Pink-Themed Tea Time

Koleksi Pinky
Pink-Themed Tea Time

Pink-Themed Tea Time | Entri saja-saja mengisi masa lapang hahaha. Padahal banyak entri lain nak buat tapi otak jem. Jadi malam ni Ummi buat entri santai-santai buat ada-ada update blog gitu untuk pagi Jumaat hahaha. Settled entri santai ni kita marathon update blog untuk entri yang bermanfaat ekekeke. Hurmmm ye la tu.

Petang-petang Khamis kita Pink-Themed tea time katanya. Tapi tak minum teh di petang hari, kita bancuh nescafe je hehehe. Tekak nak minum Zus Coffee tapi malas pula nak order. Jadi buat la sendiri nescafe tu top up kafein sikit hahaha. Aduiii la susah kalau dah ketagih coffee ni ek. Baru la Ummi tau penangannya macam ni.

Kebetulan la dapat rezeki J.Co Donut warna pink. Ngam pulak dengan warna pinky items Ummi atas meja workstation tu. Niat hati nak tambah pinky2 atas meja tu, maklumlah dah tukar workstation. Tapi tak boleh la nak meriah mak ngah sangat sebab lokasi Ummi sekarang di Port Control Centre yang selalu menerima kunjungan pelawat. Kena behave sikit la nak deko workstation warna pink hehehe.

Nanti kalau Ummi rajin Ummi share koleksi pink items untuk workstation Ummi di rumah ya. Dah berzaman tak share kan. Tak tahulah kadang snap gambar je berduyun. Hujung-hujung idok juga di update dalam blog. Oklah panjang pulak bebel sampai lari topik. Thanks for reading korang!

Baca juga: Laptop Pink Acer Swift 3 In The House!

Phone holder: Metal Desktop Tablet Holder Table Cell Foldable Extend Support Desk Mobile Phone Holder

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Pink-Themed Tea Time

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!