Cuci Kereta di MZ Snow Wash Desa Paya Mengkuang | Ummi dah lama sangat tak cuci kereta sendiri atau hantar ke Car Wash sendiri. Kebiasaannya semua diuruskan oleh Babah. Over kan hehehe. Dalam dua minggu lepas tergeraklah hati nak cuci kereta sendiri. Alaaa tak jauh pun masih dalam taman perumahan sendiri. Ummi hantar cuci di MZ Snow Wash je. Hantar sekali carpet sebab Syahid dah buat onar tumpahkan aiskrim habis kena coklat. Lepas hantar kereta Ummi melintas jalan ke rumah Tok Ayah, jengah Tok Ayah sambil beri hadiah Hari Bapa.
Lama jugalah duk rumah Tok Ayah layan dia berbual sambil tengok tv. Tak sangkakan itu semua dah jadi kenangan. Dah tak ada dah aktiviti bersama Tok Ayah lagi. Ok meleret pula cerita lain. Setelah siap mecuci kereta, Ummi memang berpuas hatilah. Bersih cuciannya bukan basuh cincai boncai. Ummi cuci dalam dan luar kereta, ok bersih dan berkilat. Berbaloilah dengan harganya. Pekerja yang mencucinya pun baik orangnya. Kalau korang yang tinggal berdekatan boleh la cuba cuci kereta di MZ Snow Car Wash. Boleh rujuk perkhidmatan yang ditawarkan kat bawah tu ya.
Perkhidmatan di MZ Snow Wash:
Wash & vacuum
Polish
Waterwax
Kilat Lampu
Watermark
Cuci Carpet
Harga Mencuci Kenderaan di MZ Snow Wash:
Cuci Luar & Dalam | Water Wax | Engine | |
Compact/ Small | RM10 | RM20 | RM15 |
Saloon/ Sedan | RM12 | RM22 | RM20 |
MPV | RM15 | RM25 | RM30 |
SUV | RM18 | RM28 | RM30 |
4WD/ Van | RM20 | RM30 | RM30 |
Lori (1 tonne) | RM30 | ||
Motor | RM7 | ||
Carpet | RM3/ sqm |
Lokasi MZ Snow Wash
Bersebelah dengan Masjid Jamek Al-Irsyad
Desa Paya Mengkuang, 81560 Gelang Patah, Johor.