Travelog Ipoh | Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam ke Ipoh Perak

Travelog Ipoh | Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam ke Ipoh Perak

Travelog Ipoh | Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam ke Ipoh Perak | Setelah tiga bulan terperam gambar-gambar percutian ke Port Dickson dan Ipoh, Perak maka hari ni Ummi gigihkan sikit la kongsikan itinerary percutian 4 hari 3 malam ke Ipoh Perak. Bagi percutian ke Port Dickson Ummi skip dulu sebab itu more to family day event. Tak banyak tempat yang kami jalan-jalan. Ni baru itinerary ya, belum cerita penuh. Tak tahulah bila munculnya ekeke.

Actually, percutian kami Ipoh ni ada dua tujuan yang pertamanya menghantar pengantin anak buah Babah yang bertemu jodoh dengan orang Ipoh. Dah alang-alang ke Ipoh tu kami plan untuk sambung bercuti sekali. Maklumlah bukan senang nak sampai ke utara tanah air ni hehehe. So here we go! Jemputlah baca itinerary tak seberapa tu.

ITINERARY PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM KE IPOH PERAK

Day 1 – 5/6/2022

Bertolak dari Port Dickson ke Ipoh
Check-in Manhattan Condominium, Ipoh
Majlis pernikahan Fitri & Hayati di Masjid Al-Furqan, Taman Pengkalan Jaya
Balik homestay

Day 2 – 6/6/2022

Majlis Persandingan Fitri & Hayati di Rumah Putih Ipoh
Check-in The Majestic – Imperial Tower
Dinner di Restoran Ikan Bakar Ipoh Warisan Mak Tok Wan
Bersiar-siar di Bulatan Sultan Azlan Shah
Balik homestay

Day 3 – 7/6/2022

Breakfast di Salmah Kopitiam
Tasik Cermin Gunung Rapat Ipoh
Lubuk Timah Hot Spring (Pusat Rekreasi Lubuk Timah), Simpang Pulai
Lunch di Warung Tempua, Ipoh
Funtasy House Trick Art
Lost World of Tambun – Hot Springs & Night Park
Balik homestay

Day 4 – 8/6/2022

Breakfast di homestay
Kellie’s Castle, Batu Gajah, Kinta
Lunch di Warong P.Ramlee
Balik JB


Check-in Manhattan Condominium, Ipoh

Travelog Ipoh | Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam ke Ipoh Perak

Sesampainya kami di Ipoh, kami check-in di Manhattan Condominium, Ipoh. Kami stay 2 hari 1 malam saja di sini. Abang Ngah aka bapa pengantin yang booked di sini so kami follow je. Rumahnya sangat luas dan selesa. Kelengkapan rumah cukup memang sesuai kalau korang nak stay semasa bercuti di Ipoh ni. Security terjamin insha Allah. Malangnya gambar dalam rumah Ummi tak snap hehehe.

Alamat: Manhattan Business Center, Jalan Pasir Puteh, Kampung Paya, 31650 Ipoh, Perak

Majlis pernikahan Fitri & Hayati di Masjid Al-Furqan, Taman Pengkalan Jaya

Petangnya kami menghadiri majlis pernikahan Fitri, abang sepupu The Ilhams. Alhamdulillah, pengantin selamat diijabkabulkan. Lepas majlis nikah ada jamuan makan di rumah pengantin perempuan masih dalam taman perumahan yang sama.

Majlis Persandingan Fitri & Hayati di Rumah Putih Ipoh

Esoknya dalam jam 11pm kami dah siap-siap check-out dari Manhattan Condominium terus menuju ke Rumah Putih Ipoh untuk manjlis sanding. Ummi suka betul dengan view sekitar Rumah Putih Ipoh ni. Dekorasi ‘garden wedding’ tu memang sangat menarik. Nanti Ummi share gambar dalam entri lain ya.

Check-in The Majestic – Imperial Tower

Selesai majlis persandingan, kami terus menuju ke The Majestic – Imperial Tower. Ummi booked melalui Airbnb. Pertama kali tau guna Airbnb. Kami sangat puas hati dengan stay kat sini. Kemudahan lengkap alhamdulillah. Lokasi pun strategik di tengah bandar Ipoh. Senang nak ke sana ke sini. Full review menyusul nanti insha Allah.

Travelog Ipoh | Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam ke Ipoh Perak

Dinner di Restoran Ikan Bakar Ipoh Warisan Mak Tok Wan

Malam kami dinner di Restoran Ikan Bakar Ipoh Warisan Mak Tok Wan. Tak sia-sia jalan jauh sikit dari homestay sebab makanannya semua sedap. Mula-mula ingatkan kami tersesat rupanya betullah sampai tempat yang dituju. Ummi main pilih secara random je la hasil dari menggoogle hehehe. Puas hati makan kat sini tau. Ikan bakar sedap, tomyam pun sedap. Harga memang berpatutan. Recommended!

Alamat: 78 (Ground Floor, Jln Meru Bestari B7, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak

Bersiar-siar di Bulatan Sultan Azlan Shah

Travelog Ipoh | Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam ke Ipoh Perak

Lepas perut dah kenyang kami bersiar-siar di Bulatan Sultan Azlan Shah. Kebetulan lokasinya berdekatan dengan Restoran Ikan Bakar Ipoh Warisan Mak Tok Wan. Memang cun sangatlah, terus je la meronda ke sini. Siap naik keretapi lagi tau syok betul layan anak-anak. Ramai juga pengunjung lain. Pusing-pusing jumpa classmate Syamil yang bercuti di Perak juga hehehe. What a small world! Ikut plan nak bersiar-siar di Kinta River Front, tapi hujan gerimis masa on the way nak ke sana. Jadi kami batalkan je niat tu. Lagi pun Syahid dah mula nak tidur. Plan nak ke Pasar Gerbang Malam pun kami batalkan. Terus balik ke homestay berehat.

Breakfast di Salmah Kopitiam

Travelog Ipoh | Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam ke Ipoh Perak

Keesokkan paginya, kami bersarapan di Salmah Kopitiam. Lokasinya pun tak jauh dari homestay. Hari ni memang berderet sikit la lokasi yang nak diterjah. Jadi kena makan berat sikit tambah tenaga hehe. Yang bestnya jumpa geng JDT Blogger Eda kisahsidairy.com. Kat JB susah nak jumpa kalau tak join event, boleh pula kat Perak ni kita reunion hehehe. Overall makanan kat Salmah Kopitiam ni sedap! Review penuh nanti ya hehe.

Tasik Cermin Gunung Rapat Ipoh

Travelog Ipoh | Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam ke Ipoh Perak

Lokasi pertama yang kami tuju adalah Tasik Cermin Gunung Rapat Ipoh Perak. Tasik Cermin adalah kawasan kuari yang sudah lama dan tidak lagi beroperasi yang mempunyai dua tasik dan dua terowong yang unik. Memang sangat cantik view kat sini tau. Breathtaking view! Tapi ada juga cerita misterinya sepanjang kami melalui terowong tu. Alhamdulillah tiada gangguan sehingga kami sampai ke rumah.

Harga Tiket Tasik Cermin Ipoh

Harga TiketDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara44
Pelancong Asing88
Harga tiket dikemaskini sehingga : 30 Jan 2023
Harga ParkingRM15
Harga Bayaran Naik Bot
Dewasa
Kanak-kanak

RM18
RM12

Waktu Operasi Tasik Cermin Ipoh

9am-6pm (setiap hari)

Alamat: PTD199635, Batu 4 1/2, Jalan Gopeng, 31350 Ipoh, Perak.

Facebook: https://www.facebook.com/tasikcerminipoh
Instagram: https://www.instagram.com/tasikcermin/

Lubuk Timah Hot Spring (Pusat Rekreasi Lubuk Timah), Simpang Pulai

Travelog Ipoh | Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam ke Ipoh Perak

Seterusnya kami ke Lubuk Timah Hot Spring (Pusat Rekreasi Lubuk Timah), Simpang Pulai. Kalau ikut waze jauh jugalah lokasinya dari homestay. Lubuk Timah merupakan sebuah tempat rekreasi yang menggandingkan dua suasana iaitu kolam air panas dan air terjun. It’s up to you lah nak berendam kat mana hehe. Kami tak mandi-manda pun main celup-celup air je sampai Abang Ilham tercelup habis basah seluar hahaha. Ada juga chalet kalau korang nak bermalam di sini.

Harga Tiket Masuk:
Dewasa – RM5
Kanak-kanak & Warga Emas – RM3

Sewaan kemudahan:

Pondok: RM10
Gazebo: RM30
Gazebok Eksklusif: RM70

Alamat: Pusat Rekreasi Lubuk Timah, Jalan Keramat Pulai, Kampung Kepayang, 31300 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi: 8am – 6.30pm (Daily)

Facebook: https://www.facebook.com/PUSAT.REKREASI.LUBUK.TIMAH

Lunch di Warung Tempua, Ipoh

Travelog Ipoh | Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam ke Ipoh Perak

Late lunch di Warung Tempua. Warung masakan Melayu yang beroperasi selama 24 jam. Mula-mula nak makan ada satu lagi kedai makan, lupa namanya tapi bila Babah turun tanya banyak makanan dah habis. So lajulah Ummi search tempat lain. Paling dekat dengan kami adalah Warung Tempua. Ummi suka hiasan pokok-pokok sekitar Warung Tempua ni. Syok betul nampak hijau sekeliling, sejuk dan nyaman. Makanan kat sini biasa-biasa je. Taklah sedap gila sangat. Makcik waitress pun garang hehehe. Mungkin nampak kami orang luar.

Alamat: 71, Jalan Lim Bo Seng, Kampung Jawa, 31350 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: 24 jam

Facebook: Warung Tempua 24 Jam

Funtasy House Trick Art Ipoh

Lokasi seterusnya kami ke Funtasy House Trick Art Ipoh. Antara lokasi yang sangat dinanti-nantikan oleh anak-anak. Selagi tak pergi selagi tu asyik tanya. Bangunan 2 tingkat ini dihiasi dengan lukisan 3D, 2D yang sangat cantik. Jadi korang bersiap sedialah untuk posing sepuasnya. Anak-anak enjoy sangat!

Alamat: 16, Jalan Pasar, 30000 Ipoh, Perak.

Waktu Operasi: 9am – 6pm (Daily)

Harga Tiket:
Pemegang MyKad
Dewasa – RM15
Kanak-kanak (4-12 Tahun)/Warga Emas (60 Tahun Ke Atas)/OKU – RM10

Bukan Pemegang MyKad
Dewasa – RM25
Kanak-kanak (4-12 Tahun) – RM20
Warga Emas (60 Tahun Ke Atas)/OKU – RM15

Lost World of Tambun – Hot Springs & Night Park

Oleh kerana Ummi malas nak layan diorang berendam dalam air lagi, sebab dari kat Port Dickson dah asyik berendam je, jadi Ummi plan untuk ke sini sebelah petang. Ummi beli tiket Hot Spring Night Park. Padahal bleh je mandi-manda lagi, tapi orang ramai sangat tak kuasalah Ummi nak layan diorang berendam. Kami stay sini sampai malam sebab masing-masing excited nak tengok night performance. Syok The Ilhams dapat tengok banyak haiwan tau.

Harga Tiket Masuk Hot Spring Night Park (Online):

Dewasa: RM52.50
Kanak-kanak: RM46.20

Harga Tiket Masuk Hot Spring Night Park (Belian di Kaunter):

Kanak-kanak: RM66 (Diskaun RM10 bagi pemegang MyKad)

Waktu Operasi Lost World of Tambun Ipoh

Isnin-Jumaat: 11.00 am – 6.00 pm
Hujung Minggu, Cuti Sekolah & Cuti Am: 10.00 am – 6.00 pm
*Ditutup Selasa kecuali cuti am & cuti sekolah

LOST WORLD OF TAMBUN
(Sunway Lost World Water Park Sdn Bhd)
No 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak.

Tel : +605 5428888 | Fax : +605 5428899
Email: lostworldoftambun@sunway.com.my
Website : http://www.sunwaylostworldoftambun.com

Kellie’s Castle, Batu Gajah, Kinta

Mula-mula Ummi tak include Kellie’s Castle ni dalam itinerary. Sebab Ummi macam seram nak ke sini hehehe. Banyak sangat terpengaruh cerita horror mungkin hehehe. Tapi bila memikirkan eh rugi la dah sampai Ipoh tapi tak melawat salah satu tapak sejarah ni. View kat sini memang sangat cantik dengan cuaca yang cerah matahari memancar nak ambil gambar pun cantik. Kalau korang ke Ipoh singgah tau!

Harga Tiket Kellie’s Castle

Dewasa – RM5
Kanak-kanak – RM3
Pelancong Asing – RM10

Waktu Operasi Kellie’s Castle:
9.00 am – 6.00 pm (setiap hari)

Alamat: Batu 5, Jalan Gopeng, 31000 Batu Gajah, Perak.

Lunch di Warong P.Ramlee

Destinasi terakhir kami sebelum bertolak balik ke JB. Aktiviti penting, sudah semestinya mengisi perut supaya tak ada yang lapar dalam perjalananan lebih kurang 6 jam tu nanti. Malas nak banyak-banyak singgah. Ummi search Warong P. Ramlee ni, mula-mula rasa kecil besar juga hati takut tersesat atau salah jalan. Nak ke sini kena masuk kawasan kampung. Yang pastinya suasananya sangat mendamaikan. Warong P. Ramlee ni terletak dalam kawasan sebuah resort The Kandu. Kawasan ni di kelilingi dengan kehijauan pokok dan gua batu kapur. Sambil makan sambil menikmati kehijauan alam. Dekorasi kedai pun sangat klasik dan menarik. Makan sedap. Recommended! Lepas makan kami terus bertolak balik ke JB. Kalau nak ikutkan ada air terjun yang berdekatan dengan Warong P. Ramlee ni, tapi kami tak singgah pun sebab tak nak melewatkan perjalanan balik.

Alamat: 10731, Jalan Besar, Kampung Gunung Mesah Hulu, Gopeng, Perak.

Waktu Operasi: 7am – 11pm (Dibuka setiap hari kecuali hari Selasa)

Facebook: Warong P. Ramlee at the Kandu

Bertolak balik ke JB

Goodbye Perak! See you when i see you. Insha Allah panjang umur kami datang lagi tapi kami ronda-ronda daerah lain la pula kan hehehe. Best jalan-jalan kat Ipoh Perak ni sebab banyak kawasan yang menghijau dan di kelilingi gua batu kapur. Indah betul ciptaan Allah. Ok nanti Ummi sambung cerita satu persatu Insha Allah.

Baca juga: Wordless Wednesday – Tasik Cermin Gunung Rapat Ipoh Perak

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *