Home » Berbuka Puasa with Nutella Limited Edition Ramadan Jars

Berbuka Puasa with Nutella Limited Edition Ramadan Jars

Berbuka Puasa with Nutella Limited Edition Ramadan Jars

Berbuka Puasa with Nutella Limited Edition Ramadan Jars | Sempena bulan Ramadan yang mulia dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Nutella Malaysia telah melancarkan balang Ramadan Nutella edisi terhad. Pelancaran ini turut menampilkan resipi mudah dan cepat yang boleh dicipta oleh keluarga untuk berbuka puasa dan menikmati detik-detik gembira bersama keluarga pada bulan Ramadan ini. 

Dengan slogan “Rasa Ceria, Erat Bersama”, Nutella berhasrat untuk menambah kegembiraan dan menggalakkan ikatan kekeluargaan pada bulan Ramadan ini menerusi pengenalan tiga resipi mudah dan cepat yang boleh dinikmati oleh seluruh ahli keluarga, iaitu Fried Bread (Roti Goreng), Mini Tart (Tart mini) dan Breakfast Bite (Sarapan Ringkas). 

Sulabh Madhwal, Ketua Pemasaran Nutella Asia Pasifik berkata “Nutella adalah sapuan paling popular di dunia dan hal ini telah membolehkannya memperoleh kedudukan di meja sarapan di seluruh dunia. Oleh itu, mengapa anda tidak berbuka puasa dengan Nutella. Kami sedar bahawa dengan jadual kerja yang sibuk dan urusan harian, ibu bapa mahukan resipi yang mudah, cepat dan sedap untuk berbuka puasa bersama keluarga, dan dengan Nutella, kami ingin memberi para ibu penyelesaian yang pantas kepada detik-detik bersama keluarga yang lebih gembira dan menyeronokkan.”

Berbuka Puasa with Nutella Limited Edition Ramadan Jars

Balang Ramadan Nutella edisi terhad boleh didapati di rak-rak di kesemua peruncit utama, kedai serbaneka dan kedai runcit yang menjual pada harga yang sama dengan balang biasa 680g mulai bulan April hingga Mei 2022.  Nutella juga sedang menganjurkan pertandingan foto secara dalam talian yang memberikan peluang kepada semua 20 peserta untuk memenangi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Nutella Malaysia, laman YouTube di Nutella Malaysia – YouTube, atau layari www.nutella.com/my/en/. Terdapat banyak lagi resipi Nutella di www.nutella.com/my/en/get-inspired/recipes

Baca juga: Bersedia untuk Menikmati Nutella B-Ready!

 446 total views,  3 views today

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!