Buffet Ramadan Tradisi Warisan di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Buffet Ramadhan

Buffet Ramadan Tradisi Warisan di Grand Paragon Hotel Johor Bahru | Sempena Ramadan yang bakal menjelma, Grand Paragon Hotel menyediakan sajian kampung & fusion yang menyelerakan. Terdapat lebih daripada 100 jenis hidangan lazat yang terdiri daripada pelbagai jenis daripada permulaan (starter), pencuci mulut dan minuman yang menyegarkan.

Makan Malam Buffet Ramadan Tradisi Warisan Paragon terdiri daripada kambing panggang kuzi, sup utara, siput sedut masak lemak, kari ketam nenas, udang telur masin, kambing gulai kawah, itik salai gulai minang dan set ketupat & lemang bersama rendang, serunding & kuah kacang. Hidangan ini adalah mengikut giliran, kira-kira lima menu disediakan sepanjang bufet ramadhan. Lebih menambah selera lagi, ada juga ikan salmon masak kari. Ya ampun sedap!

Ada juga pucuk ubi masak lemak, sotong, paru berlado, nasi khabsah dan mixed vege.

Beraneka hidangan pencuci mulut. Rambang mata nak memilih. Pilihan kuih tradisional dessert yang memang menyelerakan.

Buffet Ramadan Tradisi Warisan di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Durian Goreng antara menu yang Ummi nanti-nantikan bila di Buffet Ramadan. Sedap gila. Rangup dan isi durian melting dalam mulut. Nampak sangat kelaparan itu.

Stesen bakar-bakar ni ada ikan bakar, kerang bakar, lala, sate dan juga kue tiaw goreng.

Aneka ulam-ulaman, sambal dan kerabu.

Aneka hidangan air panas dan sejuk. Terdapat juga ice-cream station.

Ummi Ilham’s Favourite:

Antara menu pilihan Ummi sepanjang menikmati juadah buffet Ramadan di Grand Paragon Hotel adalah kambing gulai kawah, kambing panggang kuzi (of course la kan peminat kambing), durian goreng, sate, kerabunya pun sedap-sedap belaka. Ummi juga suka udang telur masinnya. Yang special lagi dapat makan ikan salmon masak kari.

Sambil makan korang juga dihiburkan dengan persembahan Angklung dari saudara Al-Malik Razali.

Kalau korang berminat nak mencuba buffet Ramadan di Grand Paragon Hotel Johor Bahru, jangan lupa book awal ya. Beli voucher sebelum 31 Mac 2022 dapat harga lebih jimat. Book now!


Buffet Ramadan Tradisi Warisan di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Ramadan valid period : 4th April to 30th April 2022
(Dining)

EARLY BIRD – Voucher to be Purchase on or before 31st March 2022, Thursday
Price:
RM95(Adult)
RM45 (Child ) 5 to 11yrs old

Venue:
Café Para Para Daily time
7pm to 10pm Validity

Purchase on or before 31st March 2022

NORMAL PRICING
Price:
RM118(Adult)
RM 55(Child ) 5 to 11yrs old
Venue:
Café Para Para Daily time
7pm to 10pm
Voucher is Valid from
4th April to 30th April 2022
Buy 5 get 1 free (RM98.33)

Buffet Ramadan Tradisi Warisan di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Entertainment – by Max (Angklung – Traditional music)

Term & Conditions:
Price inclusive of 6% service tax
Not valid in conjunction with any other promotions or offers
RM95nett -exclusive pricing for Senior Citizen (Age 55 and above)

Contact:
Book Now
07-2685222 / 5255
0167337363 (https://bit.ly/3s1OCZi)
Email : fnbcoor@grandparagonhotel.com.my; info@grandparagonhotel.com.my

Grand Paragon Hotel Johor Bahru
No. 18 Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor,
www.grandparagonhotel.com.my

Baca juga: Buffet Ramadan 2022 Hotel & Restoran di Johor Bahru

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Buffet Ramadan Tradisi Warisan di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!