Walk-in Booster Dose Pfizer di Poliklinik Pekan Nenas Medini

Anything About Me
Walk-in Booster Dose Pfizer di Poliklinik Pekan Nenas Medini

Walk-in Booster Dose Pfizer di Poliklinik Pekan Nenas Medini | Alhamdulillah. Boosted on 22022022. Sinovac-Sinovac-Pfizer. Akhirnya setelah dipostponed dek kerana baru lepas kena COVID-19, pasghah la kita menadah bahu yang runcing bak seludang ni dicucuk Pfizer.

Walk-in Booster Dose Pfizer di Poliklinik Pekan Nenas Medini

Poliklinik Pekan Nenas Medini

Anjung Neighbourhood Centre, Lot R10B, Persiaran Ledang Heights, 79250 Iskandar Puteri, Johor.

Telefon: 07-522 6244

Operation Hours: 10am – 5pm

Bersebelahan dengan Subway. Nama je Pekan Nenas tapi kliniknya kat Gelang Patah.

Sila call klinik dulu kalau nak tahu stok vaksin apa yang available. So far masa Ummi call tu ada Sinovac, Pfizer dan juga AstraZeneca. Ummi ambil Pfizer memandangkan first and second dose tu Sinovac, macam bakal-bakal ada kekangan je kalau booster pun Sinovac. Pasghah je la jadi rakyat Malaysia ni kan. Vaksin PERCUMA ya uolls. Bukan berbayar.

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

Apa pun Ummi tawakkal je lah. Semoga dijauhkan dari sebarang kemudaratan. Yang berkuasa itu hanyalah Allah Yang Maha Esa. Manusia tiada kuasa. Semoga Allah lindungi kita semua dari fitnah akhir zaman, dari cengkaman pemimpin-pemimpin yang kejam. Aamiin. Setakat ni memang tak ada side effect dari booster ni. Alhamdulillah syukur. Sangat-sangat berbeza dari 1st dan 2nd dose, Ummi rasa lemau gila lepas vaksin dalam sehari dua. Kali ni alhamdulillah. Harap kekal sihat. Cuma memang selepas dijangkiti COVID-19 ni ada masa Ummi kurang sihat, ada masa ok. Hidung ni memang terlebih sensitif lebih dari sebelum ni. Sejuk sikit pun kejap je dah dapat selsema.

Mudah-mudahan Ummi dan Babah sentiasa sihat walafiat. Mudah-mudahan tak ada alah booster kedua aka dose ke empat.

Jubah mesra vaksin dari @themodestalia dari 1st dose, 2nd dose sampailah ke booster pakai jubah yang sama. Zip kiri kanan lengan. Pilihlah belah mana yang awak suka. Ummi memang pelanggan setia The Modest Alia. Jubah dan kurung patuh syariah dari adik manis Intan Jaliah.

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!