Makan-makan di BBQ Lamb JB – Smokehouse & Grill

Makan-makan di BBQ Lamb JB – Smokehouse & Grill

Makan-makan di BBQ Lamb JB – Smokehouse & Grill | Alhamdulillah akhirnya dapat juga Ummi makan kat sini. Sebelum ni makan smoked duck yang Mama Cu tapaukan je. Pertama kali makan pun dah rasa jatuh cinta dengan smoked duck BBQ Lamb JB – Smokehouse & Grill ni tau. Dia punya sedap tak boleh bawa bincang.

Kami plan makan kat sini hujung bulan lepas. Dalam hujan tu semangat ke Taman Sentosa nak makan itik salai ui. Mama Cu dan Uncle Cu memang regular customer. Diorang la yang kenalkan Ummi dengan smoked duck ni hehehe. Jom tengok apa lagi yang kami makan.

Antara menu yang ada.

Ada dua pilihan korang nak duduk kat dalam atau luar. Masa tu hujan kan, jadi kami duduk kat dalam.

Smoked Duck. Tengok gambar tu betapa juicy nya daging itik salai tu. Dagingnya lembut gila. Cium bau pun dah rasa tempting sangat. Mula-mula Babah, Ummi dan Uncle Cu order sorang sepinggan. Ehhhhh dia punya sedap rasa tak puas nak makan. Maka dengan selamba kodoknya Ummi order lagi sepinggan. Ummi pesan dengan waiter, kalau akak tambah sepinggan lagi sila azankan kat telinga akak hahaha. Sedap sesangatlah kat tekak Ummi ni ha. Sosnya tu pun aduhaiii boleh meleleh air liur nak taip entry ni tau. Memang lezai dan bergizailah hahahaha.

Lamb Cuts + Cheese. Kalau ada lamb ada cheese konfemlah Abang Ilham punya. Memula dia nak Lamb Ribs, Ummi suruh tukar lamb cuts senang nak makan hahaha.

Nasi Lemak Lamb. Kalau nasi lemak konfemlah Syamil yang punya. Hantu nasi lemak anak Ummi sorang ni hahaha.

Lamb Rice. Ini Mommy Ngah yang punya. Nasinya sedap, sup pun sedap. Lamb tu of course sedap kena pulak dengan sosnya.

Grilled Chicken Chop. Ini Mama Cu yang punya.

Menu tambahan Babah, Salai Lamb Soup. Mantap supnya.

Makan-makan di BBQ Lamb JB – Smokehouse & Grill

BBQ Lamb JB – Smokehouse & Grill night view. Senang je nak cari lokasinya. Korang search address kat bawah tu guna google map or waze. Konfem jumpa lokasi.

Kalau korang memang pencinta BBQ lamb, beef, duck silalah cuba menu kat sini. Serious talk, memang sedap. Worth every penny. Ni review dari tekak Ummi tau hehehe. Memang kami semua puas hati la dengan menu kat sini.

BBQ Lamb JB – Smokehouse & Grill

Alamat: No. 11, Jalan Songkit 10, Taman Sentosa, Johor Bahru, Johor.

Waktu perniagaan: 5.00pm- 10.00pm (Tutup Hari Jumaat)

No. Telefon: 018 773 8794 (Whatsapp)

Facebook: https://www.facebook.com/bbqlambjb

Instagram: https://www.instagram.com/bbqlambjb/

Baca juga: Menjamu Selera di Dapo Mokcik Kopi Pokcik

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

6 Comments

  1. Wahhh, meleleh jugak air lio sayaaa.. Haaaaa
    Sedap sungguh nampak gayanya.. Fuhhh!

  2. One day nak pergiii sana.
    agak jauh dari tempat sy.. tapi tengok akak tambah dua kali tu, semangat pulak nak try.. hahaa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *