Rasai Pengalaman Menarik Di Dinosaur Kingdom Puteri Harbour Sepanjang Musim Cuti Sekolah
ptr

Rasai Pengalaman Menarik Di Dinosaur Kingdom Puteri Harbour Sepanjang Musim Cuti Sekolah

 

IMG_20181120_124003.jpg

Rasai Pengalaman Menarik Di Dinosaur Kingdom Puteri Harbour Sepanjang Musim Cuti Sekolah | Assalamualaikum 🙂 Sempena cuti sekolah yang bakal menjelma jom bawa anak-anak ke Dinosaur  ~ The Prehistoric Harbour yang dibawakan oleh Thempaktu (Theme-Park-To-You). Dinosaur Kingdom adalah pemenang anugerah laman hiburan bergerak yang pertama di Malaysia. Bertemakan era Jurrasic, Dinosaur Kingdom membawa para pengunjung kembali ke era pra-sejarah. Anak anda berpeluang mempelajari tentang dinosaur dan menemui lebih daripada 25 jenis animatronic dinosaur yang terletak di sekitar taman.

IMG_20181120_154647.jpg

Alhamdulillah Ummi dan geng-geng JDT Blogger dah pun merasai pengalaman meronda sekitar kawasan Dinosaur Kingdom ni. Fuhhh boleh tahan semput, maklumlah Ummi bawa baby sekali meronda tu hehehe.

Photo_1542703737470

Untuk pengetahuan korang, kat bawah ni Ummi dah listkan harga tiket. Sama juga infonya seperti dalam gambar.

Harga tiket Dinosaur Kingdom:

➡️ Pemegang MyKad – RM30 (2 Token)
➡️ Pemegang MyKid – RM20 (1 Token)
➡️ Pemegang MyKad (Warga Emas) – RM20 dengan sebotol air
➡️ Pemegang Passport – RM20 (2 Token)
➡️ Pemegang MyKad/ MyKid – All Access Passes RM68 (4 Token) **Tidak termasuk Carnival Games dan layak untuk 1 Ice Fossil sahaja**
➡️ Pemegang Passport – All Access Passes RM98 (4 Token) **Tidak termasuk Carnival Games dan layak untuk 1 Ice Fossil sahaja**

Setiap pembelian tiket tu ada free token. Kalau korang nak top up token kena beli 1 token RM3. Jika korang beli 10 token dapat FREE 1 token.

Tiket boleh juga dibeli di kaunter.

IMG_20181120_151824.jpg

 

Korang akan dapat wrist band ni sebelum masuk ke dalam. Bila masuk ada pemeriksaan beg. Make sure korang tak bawak air botol mineral ya. Hanya air masak dalam tumbler yang dibenarkan untuk dibawa masuk. Makanan pun tak dibenarkan dibawa masuk.

IMG_20181120_151604.jpg

ozedf

Korang boleh parking kereta di sekitar kawasan parking lot berdepan depan lokasi dan bangunan pentadbiran Puteri Harbour.

IMG_20181120_123943.jpg

Ibarat penguin nak masuk Dinosaur Kingdom kahkahkah.

IMG_20181120_122933.jpg

Partner Ummi semalam.. TQ Eqa.

Ok jom kita tengok apa yang menarik di Dinosaur Kingdom ni.

Dinosaur Wild Park Live Show – PERCUMA

IMG_20181120_125939.jpg

Bersedia untuk pengembaraan prasejarah dan alamilah persembahan langsung yang menghiburkan seisi keluarga.

IMG_20181120_125932.jpg

Dinosaur Wild Park Live Show
Showtimes – 1.00pm, 3.00pm, 5.00pm, 7.00pm, 9.00pm

 

mde

Bersemangat nak tengoak live show hahaha.

IMG_20181120_132539.jpg

IMG_20181120_134146.jpg

Live show selama lebih kurang 30 minit memang syoak tengok. Anak-anak mesti teruja. Boleh tengoka video penuh di youtube channel Ummi kat atas tu ya.

Rasai Pengalaman Menarik Di Dinosaur Kingdom Puteri Harbour Sepanjang Musim Cuti Sekolah

5D Cinema – 2 Token Per Session

Photo_1542704023698.jpg

Korang boleh alamai sendiri pengembaraan liar Rexy dengan sensasi 5D. Ummi tak sempat masuk sini. Insha Allah next trip dengan The Ilhams kita singgah sini.

25 Animatronic Dinosaur

Terdapat 25 jenis dinosaur yang besar di sekitar kawasan taman. Korang boleh tengok sebahagian gambar-gambar yang Ummi snap. Rasa macam real dinosaur tau, siap bergerak-gerak dan berbunyi mengaum hahaha. Harap The Ilhams tak seram hehehe. Anak-anak juga boleh membaca info fakta mengenai setiap jenis dinosaur.

IMG_20181120_121725.jpg

 

 

IMG_20181120_121959.jpg

IMG_20181120_125827.jpg

Photo_1542703853295.jpg

IMG_20181120_123142.jpg

IMG_20181120_122817.jpg

IMG_20181120_121929.jpg

IMG_20181120_122927.jpg

Selfie dalam seram. Sebab Ummi fefeeling dinosaur tu nak bergerak serang Ummi haha.

Raptor Maze – 2 Token Per Session

IMG_20181120_125900.jpg

IMG_20181120_125908.jpg

Di Raptor Maze anak-anak akan mencari kunci yang tersembunyi untuk melepaskan diri dari Raptor Maze. Tetapi perlu berwaspada kerana ada raptor yang tersembunyi di persekitaran maze ni.

Education Hub – PERCUMA

ptr

Kunjungi pusat pendidikan untuk mengenali dinosaur dengan lebih mendalam. Boleh tengok program flow dalam gambar tua ya.

ptroz

Khusyuk adik-adik dan ibu ayah memasing. Adik tu dipanggil ke depan untuk cuba susukan baby dinosaur hehehe.

Drift Island – 2 Token Per Session

Tunjukkan kemahiran drift anak-anak korang di Drift Island.

dinosaur-kingdom-puteri-harbour-drift-island
Credit pic: http://www.sunahsukasakura.com/

IMG_20181120_130008.jpg

Nampak syok je bebudak tau mendrift. Nanti Ummi nak suruh Abang Ilham test.

Pterosaurs Nest – 2 Token Session

IMG_20181120_122140.jpg

Anak-anak berpeluang memanjat dan menawan mini rock climbing.

IMG_20181120_122202.jpg

Boleh baca syarat-syarat yang ditetapkan.

Dinosaur Battle Zone – 2 Token Per Session

IMG_20181120_123248.jpg

Di kawasan Dinosaur Battle ni korang boleh cuba permainan Nerf Gun.

Inflatable Dinosaur Island – PERCUMA

IMG_20181120_135337.jpg

IMG_20181120_135328.jpg

Anak-anak juga boleh bermainan di Inflatable Dinosaur Island secara PERCUMA. Kawasan ini terletak di ruang yang sama dengan 5D Cinema dalam kawasan berhawa dingin. Ada juga disediakana kerusi dan ameja comel untuk anak-anak. Sambil menunggu anak-anak bermain, ibu ayah boleh mencuba kerusi urut yang disusun di bahagian hadapan.

Dino Riders – 2 Token Per Session

IMG_20181120_123457.jpg

ptr

Kalau anak-anak korang berani, boleh la cuba naik Dino Riders ni. Maksimum 3 pengunjung sahaja untuk 1 sesi dan berat tidak melebihi 100kg. Ada amoy comel nangis duduk atas dino hehehe.

The Swamp – 2 Token Per Session

IMG_20181120_123337.jpg

Ummi rasa macam best je The Swamp ni. Anak-anak boleh meneroka kolam/paya dengan bot-bot dinosaur.

IMG_20181120_123624.jpg

Nak naik The Swamp ni kena ada pengawasan ibu ayah. Berat ttidak melebihi 40kg.

Dinosaur Exhibition – PERCUMA

IMG_20181120_124319.jpg

Pameran berbentuk info tentang dinosaur boleh di dapati di kawasan Dinosaur Exhibition. Tak perlu menggunakan token.

Triceratop Train – 2 Token Per Session

IMG_20181120_122754.jpg

Ibu ayah dan anak-anaka boleh juga menaiki Triceratop Train ni mengelilingi kawasan Dinosaur Kingdom.

Alien Invasion – 2 Token Per Session

IMG_20181120_122020.jpg

Anak-anak boleh naik di ruang yang disediakan, dan ia akan berpusing -pusing. Mesti anak-anak suka macam di funfair tu.

Fossil Dive – 2 Token Per Session

IMG_20181120_123305.jpg

Di Fossil Dive ni ada aktiviti menyelam ke dalam Fossil Pit untuk mencari fossil yang tersembunyi dengan perkataan NIPS.

Ice Fossils – 2 Token Per Session

IMG_20181120_123321.jpg

Terokai pengalaman meneroka fossil dengan memecahkan ais untuk mendapatkan telur dinosaur korang sendiri. Wahhh mencabar ke tak korang kena cuba sendiri ok.

Baby Dinosaur Trail

IMG_20181120_122855.jpg

Anak-anak juga berpeluang menunggang baby dinosaur yang comel ni. Berani adik tu. Kalau The Ilhams tak pastilah nak ke tak hahaha.

Carnival Games

IMG_20181120_122421.jpg

Kalau korang nak cuba nasib main carnival games ni bolehlah beli token. Carnival Games ni macam games ayang ada di kawasan fun fair tu. Korang berpeluang memenangi patung-patung comel dinosaur. Terdapat pelbagai jenis permainan di Carnival Games.

Dino Bites

IMG_20181120_124138.jpg

IMG_20181120_124159.jpg

ptr

Korang jangan risau kalau anak-anak tiba-tiba kelaparan. Dino Bites ada menjual makanan dan minuman untuk pengunjung. Tapi Ummi remind awal-awal ya, harga jualan agak mahal berbanding harga luar.

Merchandise

IMG_20181120_135247.jpg

Kalau korang ada fulus lebih dan berhajat nak beli merchandise dino boleh la ke bahagian hadapan Inflatable Dinosaur Island ni. Ada macam-macam jualan di sini.

Outdoor Cinema – PERCUMA

IMG_20181120_124445.jpg

Outdoor cinema ni ada tayangan filem-filem menarik yang berkaitan dengan dinosaur. Boleh lepak di kawasan payung-payung Dino Bites sambil tengok movie secara PERCUMA. Selain itu Super Dinosaur Performance & Dinosaur Parade juga adalah PERCUMA tak perlu token.

Portable Toilet

IMG_20181120_121812.jpg

Jangan bimbang tengah main-main anak nak terkucil, ada disediakan portable toilet. Kalau tak selesa boleh je jalan jauh sikit ke bangunan Thomas Town tu. Surau pun ada di situ ok. Jom baca tips penting yang boleh diguna pakai sebelum korang ke Dinosaur Kingdom.

TIPS PENTING DARI UMMI ILHAMS:

✔️ Sila bawa air masak (dalam tumbler) secukupnya kerana cuaca agak panas.
✔️ Bekal payung dan topi untuk anak-anak. Payung persediaan jika cuaca hujan dan panas.
✔️ Baby carrier atau stroller sangat membantu ibu dan ayah ditakuti anak-anak kecil kepenatan.
✔️ Nak lagi mudah, makan sesiap di rumah jimat belanja
✔️ Portable toilet ada disediakan.
✔️ Standby duit “token” kerana tak semua permainan percuma.

 Makanan dan mineral water tidak dibenarkan dibawa masuk. Boleh beli di Dino Bites tapi harga agak mahal dari biasa.

Selamat menerokai Dinosaur Kingdom.. kalau jumpa kami empat beranak Sabtu ni hai-hai lah ya. Insha Allah kalau cuaca elok kami ke sana. Kalau ada info-info yang tercicir Ummi akan tambah nanti ya. Jemput SHARE info ni sekiranya korang rasa bermanfaat 

DINOSAUR KINGDOM @ PUTERI HARBOUR, ISKANDAR PUTERI

 Waze: Puteri Harbour Parking
 Date:20 Nov 2018 – 01 Jan 2019
 Time: 12:00pm – 10:30pm
 Close: every Monday, except Dec 24 & Dec 31
 Buy Tickets Online: https://themepaktu.com/

Baca juga: The Ilhams @ Dinosaur Kingdom Puteri Harbour at Night

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *