Irama Warisan Ramadan Buffet di Amari Johor Bahru

Buffet Ramadhan
Irama Warisan Ramadan Buffet di Amari Johor Bahru

Irama Warisan Ramadan Buffet di Amari Johor Bahru | Tahun ini Amaya Food Gallery, Amari Johor Bahru menampilkan lebih kurang 200 menu masakan Thai, Melayu dan Oriental dari air tangan chef yang berpengalaman. Kalau korang tengok list menu memang jadi rambang mata. Ummi dah dapat bayangkan dah mesti meriah macam tahun-tahun yang sudah.

Antara menu yang sedap korang kena cuba:

Balinese Kambing Golek.

Briyani Gam Johor. Ada juga Briyani

Kari Kepala Ikan Salmon.

Gulai Kawah, Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Laksam.

Live aksi masak memasak oleh Chef.

Ada satay ayam dan daging juga tau.

Aneka Sambal & Ulaman – Sambal Kelapa, Sambal Belacan, Sambal Budu, Cencaluk, Petai, Kacang Botol dan lain-lain lagi.

Aneka dessert yang sedap terutamanya Serawa Durian.

Johorean’s Favourite – Kambing Gearbox, Perut, Ekor, Lidah Urat.

Jangan lupa cuba Amari Signature’s Drink, Lemongrass Juice. Korang mengopi mengeteh pun ada ok, sila ke coffee station.

Korang malas nak bersesak-sesak? No hal. Ada take away menu ada boleh self pick-up atau dengan perkhidmatan delivery. Benda boleh adjust buat apa kalutkan, lauk hotel sampai ke muka pintu rumah korang.

Untuk peminat Busker, korang boleh juga makan sambil dihiburkan oleh The 10 Papers. Diorang ni pernah performed kat event PTP gak, suara memang best la. Lagu yang dinyanyikan pun best-best belaka. Kalau nak tengok diorang nyanyi lagi boleh ke Youtube Channel Ummi ya >> Sentuhan Listrikmu – by The 10 Papers. Lagu ni best tu yang Ummi rekod sampai habis, lagu-lagu lain tak sempat sebab Ummi fokus makan hehehe.

Ummi Ilham’s Favourite:

Ok kalau kat Amari ni Ummi punya choices adalah, Laksam, Kambing Golek, Nasi Briyani Gam Johor, Kari Kepala Ikan Salmon dan Serawa Durian. Laksam tu sedap kuahnya ngam betul dengan sambal belacan yang super pedas. Pedas-pedas manjahhhhh giteww. Pencinta kambing of course la kan suka kat kambing tu, sedap lembut je daging kambingnya. Kepala Ikan Salmon itu memang another level sangat. Sedap weh, kalau kat rumah mau 2 3 ketul kepala Salmon Ummi bedal hehe. Desert semua sedap tapi tekak Ummi ni memang menjerit dapat cuba Serawa Durian tu. Ya ampun sedap kuah pekat memang pure durian. Korang kena cuba tau. Nak dapat harga murah beli sekarang. Early bird price berbaloi-baloi.

Irama Warisan Ramadan Buffet di Amari Johor Bahru

Tarikh: 5 April – 1 May 2022
Masa: 6.30pm – 10.00pm

EARLY BIRD (Sebelum 5 April 2022)

Dewasa – RM98 nett
Warga Emas (60 tahun ke atas) – RM74 nett
Kanak-kanak (9-12 tahun) – RM49 nett

HARGA BIASA

Dewasa – RM128 nett
Warga Emas (60 tahun ke atas) – RM96 nett
Kanak-kanak (9-12 tahun) – RM64 nett

Pembelian 10 voucher layak mendapat harga istimewa RM108 nett seorang.

Take Away Menu – RM65 nett satu set untuk seorang (delivery/ self pick-up)

Untuk tempahan, sila hubungi:

07-266 8888 atau whatsapp www.wasap.my/60167768547
Email: amaya.johorbahru@amari.com
Facebook: www.facebook.com/amarijohorbahru
Instagram: www.instagram.com/amarijohorbahru

Buffet Ramadan 2022 Hotel & Restoran di Johor Bahru

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Irama Warisan Ramadan Buffet di Amari Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!