Home » Kambing Perap Pak Mat Western Sedap & Mudah Dimasak

Kambing Perap Pak Mat Western Sedap & Mudah Dimasak

Kambing Perap Pak Mat Western Sedap & Mudah Dimasak

Kambing Perap Pak Mat Western Sedap & Mudah Dimasak | Korang dah cuba ke belum Kambing Perap Pak Mat Western ni? Kami dah berkali-kali mencuba. Memang dah jadi favourite anak beranak. Sedap gila weh. Nak masak pun senang je. Dah berkali-kali lah kami repeat.

Sebungkus kambing perap tu lebih kurang 500 gram ada dalam 3 hingga 4 keping. SIap dibekalkan dengan sos blackpepper. Mudah je biarkan defross dan grill atau goreng lebih kurang 10 minit. Ummi pilih untuk grill dalam air fryer je. Sebelum ni pernah juga bakar guna api masa buat BBQ Birthday Ummi kat rumah. Sekali masak tu tak berapa nak cukuplah kalau cuma masak sebungkus hehe. Sebab anak-anak Ummi semua suka kambing. Memang paling tidak pun Ummi beli dua bungkus baru puas makan anak beranak. Sebungkus harga RM35. Dengar cerita tahun baru naik harga jadi RM40.

Kambing Perap Pak Mat Western Sedap & Mudah Dimasak

Ummi dah siap-siap defross dalam beberapa minit. Baru masukkan ke dalam air fryer. Lebihan sos perapan tu Ummi sapu semula kat daging. Sayang nak buang hehehe. Grill lebih kurang 20 minit. Ummi siap balik-balikkan.

Sementara menanti kambing perap siap digrill, Ummi panaskan sekejap sos blackpepper. Sos blackpeppernya pun sedap.

Kambing Perap Pak Mat Western Sedap & Mudah Dimasak

Setelah siap digrill, Siapmarilah kita makan berjemaah. Curah sos blackpepper kat atas kambing perap tu. Fuhhh mantap sekali uolls. Ummi lawankan dengan coleslaw. Malas pulak nak buat mashed potato. Mana yang sempat je la kan.

Memang puas hati la makan kambing perap Pak Mat Western ni. Dagingnya juicy sangat. Lembutnya memang mudah nak makan taklah sampai tahap tercabut gigi hehehe. Anak-anak Ummi memang laju je memasing makan.

Kambing Perap Pak Mat Western Sedap & Mudah Dimasak

Senanglah kalau nak buat barbeque ke apa lepas ni memang beli kambing perap Pak Mat Western je kalau malas nak marinate sendiri hehe. Korang yang belum cuba boleh la cuba. Abang Ilham dah request suruh Ummi Babah bawa makan kat Pak Mat Western Kulai. Ummi tak janji Ummi kata insha Allah je kalau ada masa, panjang umur nanti kita ke sana hehe. Ok uolls itu saja review dari Ummi. Kambing Perap Pak Mat Western memang sedap ditekak kami. Tekak orang lain kami tak pasti ok. Till then, babai!

Baca juga: Ayam BBQ Sos Perap Mamasab Bakery

 4,450 total views,  42 views today

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!