Buffet Ramadan “Best of Malaysia” Buffet Dinner DoubleTree by Hilton

“Best of Malaysia” Ramadan Buffet DoubleTree by Hilton

Buffet Ramadan “Best of Malaysia” Buffet Dinner DoubleTree by Hilton

“Best of Malaysia” Ramadan Buffet DoubleTree by Hilton | DoubleTree by Hilton Johor Bahru mempersembahkan Buffet Ramadan “Best of Malaysia”. Berbuka puasa dengan masakan Malaysia terbaik hanya di Makan Kitchen. Ummi memang suka gila kalau ada peluang dapat makan di Makan Kitchen ni tau. Menunya jaranglah tak sedap.

Hidangan buffet tahun ini menampilkan pelbagai hidangan klasik Malaysia dengan sentuhan moden seperti Asam Pedas Ekor Lembu, Lemang Wagyu Beef Rendang dan Lobster Thermidor yang dihidangkan dan dimasak secara langsung di stesen masing-masing. Ada juga oyster tau. Sekarang Ummi dah tak ragu-ragu nak makan oyster hehehe. Sedap!

Kalau nak tengok live masak memasak haaa inilah stesennya. Korang boleh tengok live chef bakar oyster dan Lobster Thermidor.

Buffet Ramadan “Best of Malaysia” Buffet Dinner DoubleTree by Hilton

Salah satu stesen kegemaran Ummi, makan mantao bun tu dengan udang tu sedap gila lah.

Para pengunjungjuga boleh menikmati hidangan panggang di stesen Bakar-Bakar yang
menawarkan hidangan istimewa tempatan seperti Otak-Otak, Sate, dan ikan cencaru panggang, ikan keli, ikan tilapia, dan banyak lagi.

Korang juga boleh menikmati hidangan kegemaran oriental seperti Itik Peking, Aneka Dim Sum dan Chinese Soup Station.

Terdapat juga makanan tradisi kaum India. Memang menyelerakan uolls. Ummi sampaikan rambang mata nak memilih.

The most favourite, Durian Goreng. Huwaaaa melt in your mouth. Sedap! Ada juga serawa durian, kek durian. It’s all about durian gitewww.

Ada kurma tower dengan pelbagai jenis kurma.

Aneka kek dan kuih muih moden dan tradisional.

Baklava & Turkish Delights.

Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan live band. Serious suara adik ni memang power. Lagu dia nyanyi semua sedap je didengar.

Ummi Ilham’s Favourite:

Antara menu kesukaan Ummi untuk ketupat, lemang bersama rendang daging wagyu, oyster dan lobster thermidor, laksa Johor yang super sedap, mantao bun bersama lauk pauknya. kambing dan juga durian goreng. Adooiiii lapar pulak sambil menaip. Korang mesti cuba tau. Macam biasa nak harga lebih murah, cepat grab early bird vouchers.


Early Bird Vouchers (24 Feb – 17 Mac 2022)
RM16O (Dewasa)
RM80 (Kanak-kanak)

Harga biasa:
RM188 (Dewasa)
RM94 (Kanak-kanak)

Home takeaway set berharga RM499++ untuk 6 – 8 orang.

Group booking/ events – Feast Banquet berharga RM 120.00++ seorang (minimum 100 orang)

DoubleTree by Hilton Johor Bahru

12 Jalan Ngee Heng, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel : +607-268 6868
Email: JohorBahru.Info@hilton.com

Instagram: https://www.instagram.com/doubletreejb/
Facebook: https://www.facebook.com/doubletreeJB

Baca juga: Buffet Ramadan 2022 Hotel & Restoran di Johor Bahru

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *