Santai Petang di Marina Sandy Beach Marina Walk Puteri Harbour

Santai Petang di Marina Sandy Beach Marina Walk Puteri Harbour

Santai Petang di Marina Sandy Beach Marina Walk Puteri Harbour | Cerita bulan 4 bulan lepas. Lamakan peram dengan harap membuahkan hasil hahaha. Sebenarnya Ummi terlupa nak masuk blog. Nampak Ibu Q update cover photo fb baru Ummi teringat ehehe.

Santai Petang di Marina Sandy Beach Marina Walk Puteri Harbour

Sebenarnya Babah yang ajak kami lepak-lepak kat sini. Dia kata ada tempat baru sesuai untuk beriadah di Puteri Harbour. Bila Ummi check di facebook, rupanya namanya Marina Sandy Beach di kawasan Marina Walk, Puteri Harbour. Masa ni orang tak ramai, maklumlah masih dalam tempoh berjaga-jaga. Jalan-jalan dari jauh nampak keluarga Ibu Q hehehe. Dia pun tengah layan anak-anak nak breiadah petang. Apa lagi kita join sekalilah.

Santai Petang di Marina Sandy Beach Marina Walk Puteri Harbour
Santai Petang di Marina Sandy Beach Marina Walk Puteri Harbour

Ada water fountain ni ikut muzik. Syok la bagi anak-anak teruja hehe.

Santai Petang di Marina Sandy Beach Marina Walk Puteri Harbour

Nak lepak-lepak kat tangga pun boleh. Kami lepak kat sinilah. Anak-anak main emak ayahnya berborak.

Santai Petang di Marina Sandy Beach Marina Walk Puteri Harbour

Nampak tu dah jumpa geng. Syok la abang-abang ni main pasir ui. Sekejap-sekejap suara Ummi berkumandang di udara.

Bahagianya hidup memasing. Memang luas kawasan ni. Puaslah diorang tu berkejar-kejaran.

Masa ni budak kecil ni dah masuk dua bulan terperuk dalam rumah. Alhamdulillah masa ni jahitan dah pulih. Barulah Ummi berani, itu pun tak lama kat sini.

Ini Kakak Rahah, anak dara Ibu Q. Macam anak jepun kan. Cantik, putih gebu. Sebaya Abang Syamil. Boleh buat calon menantu ni hehe.

Lepas memasing dah berkubang main pasir, Ibu Q belanja aiskrim.

Ummi pun join sebatang dua ehhhh.

Tengah syok makan aiskrim Aunty Nana and family pun sampai. Bertambah la ahli berborak hehe. Tak lama lepas tu kami pun berangkatlah balik. Dah nak maghrib kan. Insha Allah nanti boleh lepak santai sini lagi sambil menghirup udara petang.

Kalau korang nak jogging area sini pun ok. Nak bawa anak-anak bersantai naik basikal pun boleh. Memang sesuai dijadikan tempat riadah seisi keluarga. Kadang ada event juga kat sini. Cuma musim-musim PKP ni ada SOP yang perlu diorang ikutilah. Jangan bimbang tandas awam ada disediakan di kawasan berdekatan. Almaklumlah kalau dah bawa anak-anak, masin pasir lagi kan mestilah nak bersihkan diorang di tandas. Tapi hari tu Babah basuh guna air mineral dalam kereta je hehehe.

Korang boleh juga datang weekend di Marina Walk Promenade, ada Harbour Market pada hari setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad bermula 4 petang hingga 12 malam. Ingat patuhi SOP!

Selamat bersantai di Marina Sandy Beach, Marina Walk Puteri Harbour.

Baca juga: Jom Ambil Angin di Dataran Mahkota Kota Iskandar

Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *