi, Capt. Akashah di Putra Glass Hall. Plan punya dengan officemate, akhirnya kami memilih untuk menginap di E-City Hotel @ One City, Subang Jaya memandangkan lokasinya yang berdekatan dengan lokasi majlis. Hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk ke sana.
Kami bertolak dari JB paling lewat, jam 12pm. Plan asalnya kami antara keluarga yang terawal bertolak tapi dek kerana Abang Ilham ada tournament kriket peringkat sekolah, terpaksalah kami batalkan niat nak bertolak awal. Alhamdulillah dalam jam 5.30 petang kami sampai di hotel dan terus check-in. Sepanjang perjalanan tu memang ada hujan sekejap-sekejap. Kami hanya berhenti makan di Machap dan meneruskan perjalanan hingga ke Subang Jaya. Cerita pasal majlis next entry.
Check-in di E-City Hotel @ One City Subang Jaya
Oleh kerana Yap bawa tunang beliau Kina, jadi kami geng emak-emak (Mak Nee & Mak Leen) dengan sebulat suara bercadang untuk booking 2 bilik, Standard King Room & Standard Twin Room. Abang Ilham dan Abang Syamil stay sebilik dengan Abang Yap di bilik Standard Twin Room. Kina dan Arweeen anak Mak Leen stay bilik Standard Twin Room juga.
Ummi, Babah dan Syahid stay di bilik Standard King Room. Bilik kami di tingkat 6 selang beberapa bilik dengan bilik abang-abang tu. So far ok je semua facilities yang ada. Kami pun tak stay lama kan. Berbaloilah dengan harga dan kemudahan yang disediakan, booking melalui booking.com.
Ilham beriya nak swimming, Ummi memang tak plan nak bawa swimming suit pun dan alhamdulillah swimming pool under maintenance jadinya diorang tak la membebel baju tak bawa hehehe. Iron dan iron board ada disediakan diluar bilik, tapi Ummi nak mudah bawa iron sendiri lebih senang risau iron hotel ni kang terbakar tudung ekekeke. Kemudahan lain yang ada, safety box, hair dryer, televisyen.
Budak kecil ni duk mencari abam dia maklumlah, pertama kali stay hotel tak sebilik dengan abam-abam hehehe.
Sebelum turun breakfast sempatlah Ummi paksa diorang bergambar. Nampak tak gaya keterpaksaan itu hehehe.
Bangunan E-City Hotel Berhubung dengan One City Mall
Kami tak breakfast di hotel, sebaliknya kami merayap ke bangunan sebelah iaitu One City Mall yang bercantum dengan E-City Hotel. Jangan risau ya kawan-kawan, kalau stay di hotel ni tanpa pakej breakfast, lunch atau dinner korang boleh je isi perut di One City Mall. Banyak kedai makan kat sini, ada Restoran Old Town White Coffee, Secret Recipe, Subway, Starbucks dan lain-lain lagi.
Penginapan 2 Hari 1 Malam di E-City Hotel @ One City Subang Jaya
Nampak tu Babah dah askar-askarnya sedang merayap hahaha. Tujuan nak breakfast je tapi macam terjebak ke tempat lain je. Stay tuned untuk update dari Ummi ya.
Oklah, kalau korang berhajat nak stay area Subang Jaya bolehlah book E-City Hotel ni. Nak lepas check-out kami ke Suria KLCC melunaskan janji pada anak-anak. Sempatlah ronda sekejap. Next entry kita story mory.
E-City Hotel @ One City
Alamat: SkyPark @, 47650, Jalan USJ 25/1B, One City, 47630 Subang Jaya, Selangor.
Baca juga: Penginapan 2H 1M di Lakeview Terrace Resort Pengerang