Short Meet Up Bersama Mama Linda di Setia Eco Hill

Short Meet Up Bersama Mama Linda di Setia Eco Hill

Short Meet Up Bersama Mama Linda di Setia Eco Hill

Short Meet Up Bersama Mama Linda di Setia Eco Hill | Cerita 11 Disember 2021, kami sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sepupu Babah di Setia Eco Hill Semenyih. Kebetulan dah ke arah sana, Ummi saja la inform kekawan rapat. Ada la niat nak jumpa tapi Ummi masih rasa 50-50 lagi takut tak jadi ke sana atau takut masa yang suntuk memandangkan kami tak bermalam di sana.

Bila makcik Linda ni ni tahu, dia sedaya upaya la nak jumpa juga. Memang Ummi tabik springlah kat beliau ni. Gigih ok minta update. Sampai macam nak tercekik nasi minyak dibuatnya. Ummi makan laju sebab dia dah call banyak kali. Dari on the way sampai ke Semenyih.

Dia punya tahap tak sabar dia naik tingkat 5 cari kami. Sabar je lah kan. Bersungguh dia punya usaha. Akhirnya dapatlah Syahid jumpa Mama Linda, kakak garang geng UiTM Ummi. Mula-mula Syahid je yang muncul sebab Ilham, Syamil dan Babah ke tandas. Bila semua dah berkumpul Babah la jadi mangsa snapkan gambar.

Tumpang mini pelamin kat luar kejap. Ehhhh kemain ek si Syamil tu posing tangan masuk poket lah, kaki kemain lentok lah hahaha. Alahaiii oppa Ummi sorang ni. Yang si kecik tu suka hati dia je la nak tengok kamera ke tidak hahaha. Ikut la mood dia. Kang nanti dia yang terlebih posing.

Gambar ni laju je Babah snap kan. Entah apa la yang Mama Linda tu jemahkan hahaha. Tunjuk Syahid kot. Ummi pun lupa. Maklumlah masa singkat tapi banyak benda nak dibual. Jadi kenalah berbual laju-laju sampai tahap nampak kejoyahannya di situ hahaha.

Thanks Linda, really appreciate it! Thanks gigih mencari kawan yang datang sececah je ke sini. Dia ajak ke rumah pun kami tak sempat nak singgah. Nak stay semalam macam takut kepenatan kesian kat anak-anak nak berkhatan Isninnya tu. Nak gerak balik petang sangat tengokkan highway jalan jem teruk. Jadi memang kami tak lama la terus gerak balik Johor. Nak singgah makan itik masak lomak cili api kat Itik Salai Masthar tuannya pulak busy dapat baby baru hehehe. Tak syoklah tak jumpa taukey kan. Kalau beliau baca ni mesti kata alasan! hahaha. Thanks again Linda siap bagi bekal aiskrim Malaysia dan kacang buat kunyah-kunyah. Insha Allah panjang umur kita buat gathering macam dulu.

Baca juga: Mini Gathering Ex-BCA UiTM Melaka 2017 – Part 1

JOM LIKE PAGE >> HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *