Waktu Wukuf & Doa Hari Arafah

Waktu Wukuf & Doa Hari Arafah

Waktu Wukuf & Doa Hari Arafah | Untuk rujukan dan panduan umat Islam seluruh dunia yang menunaikan fardhu haji.Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, ambillah peluang ini untuk berdoa di tempat masing-masing sepanjang tempoh tersebut.

Apakah Hari Arafah?

Hari Arafah (Arab: يوم عرفة, rumi: Yawm ‘Arafah) ialah sebuah perayaan Islam yang berlaku pada 9 Zulhijah dalam kalendar Hijrah Islam. Hari ini merupakan hari kedua dalam ibadah Haji. Pada hari ini, para jemaah pergi ke Gunung Arafah dari Mina serta padang Arafah. Di gunung ini, Nabi Muhammad SAW memberikan khutbah-khutbah terakhirnya pada tahun terakhir kehidupannya. Dalam kalangan umat Islam, dikatakan bahawa ayat-ayat Al-Qur’an berkenaan kesempurnaan ajaran Islam telah diturunkan di sini. Pada hari ini umat Islam yang berada di negara masing-masing digalakkan untuk berpuasa sunat yang dipanggil Puasa Arafah. 

Bila Waktu Wukuf Bermula?

Waktu wukuf bermula selepas gelincir matahari pada 9 Zulhijjah sehingga tenggelam matahari waktu maghrib. Pada tahun ini waktu Wukuf di Arafah jatuh pada 27 Jun 2023 (Malaysia).

Baca juga: Doa Mustajab Depan Kaabah

Lafaz Niat Puasa Sunat Arafah

Puasa Sunat Arafah dilakukan pada setiap 9 Dzulhijjah dalam kalendar hijrah Islam. Hari Arafah merupakan hari yang sangat digalakkan untuk berpuasa.

Waktu Wukuf & Doa Hari Arafah

نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَى

“Saya berniat puasa sunat ‘Arafah kerana Allah Taala.”

Waktu Wukuf & Doa Hari Arafah

Kelebihan Puasa Arafah

Sabda Rasulullah S.A.W – ” Puasa hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang” – Riwayat Muslim

Doa Hari Arafah

Rebutlah peluang mustajab untuk berdoa pada hari Arafah 9 Zulhijjah setiap tahun.

“Sesungguhnya Nabi SAW bersabda, berpuasa pada hari Arafah dihitung oleh Allah dengan meluputkan dosa setahun yang telah lalu dan dosa pada tahun akan datang” – Hadis Riwayat at-Tirmidzi

Baca juga: Waktu Bercukur & Memotong Kuku Bagi Yang Menjalani Ibadah Qurban

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *