Dinner di Mana Cafe Puteri Harbour

Foods Review
Dinner di Mana Cafe Puteri Harbour

Dinner di Mana Cafe Puteri Harbour | Selepas kami makan angin sampai kembung di Puteri Harbour, Babah ajak makan di mana lagi kalau bukan Mana Cafe. Kira terus merangkap dinner kami la. Orang paling gembira of courselah Abang Ilham. Ummi pun gembira melonjak-lonjak dalam hati, dalam hati je tau. Dah terbayang menyedut air teh ais Mana Cafe yang sedap tu ekekeke.

Dinner di Mana Cafe Puteri Harbour

Ingat korang je nak tunjuk muka, Ummi pun nak juga walaupun muka Ummi makin kembang semangkuk hahaha. Adoiiii bila nak insaf ni. Asyik makan je kerjanya.

Dinner di Mana Cafe Puteri Harbour

Sambil-sambil tunggu makanan, ada live band perform kat Mana Cafe ni. Macam biasa Babah akan selit sikit “random act of kindness” untuk pembelajaran anak-anak. Abang Ilham dan Abang Syamil bagi sikit duit jajan untuk Abang yang menyanyi lagu kegemaran diorang. Lagu apa? Entah Ummi pun tak ingat tapi lagu dalam anime kegemaran diorang la. Ummi pun tak tahu hahaha.

Ok jom tengok apa yang kami makan anak beranak.

Ummi saja nak cuba Sup Ekor Goreng. Pertama kali ni order tau, sebab katanya memang top menu ni. Ok bila dah cuba baru sendiri rasa, ohhhhh sedap. Memang sedap. Mula-mula Ummi duk membayangkan macamana rupa sup ekor goreng. Ohhh rupanya ada sup, dan ekor yang digoreng. Ummi fikirkan sup ekor dia goreng tak berkuah. Must try tau kalau korang ke sini. Sedap! Pedas-pedas manjahhhhh hahaha.

Babah makan kue tiaw goreng. Kue tiaw goreng sini memang sedia maklum sedap hehe. Sempat ngecek Babah sesuap dua hahaha. Ummi bukan order satu je tau, Ummi ada lagi sepinggan Kue Tiaw Ladna. Sup Ekor Goreng tu makan share anak beranak giteww.

Budak paling tak tentu arah nak order makanan kalau ke sini. Dia rasa macam semua dia nak order. Adoiii la anak. Mula-mula dia nak makan sup gearbox sekali gearbox nya belum siap masak hahaha. Dia tukar, lamb chop ok. Nampak tak selera dia punya besar camana. Ikut mak dia betul ehhhhh. Lamb chop sedap. Sos blackpepper pun sedap. Portion pun besar boleh la Ummi Babah adik-adik mengecek sikit hahaha.

Dinner di Mana Cafe Puteri Harbour

Syamil dan Syahid makan nasi putih ayam goreng kunyit. Gambar rasanya Ummi dah snap tapi ghaib pulak tak ada dalam handphone. Alhamdulillah licin nasi Syamil makan. Diorang share je berdua. Syahid makan tak banyak. Sejak akhir-akhir ni Syamil kemain kuat makan. Mudah-mudahan sentiasa sihatlah hendaknya.

Oklah itu saja cerita dinner kami di Mana Cafe. Kalau pagi memang menu utama favourite Ummi adalah roti canai kosong, roti tampal goyang dan teh ais. Memang jarang order lain. Menu sarapan lain pun sedap-sedap belaka. Kalau lunch pulak memang banyak pilihan menu. Ko rasa semua nak makan weh haha. Kalau korang jalan-jalan ke Iskandar Puteri silalah cuba kat sini. Siapa yang familiar dengan Restoran Singgah Selalu korang tahu la macamana sedapnya menu kat Mana Cafe ni hehehe. Till then, babai!

p/s Sebelum Isnin lepas Abang Ilham sempat request nak breakfast kat Mana Cafe. Ok Ummi tunaikan. To be continued in the post.

Baca juga: Nasi Goreng Seafood Teppanyaki Mana Cafe Puteri Harbour

MANA CAFE, PUTERI HARBOUR

Ground Floor, Somerset Puteri Harbour
79000 Johor Bahru, Johor, Malaysia

Facebook: Mana Cafe

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Dinner di Mana Cafe Puteri Harbour

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!