Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | Inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan. Berikut merupakan sedikit info berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah atau singkatannya STR. Semoga sedikit sebanyak membantu kehidupan rakyat Malaysia di zaman ini.
Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Siapakah yang layak menerima STR?
Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Warga Emas Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Berapakah jumlah bayaran asas STR yang akan diterima?
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut:
Bilakah tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuat?
Pembayaran STR akan dilaksanakan seperti berikut:
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
Bagaimanakah kaedah bayaran STR dilaksanakan?
Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
i. Kredit ke Akaun Bank
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara
berperingkat.
ii. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
a) Tiada maklumat akaun bank
b) Status pengkreditan gagal kredit
Siapakah layak terima kadar tambahan RM600 STR?
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar. Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
i. penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
ii. mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169
berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Bagaimanakah kaedah penyaluran sumbangan kadar tambahan STR?
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar
untuk barangan makanan asas bernilai RM100 bagi tempoh 6 bulan.
Kredit info: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Perkongsian yang bagus
mudah2an bermanfaat utk yg memerlukan