Menjamu Selera di Dapo Mokcik Kopi Pokcik

Foods Review
Menjamu Selera di Dapo Mokcik Kopi Pokcik

Menjamu Selera di Dapo Mokcik Kopi Pokcik | Minggu lepas setelah hujan reda kami anak-beranak berdezup ke Skudai. Ummi nak melepaskan hajat anak tekak nak makan Mee Kari sambil minum Iced Vanilla Latte.

Sebelum ni order dari Mokcik guna runner je. Bila Mokcik dah buka cafe eh panjanglah langkah kita. Jom tengok apa kami makan.

Semua sedap belaka. Ingatkan Syamil nak makan nasi lemak macam biasa, tup2 nak makan mee kari juga sama macam Ummi Babah. Next time lah kita cuba nasi lemak. Syamil kata “mee kari ni sedap, boleh datang lagi nanti.” Amboii kemain dia buat review nak ganti Ummi ke tu hehehe. Mee Kari Nyonya Style meriah bahan-bahan dalam semangkuk tu. Rasa of course lah sedap macam Syamil cakap tu.

Abang Ilham makan cheesesteak. Favourite dia tu cheesesteak Mokcik. Dah habis cheeseteak dia order french fries pulak. Syahid makan popiah goreng. Sedap sesuai untuk anak-anak inti daging cincang, telur & sayur.

Iced Vanilla Latte untuk Ummi, Babah punya hot latte. Ok sedap sampai ada budak ngecek. Si Syamil memang kaki kopi hahaha. Sebelum ni Ummi beli yang botol pun memang dah rasa kopi pokcik ni sedap. Nak tapau sebotol sampai terlupa sebab syok sangat berbual dengan Mokcik. Overall sedaplah ditekak Ummi. Insha Allah nanti ada masa terluang kita datang lagi. Cafenya pun selesa dan nampak unik. Jangan lupa try menu kat sini tau! Recommended!

Menjamu Selera di Dapo Mokcik Kopi Pokcik

Night view Dapo Mokcik Kopi Pokcik. Ummi suka gila la tengok building ni. Nampak unik senang orang nak cari. Hiasan dalamannya pun simple tapi nampak gah gitu.

Korang nak berOOTD pun boleh tau. Sebab cafenya cantik hehehe.

Sementara tunggu makanan sampai meh la bergambar dengan hero-hero. Diorang memang dah pasghah dengan aktiviti ambil gambar Ummi ni hahaha.

Love the quotes “Cuma segelas kopi yang bercerita kepadaku, bahawa yang hitam tidak selalunya kotor dan yang putih tak selalunya menyedihkan” Ummi acah-acah dating dengan pakwe nombor 3 hehehe.

One for the memory bersama Mokcik.

Birthday Treat!!!

Dapatkan sepotong kek PERCUMA bila korang dine-in. Buktikan hari tu betul-betul harijadi korang ya.

Korang rajin-rajinlah follow IG dan FB Dapo Mokcik Kopi Pokcik sebab diorang ni rajin buat promo tau. Mana tahu rezeki korang dpat kek PERCUMA.

Thanks Mokcik bagi Ummi Coupun Voucher RM10. Nanti boleh redeem next visit. Jiran dan kawan-kawan Ummi pun dah tergoda nak kesana.

DAPO MOKCIK KOPI POKCIK

Waktu Operasi: 10AM – 8PM (Tutup hari Jumaat)

Google/Waze : Dapo Mokcik Kopi Pokcik

Alamat:
56, Jalan Bertingkat Skudai, Kampung Skudai Baru, 81300 Johor Bahru, Johor.

Berhadapan dengan bangunan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Skudai.

Available di aplikasi FoodPanda dan Lapar (Dapo Mokcik Kopi Pokcik)
Grab “PROMO TNB” hari ini & esok sahaja (21/2). RM15 combo coffee & slice cake.

FACEBOOK: DAPO MOKCIK KOPI POKCIK

INSTAGRAM: @dapo.mokcik

Baca juga: Buffet Ramadan 2022 Hotel & Restoran di Johor Bahru

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!