Menikmati Keindahan Alam di Tasik Cermin Ipoh

Menikmati Keindahan Alam di Tasik Cermin Ipoh

Menikmati Keindahan Alam di Tasik Cermin Gunung Rapat Ipoh

Menikmati Keindahan Alam di Tasik Cermin Ipoh | Pertama kali kami menjejakkan kaki ke Tasik Cermin tahun lepas semasa cuti persekolahan bulan Jun 2022. Mula-mula tak terfikir pun nak menaiki bot menikmati keindahan tasik ni. Plannya nak jalan-jalan sekitar kawasan luar tu je. Dah alang-alang sampai, marilah kita naik bot sekali.

Baca juga: Tempat Menarik Ipoh

Tasik Cermin adalah destinasi yang semakin popular di kalangan pelancong untuk dikunjungi di Ipoh, Perak. Terletak di kawasan Gunung Rapat, Tasik Cermin menawarkan suasana yang tenang dan indah, serta menyediakan aktiviti menarik yang boleh dilakukan untuk seisi keluarga. Juga dikenali sebagai “Mirror Lake”. Aktiviti yang boleh dilakukan di Tasik Cermin termasuklah bersampan mengelilingi tasik, bersiar-siar dan menikmati keindahan alam semulajadi sekitar tasik.

Ikut update dari page Tasik Cermin, banyak perubahan yang dah dibuat dan diselenggarakan oleh pihak lain. Apa yang Ummi share ni apa yang ada masa kami ke sana tahun 2022 ya.

Tarikan & Kemudahan di Tasik Cermin

Menikmati Keindahan Alam di Tasik Cermin Gunung Rapat Ipoh
  • Tasik Cermin 1 (Mirror Lake)
  • Mirror Lake Tunnel
  • Mirror Lake Mini Jetty
  • Tasik Cermin 2 Hidden World
  • Hidden World Tunnel
  • Hidden World Boat House
  • Snake Mouth Cave
  • Rocky Walk (coming soon)
  • Panther Valley (coming soon)
  • Surau
  • Washroom
  • Car Park
  • Souvenir Shop
  • Tasik Cermin Gallery (coming soon)
  • STG-Dell Cafe (coming soon)
  • Tasik Cermin Kopitiam (coming soon)
  • Kafe Lake View (coming soon)
  • Tasik Cermin Villa (coming soon)
  • Monkey Swing Playground
  • Flying Fox (coming soon)
  • Rock Climbing (coming soon)
  • Tasik Cermin Adventure Park (coming soon)

Jomlah kita mulakan ekspedisi menerokai Tasik Cermin Ipoh, Perak bersama The Ilhams.

Harga parking RM5 kami bayar sebab melalui satu jalan kawasan private, kalau ikutkan tak perlu lalu kawasan ni pun sebab kami tak parking pun kat situ. First time datang memang tak tahu la selok belok. Kemudian sesampainya di pintu masuk kami bayar tiket masuk RM60 untuk bayaran menaiki bot sekitar Tasik Cermin 2 Hidden World (RM18 dewasa & RM12 kanak-kanak) dan juga RM17 untuk masuk ke Animal Park (RM3 dewasa & RM1.50 kanak-kanak, Animal Park RM2 seorang). Masa kami ke sini tiada parking fee yang dikenakan.

Tasik Cermin 2 Hidden World

Kawasan pertama yang kami terokai adalah Tasik Cermin 2 Hidden World. Sebelum memulakan perjalanan, kami diminta memakai life jacket untuk keselamatan. Kecil besar juga hati Ummi nak naik bot dengan anak-anak ni. Tapi tawakkal je la, niat nak tengok keindahan alam.

Sebelum memulakan penerokaan, Ummi pesan anak-anak untuk baca Al-Fatihah. Bila sampai je Hidden World Tunnel ni, Syahid buka kisah misteri nusantara. Tiba-tiba dia peluk Babah dan tunjuk ke atas gua, “ehhhh hantu.. hantu..” kata dia. Lagi laju la mulut Ummi berzikir. Terus naik bulu roma Ummi oii. Sepanjang dalam gua tu pun dia duk cakap.. “syhhhhh.. hantu.. hantu.. syhhhh” sambil letak tangan kat bibir suruh kami semua diam.

Mungkin dia nampak makhluk tu ada kat kawasan tu agaknya. Nak turun dari bot dah sampai ke tengah gua, maka tawakkal dan redho je la tak sabar nak nampak cahaya keluar dari tunnel ni. Nasib Syahid steady je dan makhluk tu tak menyakat lama.

Bila dah keluar dari tunnel, masya Allah indahnya ciptaan Allah. Sambil mulut ternganga kagum dengan pemandangan indah, sambil mulut tak henti berzikir. Seram juga dah sampai tengah tasik ni, risau budak kecil tu tak tahu diam.

Menikmati Keindahan Alam di Tasik Cermin Ipoh

Salah satu daya tarikan utama Tasik Cermin adalah keindahan airnya. Tasik ini dikelilingi oleh bukit batu kapur yang menjadikan airnya jernih dan memantulkan pemandangan di sekeliling tasik. Pengunjung dapat melihat bayangan diri mereka di permukaan air dan menikmati keindahan semulajadi sekitar tasik. Ya Allah memang breathtaking view!

Tasik Cermin Animal Park

Ada animal park aka mini zoo. The Ilhams ni suka la layan haiwan-haiwan comel ni.

Tak adalah banya sangat haiwannya, ada burung, arnab, ayam, burung merak, burung kakak tua dan lain-lain lagi. Kawasan berbumbung, sekali pusing je dah settled.

Budak kecil sorang ni memang pencinta arnab. Lepas balik dari sini la rezeki dia ada anak arnab sekor jiran bagi hehehe.

Tasik Cermin Archery Range

Tahun lepas ada kawasan yang dijadikan kawasan memanah. Tapi kalau ikut update sekarang Ummi rasa dah tak ada Tasik Cermin Archery Range ni. Kami tak memanah pun sebab kat rumah boleh memanah percuma kalau join kelas memanah Babah hehehe.

Tasik Cermin 1 (Mirror Lake)

Seterusnya kami ke Tasik Cermin 1 (Mirror Lake). Sebelum sampai ke sana kami harus berjalan kaki lebih kurang 200 meter melalui Mirror Lake Tunnel.

Masa ni pengunjung boleh tahan ramai, jadi kena pandai-pandai la snap gambar nak elak serabut mata hehehe. Masya Allah, Tasik Cermin 1 ni pun cantik betul. Sejuk mata memandang.

The Ilhams sempat berkenalan dengan kawan baru namanya Noah. Noah ni anak kepada pengurus kat sini, rajin betul dia jual makanan ikan. Siap bagi free kat Ilham tanda persahabatan katanya. Baik budaknya sopan je.

Sempatlah bagi ikan-ikan makan. Katanya kalau hujan lebat kawasan ni boleh ditenggelami air.

Bergambar lagi sebelum keluar dari Tasik Cermin 1 (Mirror Lake). Berbual dengan si Noah ni boleh tahan seriau juga hehe. Dia cerita kisah-kisah misteri kat Tasik Cermin ni. Rupanya ada kes orang terjun ke tasik sebelum ni, barulah Ummi tahu lepas dengar cerita Noah ni. Terus search kat internet, jumpa la video TikTok orang Arab terjun hehehe.

V Valley Cave

Last sekali kami masuk ke V Valley Cave. Rasanya klau ikut pengurusan sekarang ni, V Valley Cave ni tak ada dalam list. Dari parking lot tu, kena jalan kaki sikit la nak masuk ke gua.

Inilah kawasannya sekelilingnya. Tak lama pun kat sini, lepas berposing-posing kami terus keluar. Takut Syahid nampak yang bukan-bukan je hehehe.

Harga Tiket Tasik Cermin Ipoh

Harga TiketDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara44
Pelancong Asing88
Harga tiket dikemaskini sehingga : 30 Jan 2023
Harga ParkingRM15
Harga Bayaran Naik Bot
Dewasa
Kanak-kanak

RM18
RM12

Waktu Operasi Tasik Cermin Ipoh

9am-6pm (setiap hari)

Tasik Cermin Ipoh Taman Eko Kuari Pertama Malaysia

Akhir kata, bagi korang yang ingin menikmati keindahan alam di Ipoh Perak, Tasik Cermin merupakan pilihan ideal untuk dikunjungi. Laluan akses ke kawasan ini juga agak mudah, cuma masa kami datang tu jalan berbatu-batu la mungkin masih dalam proses penambahbaikkan.

Jadi kalau korang memilih Ipoh sebagai destinasi percutian, jangan lupa untuk berkunjung ke Tasik Cermin. Pastinya korang tidak akan menyesal dengan keindahan alam semulajadi cipataan Allah ni dan aktviti yang disediakan di sana.

Facebook: https://www.facebook.com/tasikcerminipohofficial
Instagram: https://www.instagram.com/tasikcermin/

Baca juga: Travelog Ipoh | Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam ke Ipoh Perak

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

4 Comments

  1. tak kesampaian nak kesini sebab ramai nau pengikut kami.hahahaha…akhirnya keluar jugak kan entry ni hahaha..sempena anniversary ke ape ni? kah kah

  2. Ipoh ni menarik. Tenang je rasa. Sempat pergi tasik cermin ni before diorang jadikan tarikan. Kiranya, masa masih percuma. Laluan gua nak ke tasik ni memang menarik. Tasik dia biasa2 je. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *