Buka Puasa Di SDS Bakery & Cafe

Buka Puasa Di SDS Bakery & Cafe

Buka Puasa Di SDS Bakery & Cafe

Buka Puasa Di SDS Bakery & Cafe | Hai korang, macamana puasa korang setakat ni? Alhamdulillah kami anak beranak ok. Ok Ummi nak share dengan korang menu berbuka puasa yang disajikan di semua SDS Bakery & Cafe sepanjang Ramadan dan juga Syawal nanti. Ummi berkesempatan merasa dan melihat sendiri menu berbuka puasa dan set hamper Hari Raya di SDS Bakery & Cafe Taman Nusantara, Gelang Patah. Menu-menu ni available dari 6 April hingga 22 Mei 2022.

Terdapat empat variasi set “Raya Sama-sama” yang korang boleh cuba iaitu, Nasi Tomato bersama Sambal Sotong, Nasi Tomato dengan Rendang Daging, Nasi Tomato bersama Ayam Kunyit dan Nasi Tomato Rempah Chicken Chop.

Buka Puasa Di SDS Bakery & Cafe

Nasi Tomato bersama Sambal Sotong

Set ni berharga RM18.90, ada nasi tomato, sambal sotong, keropok, telur, acar dan sambal kentang. Kalau berbuka di SDS Bakery & Cafe mungkin Ummi akan pilih set sambal sotong ni hehehe. Ummi suka sambal sotong dan sambal kentangnya.

Buka Puasa Di SDS Bakery & Cafe

Nasi Tomato Rempah Chicken Chop

Set ni pula berharga RM22.90, ada nasi tomato rempah chicken chop, keropok, telur, acar dan sambal kentang. Ummi suka rasa rempah chicken chop tu. Kalau korang nak tahu ayam tu diperap dengan pes otak-otak.

Buka Puasa Di SDS Bakery & Cafe

Nasi Tomato dengan Rendang Daging

Set ni harganya RM23.90 ada nasi tomato, rendang daging, keropok, telur, acar dan sambal kentang. Kalau korang suka rendang daging boleh la cuba set ni.

Buka Puasa Di SDS Bakery & Cafe

Nasi Tomato bersama Ayam Kunyit

Set nasi tomato ayam kunyit ni sesuai sangat untuk anak-anak yang tak sukakan kepedasan.Kalau berbuka kat sini Ummi rasa Syamil mesti pilih set ni. Set ni harganya RM 18.90 sahaja.

Boleh add on minuman yang khas diperkenalkan sepanjang Ramadan & Syawal iaitu Soya Brown Sugar Bandung Cincau dan Soya Brown Sugar Pandan Cincau. Kalau add-on dari set nasi tomato harganya RM6.90 tapi kalau korang order ala-carte harganya RM7.90. Antara dua jenis air ni Ummi prefer Soya Brown Sugar Bandung Cincau.

Ada juga pilihan dish snacks seperti Pandan Chicken (5 pcs – RM10.90), Curry Puff (8 pcs – RM8.90) dan Tempura Chicken Nugget (8pcs – RM9.90).

Korang juga boleh dapatkan Hamper Raya (Hamper for Blessing) dari SDS. Harga dalam lingkungan RM88 hingga RM258 dengan empat pilihan iaitu Lebaran Hamper (RM258), Syawal Hamper (RM198), Ikhlas Hamper (RM148) dan Mesra Gift Box (RM88).

Cookies yang terdapat di dalam hamper dan Mesra Gift Box antaranya ialah Nyonya Pineapple Cookies, Chocolate Cookies, Melting Almond Cookies, Almond London Cookies dan banyak lagi.

SDS juga menganjurkan Photo Contest, Kids Colouring Contest, Share and Win, social media LIVE stream dan banyak lagi sepanjang bulan Ramadan ini. Untuk info lanjut korang boleh tengok update di facebook ya.

Facebook: https://www.facebook.com/sdsgroups

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

  1. Memang akan ada satu hari Sis dan family akan buka di SDS time ramadan.. biasa hujung-hujung laa.. nanti boleh cuba…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *