Memori Ummi Ilhams Positif COVID-19 (Stage 2)

Memori Ummi Ilhams Positif COVID-19 (Stage 2)

Memori Ummi Ilhams Positif COVID-19 (Stage 2) | Pembukaan tahun 2022 yang akan diingat sampai bila-bila, Allah jentik sikit dengan ujian kesihatan. Benda yang paling kita tak nak akhirnya terjadi juga. Kalau Allah kata jadi, maka jadilah. Siapalah kita nak mempertikaikan kuasanya.

Alhamdulillah baru sempat nak berkongsi cerita. Mana yang tahu, tahulah. Badan tak sihat jadi tak ada daya upaya nak bercerita dan nak menjawab soalan-soalan cepu emas. Yang mana close contact semua, Ummi dah inform diorang awal-awal. Sorry kawan-kawan. Alhamdulillah Babah, anak-anak, family lain dan kawan-kawan U yang Ummi jumpa Sabtu 1 Jan 2022 semua tak dijangkiti COVID-19. Syukur alhamdulillah.

Masa ni dah rasa nak melalak dah.

2 Jan 2022 – Pagi start batuk, petang badan rasa seram sejuk. terus demam. Dapat berita Ummi salah seorang closed contact kawan yang positif COVID-19. Blur kejap.  Terus buat saliva test. First test double line samar2. Buat sekali lagi 1 line. Syamil balik dari sekolah pun tetiba batuk dan dedar. Buat juga saliva test, negatif!

Berair mata kena jolok hidung. Makin besar lubang hidung Ummi hahahaha.

Malam kami ke klinik buat swab test RTK. Result negatif. Doktor bagi ubat demam, antibiotik, batuk dan selsema. Dalam hati masih berharap Allah jauhkan dari COVID-19.

Malamnya dah start asingkan diri. Tidur tak lena, badan menggigil, sakit badan dan sakit kepala. Tengah malam ada budak ketuk pintu nangis nak Ummi. Alahai Syahid. Sedih Ummi dengar.

3 Jan 2022 – Demam on off. Maintain je makan ubat. Tak larat nak bangun. Makan pun tak selera. Buat saliva test masih double line. Malam rasa panas bahagian mata. Mata jadi merah.

4 Jan 2022 – Pagi demam dah ok sikit. Masih batuk dan selsema. Petang kepala start berdenyut-denyut semula.

5 Jan 2022 – Buat swab test di Klinik Mega Zahran, PTP. Badan dah segar sikit. Batuk selsema masih maintain. Swab test ala picnic gitu. Picnic mat ada dalam car boot macam nak ambil je duduk santai tenangkan fikiran yang serabut hahahaha.

6 Jan 2022 – Result PCR positif COVID-19 Kategori 2A! Sedih! Sambil meeting dengan bosses & officemates sambil nangis. Gembengkan biasalah. Sedih takut suami dan anak-anak jangkit. Tapi redho je lah pujuk hati sendiri. KKM call, update keadaan terkini mana-mana family yang ada gejala kena ke KK Gelang Patah untuk buat swab test. So far Syamil je yang masih batuk dan selsema. Ummi buatkan dia saliva test negatif. Sejak Ahad kami dah kuarantin anak beranak. Alhamdulillah KKM arahkan kuarantin di rumah je. So tempoh kuarantin Ummi adalah 10 hari bermula 5 Januari hingga 14 Januari 2022.

Untuk kes Ummi yang buat swab test di klinik luar, tak perlu pakai gelang selepas dapat result. KKM hanya berikan surat kuarantin atau Home Surveilance Order melalui whatsapp. Kiranya macam ‘gelang digital’ la gitu. Eventhough tak pakai gelang, adalah tanggungjawab kita untuk kuarantin kendiri dan kekal berada di rumah.

Daily routine check SpO₂ dan heart rate. So far alhamdulillah result harian memuaskan dan tak ada simptom-simptom lain yang lebih serious. Ummi maintain makan ubat, vitamin C Shaklee, Nutriferon Shaklee, Vitamin C Eskayvie Diffenz dan amalkan juga minum lemon, madu dan cuka epal.

7 Jan 2022 – Hilang deria rasa dan bau. Cuba cium Young Living Essential Oil, balm tapi tak ada bau langsung. Nikmat Allah dah tarik. Makan epal pun macam kunyah kertas. Makan nasi pun main kunyah telan je janji kenyang. Tapi menu dari adik-adik tetap meriah alhamdulillah.

8 Jan 2022 – Masih simptom yang sama. Makan masih kurang selera mungkin sebab tak ada rasa. Tapi paksa jugalah telan takut lapar. Dalam hati, memang nak suruh aku diet ni, kuruslah jari macam ni hehe.

9 Jan 2022 – Masih simptom yang sama. Syamil buat swab test PCR di KKGP. Yang lain-lain tak perlu since tak ada simptom.

10 Jan 2022 – Masih simptom yang sama. Result PCR Syamil keluar negatif. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Allah lindungi dia walaupun dia tidur sama dengan Ummi berkurung dalam bilik. Batuk dia pun dah beransur pulih. Terus asingkan dia dari Ummi.

Dah tahap bosan level langit ketujuh. Mampu jengah tingkap je la mengenangkan nasib hehe sambil ditemani hujan yang turun mencurah-curah.

11 Jan 2022 – Masih simptom yang sama tapi ada pulih sikitlah. Cuba spray dettol dalam bilik dah ada bau sikit hujung-hujung. Makan pun selera sikit. Batuk pun dah berkurang, tak banyak kahak macam sebelum ni.

Hari-hari berikutnya Ummi menghitung hari 12hb, 13hb dengan keadaan yang makin sihat. Tibalah 14hb hari merdeka. Hari terakhir kuarantin. Sepanjang 10 hari tu, dua kali kena menjawab soalan2 “Home Assessment Tools” di mysejahtera. Selain itu pihak KKM ada call setiap hari untuk home monitoring, tanya perkembangan semasa pesakit.

15 Jan 2022 – Sepatutnya dah boleh ke CAC KK Bukit Indah untuk dapatkan surat release. Tapi malas nak terkejar-kejar dengan harapan KKM bagi dari whatsapp je macam surat home surveilance order. Rupanya tidak, kena ke KK juga.

16 Jan 2022, hari Ahad barulah Ummi ke KK Bukit Indah. Sepatutnya ke KK Gelang Patah tapi nak book online tak ada temujanji katanya. Kalau ikutkan Ummi memang tetap kena ke KK Gelang Patah ikut zon tempat tinggal. Nasiblah doktor KKBI boleh terima. Tak perlulah Ummi nak patah balik. Ada simple check up dan interview, alhamdulillah akhirnya selesai. Lega sesangat.

Surat perlepasan dari menjalani perintah pemerhatian dan pengawasan di kediaman di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dihantar melalui email sahaja.

Info terbaru: Pengoperasian Pusat Penilaian COVID-19 pada hari Sabtu hanya di 4 Zon Utama bermula 15 Januari 2022. Waktu Operasi 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

ZON 1 – Klinik Kesihatan Mahmoodiah
ZON 2 – Klinik Kesihatan Sultan Ismail
ZON 3 – Klinik Kesihatan Bukit Indah
ZON 4 – Klinik Kesihatan Pasir Gudang

Memori Ummi Ilhams Positif COVID-19 (Stage 2)

Setakat ni alhamdulillah walaupun simptom hilang deria bau dan rasa ni tak pulih sepenuhnya, tapi ok la ada la rasa-rasa hujung lidah sikit. Masak main agak-agak je la garam semua. Suruh assistant tukang rasa. Nikmat nak mengopi pun tak ada lagi payau je rasa. Ummi makan je la macam biasa nanti tak makan muncul pula penyakit lain kang.

Thanks untuk Babah yang menjaga anak-anak dan menguruskan rumah. Paling mencabar si special sorang tu, siap ada dua kali tragedi berdarah dia test Babah dia. Aduhaiii la anak. Time Ummi tak sihat time ni la dia terhantuk bucu tangga sampai berdarah dahi, time tu jugalah dia tercucuk mulut sampai berdarah. Fuhhhh betul-betul menguji kebapaan Babah hahaha.

Thanks adik & family yang banyak membantu. Masakan lauk-pauk harian kami anak beranak. Thanks jiran dan kawan-kawan yang sudi mendoakan. Thanks officemates yang sentiasa bagi support. Alhamdulillah mudah-mudahan kita terus sihat dan dilindungi. Syukurlah masih mampu bernafas lagi! Itulah sedikit sebanyaj pengalaman Ummi sebagai pesakit COVID-19.  

Baca juga: Langkah-langkah Mencegah COVID-19 Di Tempat Kerja

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

8 Comments

  1. alhamdulillah Allah swt permudahkan urusan dan berikan kesihatan pada ko beb.
    Sungguh masa baru-baru kena tu memang down, tapi lama-lama ok kan.bila throwback balik kisah kena covid ni memang sedih..hahaha..
    Kuasa Allah kan, anak yang selalu mengempeng tu tak kena pun..
    Kenangan yang tak boleh dilupakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *