Tempat Menarik di Johor | Negeri Johor adalah salah sebuah negeri yang menyumbang kepada ekonomi pelacongan negara Malaysia. Berikut antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi sekiranya anda datang ke selatan tanah air.
Puteri Harbour, Iskandar Puteri

Sekiranya anda ke Iskandar Puteri, jangan lupa singgah di Puteri Harbour. Lokasinya terletak di Persiaran Puteri Selatan yang menempatkan pelabuhan, restoran & cafe, hotel & homestay serta lain-lain lagi. Terletak lebih kurang 22km dari Bandaraya Johor Bahru. Ambil angin petang sambil menyelusuri Marina Walk bersama keluarga tersayang.
Lokasi: Persiaran Puteri Selatan
79000 Iskandar Puteri, Johor.
Legoland Malaysia Resorts

Legoland Malaysia Resort merupakan satu-satunya taman tema di Asia yang terbahagi kepada tiga kawasan iaitu Legoland Theme Park, Legoland Waterpark dan SEA LIFE Malaysia. Terdapat lebih daripada 40 permainan dan pertunjukan yang disediakan. Selain berhibur di theme park dan mandi-manda di waterpark, pengunjung juga berpeluang belajar mengenali kehidupan laut di SEA LIFE Malaysia, yangmenempatkan 13,000 hidupan akuatik daripada 120 spesies berbeza.
Tempat Makan Sedap Sekitar Puteri Harbour & Legoland Malaysia Resort:
Mana Cafe
Alamat: Ground Floor, Somerset, Puteri Harbour, 79000 Johor Bahru
Telefon: 011-3311 1378
Restoran Sri Pantai Asam Pedas Kg Sungai Melayu
Alamat: No. 48 Kampung Sungai Melayu,
79100 Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor
Telefon: 0199912856
Stadium Sultan Ibrahim

Lokasi seterusnya Stadium Sultan Ibrahim adalah stadium bola sepak bagi pasukan kelab bola Johor Darul Ta’zim (JDT) yang terletak di Iskandar Puteri, Johor Bahru. Stadium ini dinamakan sebagai penghormatan kepada Sultan Negeri Johor iaitu Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Stadium ini terletak dalam 140,000 meter persegi dengan jumlah kawasan yang dibina sebanyak
70,000 meter persegi dan boleh menampung sehingga 40,000 penonton.
Lokasi: JDT HQ, Sultan Ibrahim Stadium,
81120 Gelang Patah, Johor.
Tempat Makan Sedap Sekitar Stadium Sultan Ibrahim
Restoran Taste of Johor
Alamat: 37, Jln Sentral 24, Taman Nusa Sentral, 79100 Johor Bahru, Johor.
Telefon: 013-752 9277
Restaurant Budak Siew Mai
Alamat: 33, Jln Sentral 2, Taman Nusa Sentral, 79100 Iskandar Puteri, Johor
Telefon: 011-2771 9309
Mercu Tanda 0 KM, Johor Bahru

Kalau anda ingin ke Bandaraya Johor Bahru, jangan lupa singgah di Mercu tanda Kilometer Sifar atau 0 KM. ianya terletak di tengah bandar Johor Bahru ini merupakan kedudukan yang paling selatan bukan sahaja di Semenanjung Malaysia malah bagi Tanah Besar Asia. Mercu tanda 0 KM ini juga merupakan permulaan bagi tempat bermulanya ukuran KM di Semenanjung Malaysia.
Lokasi: Bandar Johor Bahru, 80000
Johor Bahru, Johor
Laman Mahkota Istana Bukit Serene
Dah pernah ke Laman Mahkota Istana Bukit Serene? Kalau belum, sila masukkan dalam list lokasi yang mesti korang tuju jika ke Johor. Ianya merupakan satu mercu tanda Mahkota Istana Johor yang tersergam indah di pintu gerbang kediaman rasmi DYMM Sultan Johor. Terletak berhadapan dengan Danga Bay di Jalan Straits View, Laman Mahkota Istana Bukit Serene ini merupakan tarikan terbaru di Johor Bahru.
Lokasi: Jalan Kolam Air, Bukit Serene,
80200 Johor Bahru, Johor.
Tempat Makan Sedap Sekitar Johor Bahru
Zaituna Restaurant
Alamat: 27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200 Johor Bahru, Johor
Telefon: 07-213 3577
Kacang Pool Haji
Alamat: Jalan Dato Jaafar, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor
Telefon: 013-737 7997
Restoran ZZ Sup Tulang
Alamat: 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Telefon: 011-1056 7209
Tempat Menarik di Johor
Dataran Tanjung Emas, Muar

Siapa tak kenal lokasi popular di Muar ni kan. Dataran Tanjung Emas terletak di Tanjung Emas, iaitu di muara Sungai Muar. Ianya telah dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Muar sebagai sebuah lokasi rekreasi serta riadah untuk penduduk setempat, dataran ini juga dihiasi dengan monumen jam besar sebagai tarikan utama.
Lokasi:Taman Sri Tanjung,
84000 Muar, Johor.
Desa Keroma Eco Resort, Parit Keroma, Muar

Desa Keroma Eco Resort antara lokasi percutian yang mesti ada dalam senarai tempat menarik di Johor. Ianya terletak di Parit Keroma, Muar. Sekiranya anda sukakan kedamaian dan kehijauan, lokasi resort ini memang sesuai untuk anda. Jauh dari hiruk pikuk bandar tu. Hanya bunyi unggas yang menemani kerana kawasan ni terletak berhampiran dengan pokok bakau.
Lokasi: Jalan Junid, Parit Keroma Laut,
84000 Muar, Johor.
Tempat Makan Sedap Sekitar Muar
Wak Jos Ikan Bakar
Alamat: Medan Ikan Bakar Sabak Awor, Medan Selera, Jalan Cahaya, Sabak Awor, 84000 Muar, Johor
Telefon: 012-6972564
Asam Pedas Jalan Joned
Alamat: Jln Junid, Taman Sri Tanjung, 84000 Muar, Johor
Telefon: 017-882 1065
R&H Sate Maharani
Alamat: 15, Jalan Seri Temenggong 26/1, Taman Sri Temenggong, 84000 Muar, Johor
Telefon: 018-215 2794
Pantai Minyak Beku, Batu Pahat

Jom santai-santai ambil angin petang di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat. Ianya merupakan lokasi yang tidak asing lagi bagi penduduk di sekitar daerah tersebut kerana pemandangan pantainya yang indah lebih-lebih lagi apabila tiba waktu matahari terbenam. Pantai ini juga menjadi lokasi tumpuan untuk pemancing kerana banyak kemudahan yang disediakan di kawasan sekitar Pantai Minyak Beku.
Lokasi: Jalan Minyak Beku, 83000 Batu Pahat, Johor.
Tempat Makan Sedap Sekitar Batu Pahat
Mee Racun Tulang
Alamat: TL1, Jalan Rotan Tungal, Taman Sri Jaya, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: 0176746066
Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat
Alamat: 29, Jalan Soga, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: 013-555 5604
Nasi Baryani Mohd Shah
Alamat: 13 & 14, Selera Benteng @ Peserai, Kompleks Niaga Benteng, 83000 Batu Pahat, Johor
Telefon: 01118788322
Adventure Waterpark Desaru Coast

Adventure Waterpark Desaru Coast juga antara taman tema yang tidak kurang hebatnya. Ia merupakan taman tema terbesar di Malaysia. Dengan berkeluasan 21 ekar Desaru Coast menawarkan pelbagai jenis aktiviti, permainan dan water slides yang menyeronokkan. Sesuai untuk aktiviti seisi keluarga.
Lokasi: Adventure Waterpark Desaru Coast, No. 4,
Jalan Danau, Desaru Coast, 81930
Bandar Penawar, Johor.
Tempat Makan Sedap Sekitar Desaru
Nelayan Seafood By The Coast
Alamat: Tunamaya Beach & Spa Resort – Desaru, Bandar Penawar, 81930 Bandar Penawar, Johor
Telefon: 07-833 8803
Restoran Terapung Bujang Firefly
Alamat: Bandar Penawar, 81930 Bandar Penawar, Johor
0127593468
LIKE & FOLLOW – herneenazir[dot]com