Jom Meriahkan Majestic Johor Festival di Puteri Harbour | Korang dah terjah Majestic Johor Festival ke tu? Kalau belum ada 7 hari lagi nak cuci mata cuci poket dan join pelbagai aktiviti kat sana.
Ni main stage untuk perfomance sepanjang festival. Macam-macam adaaa.
Sebelah kanan main stage ni ada Dinosaur Park & LED Lighting tapi lupa snap hahaha. Abang Ilham dah tanya Ummi tak nak bawa diorang tengok dinosaur ke? Ummi krik krik lagi ni hehehe.
KONSERT MAJESTIC JOHOR FESTIVAL
Tarikh: 11 September 2022
Masa: 9.00 malam
Artis: Ukays, Indah Ruhailah, Ayai Illusi & Zamani Slam
Dalam kawasan ni ada banyak booth makanan, minuman, booth pepokoks dan macam-macam lagi. Korang rondalah pusing sampai semput hehehe.
Semalam sempatlah sambar baklava, kunafa dari booth Habibi Kunafa & vietnamese rolls dari booth Klever Kek Kuala Lumpur by Ema Malini kakak kepada BFF Ummi.
Hari ni dengan hero-hero tak dapat lama-lama tapi sempatlah tarik nafas duduk bawah khemah sambil makan sushi, baby crab & donut.
Nak masuk jengah dinosaur tapi anak bongsu buat hal nak berdukung. Sebelum mak ko ijo baik kita balik dulu. Nanti kita repeat semula dengan Babah.
Jom Meriahkan Majestic Johor Festival di Puteri Harbour
Nak jengah pameran Kembara Mahkota Johor pun Ummi tak sanggup nak beratur hehehe. Tak pe ada 7 hari lagi. Nanti kita datang lagi.
Food trucks pun ada tau. Ada juga disediakan kerusi dan meja untuk korang lepak sambil makan.
Attention to all!!
NASIHAT & TIPS NAK KE MAJESTIC JOHOR FESTIVAL:
- Kalau malas nak mencari parking, korang boleh naik shuttle bus. Rezeki kami tadi dapat parking dekat je. Ummi kerah anak-anak baca doa makan bebanyak
- Standby duit bebanyak takut rambang mata tengok makanan
- Bekal payung sebab cuaca tak menentu semalam hujan hari ni panas berdenting.
- Kalau bawa anak-anak kecil tu bawa la sesiap stroller atau baby carrier. Takut kang meragam macam Syahid minta dukung boleh turun 5kg Ummi dia
- Khemah berserta meja dan kerusi disediakan untuk korang yang nak menjamu selera.
Itu je nak cakap.
Update terkini sila follow Tourism Johor
Selfie lah satu kali depan tugu buah-buahan Desaru Fruit Farm ni. Geram betul tengok buah-buahan segar ni. Macam nak borong semua hehehe.
Korang gi la ronda-ronda MJF. Banyak aktiviti disediakan selain dari aktiviti makan. Malam 11/9 (Ahad) ada bunga api tau! hehehe.
Majestic Johor Festival 2022 (8 – 18 September 2022)