Lunch di Mr. Dakgalbi Sunway Big Box | Cerita tahun 2019 hahaha. Melampaukan dia punya throwback tu. Tak post sayang, ni la kenangan dengan Geng Jumaat yang dah tak cukup quorum tu. Lunch hour kami pilih untuk mencuba menu di Mr. Dakgalbi. Kalau dengan family idok le Ummi bawa diorang ke sini sebab yang gila Korean Food Ummi sorang je hahaha. Ehhh tapi kalau robboki (ramyeon + tteokbokki) tu dah ada persaingan la. Abang Ilham dan Abang Syamil dah fall in love kat robboki.
Macam biasalah Geng Jumaat ni dah faham sangat apa diorang kena buat sebelum makan hahaha. Pastinya pasrah melayan kerenah Ummi yang ajak posing hahaha.
Cantikkan dekorasi kat sini.
Kitorang ambil set yang ni, Ummi lupa dah nama dia. Ada frame yang tunjuk step memasak sekali hehehe.
KImchi, salad, macam coleslaw gitu, yang hujung tu macam danmuji.
Ni octopus dah bersalut gochujang dan cheese.
Kitorang order both nasi dan ramyeon.
Masukkan semua bahan dalam kuali. Termasuk tauge dan kobis.
Gaul semula bahan sampai sebati. Nak gaul sendiri pun boleh, nak mintak waiter tolong pun boleh. Lepas tu amsukkan cheese.
Ya ampun sedap uolls. Seriuos memang sedap. Ummi suka. Makan panas-panas memang ummpphh. Overall best. Plan nak makan lagi kat sini tapi sampai ke sudah tak repeat lagi. Maklumlah kena cari geng yang peminat Korean Food baru la syok. Asyik kerja PKP, WFH tak dapat la nak repeat dengan geng Jumaat.
Dah siap makan moh la bayar. Eh masa ni Kak Leen tengah pregnantkan Eusoff hahaha. Eusoff dah nak masuk 2 tahun baru entry keluar hahaha.
Sebelum balik sempat masuk merayau ke sini. Ehhhh syok kan masa ni tak perlu jaga SOP, tak ada penjarakan sosial bagai, tak payah pakai face mask hehehe.
Nak balik office kalau nak cepat boleh je lalu exit kat pintu Gerbang Sunway Iskandar ni. Nanti masuk highway nak ke Tuas, lalu tol dan u-turn semula. tak kena bayar tol pun janji korang ada Touch N’ Go. Dah u-turn tu jangan lupa exite ke PTP, kalau tak korang terus sambung merayau ke bandar pulak hehehe. Oklah, itu je mak nak bebel. Siap juga entry yang ku peram sekian lama. Sebenarnya banyak lagi entri tertangguh. I’ll try my best to share.
Baca juga: Lunch di DubuYo Paradigm Mall
Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir
Jauh betul ek tahun 2019 punya cerita ni umi..Ingatkan PKP kita je tak boleh keluar, rupanya entry pun tak boleh keluar..hahahahha
Psssttt…cerita satu persatu tempat percutian dekat sabah tu bila nak up..lama nau tunggu hahaha
hahahaha adoiii cerita sabah pun kelaut.. jangan kata sabah, bandung 2016 pun tak settle..
Wahhhh! Sangat menarikkk! Mood 2019 punya cerita baru datang kerr tuhh??
Tak pernah try lagi Dak Galbi tapi haritu ada jugak ke sana..huhu
peram lama sikit nasib makanan mr.dakgalbi tak basi. sedap non.. try le..