Lunch di Pizza Hut Bandar Penawar

Lunch di Pizza Hut Bandar Penawar

Lunch di Pizza Hut Bandar Penawar

Lunch di Pizza Hut Bandar Penawar | Selepas check-out dari AmanSari Hotel Desaru, kami terus mencari port sesuai untuk lunch. Maklumlah sorang baby tua tu syok tidur. Pusing punya pusing kami lunch di Pizza Hut, Bandar Penawar. Lokasinya tak jauh pun dari hotel, melintas jalan ke sebelah kiri je hehehe.

Sambil-sambil tunggu makanan tu Babah duk survey mana-mana hotel, resort atau homestay yang available. Memang plannya stay lagi semalam kat sini, cuma kami malas nak book awal haha. Oleh kerana malas book awal tu, memang nasib la kan ada ke tak ada yang available sebab long weekend deepavali public holiday. Akhirnya dapat la resort ni, cuma pantai bukan depan mata la janji ada swimming pool.

Lunch di Pizza Hut Bandar Penawar

Memasing dah tak sabar menunggu makanan. Sarapan awalkan, lepas tu sambung tidur. Bangun-bangun je lapar.

Lunch di Pizza Hut Bandar Penawar

Nasib ada bench ni senang la Ummi nak makan tanpa meriba si baby tua ni hehehe. Masa ni dia tidur sandal dia tak pakai. Ummi selitkan kat kocek beg. Tak sangka pulak tercicir sebelah kanan.

Maka tinggallah sebelah kiri je ni ha. Sesiapa yang jumpa sandal Nike sebelah kanan di Pizza Hut Bandar Penawar, itulah kasut Cinderella versi lelaki hahaha. Adehhh sayang betul. Sandal ni Nenek belikan dia. Masuk kereta tengok tinggal sebelah je. Cuai betullah Umminya ni pun.

Lepas makan, kami terus menuju ke Lakeview Terrace Resort, Pengerang tak sabar nak meneroka tempat baru pula hehehe. Plan petang nak mandi pantai atau lepak-lepak tepi pantai. Nak tahu cerita selanjutnya bolehlah baca post Ummi yang lepas ya. Till then, babai!

Baca juga: Mandi-manda di Adventure Waterpark Desaru Coast

Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *