Ilham Syamil Bakal Buang Tonsil

Ilham Syamil Bakal Buang Tonsil

Ilham Syamil Bakal Buang Tonsil

Ilham Syamil Bakal Buang Tonsil | Setelah sekian lama bertahan dari tahun 2018 hingga 2021, barulah Syamil start semula demam akibat tonsil. Sepatutnya plan asal nak buat oepration buang tonsil pada tahun 2018. Elok je dapat tahu Ummi pregnant Allah bagi dia sihat, tak ada serangan batuk teruk. Kalau tak tahun 2017 je tak silapnya 3 kali keluar masuk wad. Ni cerita last masuk hospital boleh baca, Cerita Syamil, Bronchopneumonia, Tonsil & Adenoid.

Kali ni doktor dah advise buang je terus tonsil tu. Sama juga kes macam Abang Ilham dulu. Fuuhhhh bila dikenangkan semula dua minggu berkampung di hospital rasa macam sakit badan. Masa tu Ummi tengah sarat mengandungkan Syamil. Sambung menyambung stay kat wad, lepas buang tonsil, dapat pulak jangkitan rota virus dari jiran katil sebelah dan seterusnya Ummi berjangkit sampai terus terbersalin hahaha. Boleh baca pengalaman Abang Ilham buang tonsil di entri Pengalaman Abang Ilham Buang Tonsil.

Ilham Syamil Bakal Buang Tonsil

Tahun ni kali kedua Abang Syamil jumpa Dr. Terry, Gleaneagles Hospital Medini setelah sekian lama tak jumpa. Babah je yang bawa dia, Ummi tak ikut. Ramai-ramai ke hospital pun bahaya menambahkan risiko. Alhamdulillah berkoyan-koyan dapat ubat untuk bantu sikit sebanyak pengecutan tonsil tu. Sama je ubat masa dia kecil dulu. Babah dah discuss dengan doktor untuk settlekan misi berkhatan cuti sekolah ni barulah settlekan tonsil dia pulak.

Jadi insha Allah, kalau tak ada apa aral melintang, Abang Syamil sihat walafiat, dia bakal menjalani pembedahan kecil membuang tonsil. Doakan Abang Syamil sihat ya aunties uncles. Debar anak nak berkhatan dah reda, sambung debar nak buang tonsil pulak. Aduhaiii Ummi ni sejak bersalinkan Syahid memang trauma teruk dengan hospital ni. Harap urusan kali ni dipermudahkan olehNya.

Selingan sikit. Semenjak berkhatan ni, lain macam dia punya peramah hahaha. Kalau korang follow cerita anak-anak Ummi, Abang Syamil ni antara yang paling pemalu dalam rumah, tak banyak cakap dengan orang yang tak dikenali. Dah dua hari ni dia bagi soalan-soalan cepu emas kat Ummi. Antara soalannya:

“Blog Ummi ni Ummi buat content apa?”

Eh terkujat kejap Ummi dengar soalan dia. Wahhhh sejak sunat kemain mencabar lagi soalan awak dik hahaha. Doktor terpotong urat apa ni? hahaha.

“Ummi jawab, ooo content pasal makan, jalan-jalan, anak-anak. Nanti Syamil boleh la tolong Ummi update blog.”

Dia senyum je meleret sampai lekuk pipi.

Gayanya macam faham tapi tak tahulah faham ke idok hahaha.

Semoga Allah terus melindungi Abang Syamil, diberikan kesihatan yang baik sebelum, semasa dan selepas pembedahan tonsil nanti. Doakan semoga permbedahan nanti lancar dan tiada komplikasi ya. Mana tahu doa-doa kalian adalah antara doa-doa yang diangkat dan dimakbulka oleh Allah SWT. Till then, babai. Ummi nak sambung debar!

PROMO FRIENDSHIP FEST AT LEGOLAND MALAYSIA RESORT

Tak tahu nak bawak anak-anak kemana cuti sekolah nanti? Apa kata korang ke Legoland Malaysia Resort sempena Friendship Fest bermula 3 Disember 2021 hingga 9 Januari 2022.

For more information on the exciting line-up of activities, head over to the official website, https://www.legoland.com.my/explore/shows-entertainment/friendship-fest-1/  or via the social media pages on Facebook and Instagram.

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *