Mandi-manda di Adventure Waterpark Desaru Coast | Dah baca entri Penginapan 2H 1M di AmanSari Hotel Desaru Dengan Pakej Adventure Waterpark Desaru Coast? Kalau belum baca pergilah baca dulu hehehe. Ok, sekarang Ummi nak share pengalaman pertama kami ke Adventure Waterpark Desaru Coast yang memang menjadi idaman anak-anak ni.
Masing-masing dah tak sabarkan nak berendam. Nasiblah diorang masih lalu lagi nak makan. Kalau tak lalu nak makan Ummi memang kemurungan hahaha. Dalam jam 2 petang kami bersiap-siap ke sana.
Dua tiket Adventure Waterpark Desaru Coast tu adalah complimentary dari pakej menginap di AmanSari Hotel Desaru. Ummi cuma tambah 1 lagi tiket untuk Ummi dengan harga RM45. Kan Ummi dah kata, kalau ambil pakej ni memang menjimatkan.
Masa kami sampai tu dapat parking agak jauh juga la, Jadi dari parking tu kami berjalan kaki menuju ke main entrance.
Jangan lupa check-in MySejahtera dan check suhu.
Posing yang ‘mesti’ di depan main entrance. Sebelum masuk tu akan ada staff yang check beg. No outside foods allowed ok. Air masak dalam botol tak apa.
Diorang dah excited nak masuk tapi biasalah, mak korang kan blogger. Gambar mesti nak berduyun haha.
Masuk-masuk je dah nampak Penawar Falls dan Swinging Ship. Mula-mula Abang Ilham cakap nak ajak Ummi naik ship tu. Bila Ummi terkenang kisah naik Pirate Ship kat Genting Highlands zaman honeymoon dulu tmemang idok ler Ummi nak naik. Kang Ummi termuntah kat situ haru biru jadinya hahaha.
Oleh kerana Ummi bawa kanak-kanak bawah umur jadi haruslah Ummi fokus ke Zone 5 Kids Ahoy. Nak ke tempat-tempat yang lebih adventure tu tak berapa nak berani hahaha. Jadi korang akan nampak gambar yang Ummi share ni banyak area kanak-kanak dan awal remaja gitu. Kat area sini ada lebih kurang 13 slides.
Ini antara slides yang terawal Abang Ilham terjah.
Lepas tu dia main slides sebelahnya. Dah elok turun slide, diorang duk berenang-renang kat pool tu. Sekali life guard suruh naik, kalau nak berenang sila ke Tidal Wave hahaha. Padan muka korang.
Seterusnya diorang naik slide ni pulak. Ummi ni duk la memerhati kat tepi je. Macam biasa sambil sekali sekala TERjerit nama “Ilhammmmm.. Syamilllllllllll.. hati-hati.. penjarakan sosial” Nasib korang la kan dapat mak macam ni hahaha.
Kawasan ni lebih meriah, “Lil Warriors Hideout”. Dia berkepit je la berdua beradik ke hulu ke hilir. Ummi dah pesan Abang Ilham jangan tinggalkan Syamil. Makan berpimpin tangan la dua beradik turun naik tangga hahaha.
Dah syok panjat memanjat turun slide, kami bergerak menuju ke Tidal Wave. Beriyalah tu berdua tengok map.
Posing satu kali depan signage Tidal Wave.
Kat area sini ada banyak beachside cabana yang korang boleh sewa. Pemandangan pantai berpasir sepanjang lebih kurang 170m. Tidal Wave ni terletak betul-betul menghadap Hard Rock Hotel Desaru Coast.
Life jacket untuk kanak-kanak dan dewasa ada disediakan. Siap pakai je life jacket memasing pun tak sabar nak main air.
Mula-mula Ummi duk snap gambar dan rekod video. Malas la kekonon nak basahkan diri. Langit memang dah makin mendung. Ada hujan rintik-rintik
Memasing dah kesejukan di landa ombak hahaha. tapi tetap tak mengalah sehinggalah hujan turun. Ummi ajak diorang sesiap cari tempat berteduh, ehhhh dia sempat lagi main slide kat sebelah Longhouse.
Masa hujan turun tu kami sempat lari ke sini menyelamatkan diri berteduh kat Longhouse ni hahaha.
Memasing menggigil kesejukan. Dalam setengah jam jugalah kami berteduh kat sini, akhirnya hujan teduh. Apa lagi laju la memasing sambung berendam walaupun dah gigil. Tak lama hujan stop, menggelitik memasing sambung berendam, termasuklah Ummi yang rasa dah basah kena hujan sikit tadi baiklah basah semua hahaha.
Kejadian Ummi sebelum Ummi tergolek dilanda ombak dan badai yang disaksikan oleh The Ilhams juga Cik Sun dan Aunty Ajan hahahaha. Ombak kat Tidal Wave ni kuat ok. Kalau tak ready memang melayang hahaha.
Swimming Waterproof Phone Case ni sangat-sangat berguna bila mandi-mandadi waterpark atau dimana-mana. Sebelum ni Ummi sejenis malas nak guna macam leceh la nak bawa. Last minutes mintak Babah belikan di Al-Ikhlas Gadget. Cuma Ummi agak kecewa sebab Babah tak belikan warna pink hahaha. Lepas berendam di Tidal Wave kami ronda-ronda kawasan lain.
Giant water slides – Super Twister, The Tempest & Wild Whirl ni Ummi mampu tengok dari bawah je hahaha. Tak berani weh. Kalau Babah ada berani gak sikit kot hahahaha.
Kraken’s Revenge ni lagi lah Ummi seriau nak naik. Speednya 70 km/h. Kekawan kata syok tapi dek kerana penakut memang idok le Ummi nak menjamah naik dengan cuaca tak berapa nak bagi kerjasama.
Penawar Falls & Swinging Ship, swing 180 degress. Terus Ummi teringat masa naik Pirate Ship kat Genting Highlands dulu zaman honeymoon. Macam nak terkeluar isi perut uii. Memang tak lah nak naik hahaha. Belakang Swinging Ship tu ada tiga waterfalls dengan ketinggian lebih kurang 13 meter. Oleh kerana baru habis hujan, masa Ummi snap gambar ni memang tak ada orang lagi start berbuai kat situ hehehe.
Korang boleh juga menyewa cabanas dengan harga ekonomi di kawasan Penawar Huts.
Penawar River ni berukuran 350 meters dan mempunyai empat giant water slides iaitu Wild Whirl, Super Twister, Riptide & The Tempest.
Ilham nak sangat tengok orang main kat Surf Wall ni. Tapi masa kami ke sini malangnya tak ada orang main hahaha. Dah nak balik baru orang start semula. Kalau korang teringin nak surf macam kat tepi pantai tu boleh la try kat sini.
Antara kemudahan lain yang ada di Adventure Waterpark Desaru Coast, ada free shuttle services ke Adventure Waterpark sekitar Desaru Coast. Terletak berdekatan dengan parking bays. Parking bay ada lebih kurang 900 petak.
Kat sini juga da 42 canabas yang boleh disewa. Ada lima cafe, jadi sediakanlah duit secukupnya kerana harganya pastilah berbeza dari harga makanan di luar. Anak-anak Ummi dah siap-siap kenyangkan perut diorang kat hotel. Kalau kasi can belanja kat sini boleh kemurungan Ummi nanti hahaha. Ada kemudahan surau, washroom, changing room and shower, lockers, laluan OKU, beach lounges dan kerusi dan meja untuk berkelah.
Tak dapat masuk ke dalam Hard Rock Hotel Desaru Coast, tengok dari luar pun jadilah ya hahaha. Sedih no Ummi ko. Actually plan nak bergambar kat depan entrance Hard Rock Hotel ni, nak bergambar depan gitar hahaha sekali dah terlupa menonong je ke check-in ke Lakeview Terrace Resort, Pengerang.
Desaru Coast Riverside
Ummi suka sangat tengok pemandangan Desaru Coast Riverside ni. Ada tasik besar ada boleh lepak-tepi-santai tepi tasik.
Sebelum Ummi stop membebel, Ummi share short video kami Mandi-manda di Adventure Waterpark Desaru Coast. Overall, anak-anak puas hati dapat ke sini. Cuma diorang kata tak puas je sebab masa singkat dan diselangi dengan hujan. So bila hujan of course la kena stop aktiviti. Next time, kita datang awal pagi, tolong bukak gate. Insha Allah ada rezeki kita mandi-manda kat sini lagi. Mungkin datang kali kedua nanti hati Ummi terbuka nak main yang adventure sikit kahkahkah.
Kalau korang nak book untuk pakej di atas boleh contact, Encik Azman. Link kat bawah tu ya:
www.wasap.my/60127039609/promoamansaribloggerherneenazir
Amansari Hotel Desaru – Adventure Waterpark Desaru Coast Package
Bermula dari RM230 korang akan dapat,
Superior Room (2 pax) – bilik boleh upgrade mengikut harga yang ditetapkan.
Breakfast (2 pax)
2 Tiket masuk ke Adventure Waterpark Desaru Coast (Tiket tambahan boleh dibeli dengan harga RM45 per tiket)
Promosi sehingga 5 Disember 2021
Waktu Operasi Adventure Waterpark Desaru Coast:
Dibuka pada jam 10am hingga 6pm
Khamis – Ahad
Malaysia School Holidays & Public Holidays