Bersedia untuk Menikmati Nutella B-Ready!

Bersedia untuk Menikmati Nutella B-Ready!

Bersedia untuk Menikmati Nutella B-Ready!

Bersedia untuk Menikmati Nutella B-Ready! | Digemari dalam balang, kini dapatkannya dalam bentuk bar. Nutella, sapuan kacang hazel yang ikonik, telah memperluas
rangkaian produknya dengan Nutella B-Ready, iaitu produk biskut yang diperkenalkan baru-
baru ini di Malaysia. Direka khusus untuk mereka yang sentiasa aktif dan sibuk serta mereka
yang ingin mendapatkan makanan ringan antara sajian utama, Nutella B-Ready baharu
merupakan penyelesaian yang sesuai dan tepat.

Para peminat Nutella yang selama ini menikmatinya dalam bentuk balang kini boleh
mencubanya dalam bentuk bar! Nutella B-Ready adalah rangup pada bahagian luar dengan kulit biskutnya, dan berkrim pada bahagian dalamnya dengan Nutella® yang lazat serta taburan bertih gandum rangup. Bar biskut yang sentiasa dicari-cari ini dibungkus secara individu dan sesuai untuk dimakan sepanjang hari, pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Sulabh Madhwal, Ketua Pemasaran Nutella Asia Tenggara berkata, “Rakyat Malaysia
menggemari makanan ringan, dan di Ferrero, kami sentiasa berusaha untuk memahami dan menangani keperluan tempatan secara inovatif. Dengan Nutella B-ready, kami menawarkan cara baharu kepada rakyat Malaysia untuk menikmati makanan ringan yang sedap pada waktu aktif dan sibuk, dijadikan istimewa dengan perisa ikonik Nutella yang disukai ramai.”

Nutella B-Ready menggabungkan sapuan kacang hazel yang ikonik dengan kombinasi tekstur berbilang, dan diperbuat daripada tujuh ramuan yang dipilih secara teliti dan berkualiti tinggi tanpa pewarna atau pengawet tambahan.

Nutella B-Ready kini boleh didapati di rak-rak di kesemua peruncit utama, termasuk pasar
raya, kedai serbaneka, kedai runcit, dan kedai dalam talian dalam 2 bentuk – bar tunggal dan pek berbilang yang mengandungi 6 bar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Nutella Malaysia atau layari
www.nutella.com/my/en/

Baca juga: Senarai Buffet Ramadan Sekitar Johor Bahru 2022

p/s Nutella B-Ready ni kan memang favourite Ummi dan Abang Syamil hehehe. Sedap gila. Kalau beli siap sembunyikan cepat takut habis hahahaha.

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *