Lunch di DubuYo Paradigm Mall

Foods Review

Lunch di DubuYo Paradigm Mall | Buat pertama kali Ummi menjejakkan kaki ke Paradigm Mall hahaha. Kesian Ummi ko kan. Selama ni ada juga invitation event di Paradigm Mall tapi sekali pun Ummi tak pernah join. Thanks lah officemate yang menjebakkan Ummi ke sini hehe. Dah settled misi kami mencari sesuatu di sini terus plan nak makan. Puas jugalah fikir nak makan kat mana. Sudahnya, kami sebulat tak berapa bulat suara sangat memilih DubuYo. Yesssszaaa.. memang dah lama Ummi nak cuba urban Korean food di DubuYo. Akhirnya dapat juga.

Setakat ni Kak Ain je pernah cuba menu DubuYo ni. Nak senang malas nak pilih-pilih, kami order #SeoulAwesome Daily Deals je.

Set #SeoulAwesome Daily Deals ada:

  • Soondubu Jigae Set RM17.40
  • Korean Gogi Set RM17.40
  • Noodle Set RM18.40
  • Light Lunch (Spicy Toppokki) RM9.95

Semua inclusive of drink (air pilihan – green tea, iced peach tea & roasted barley tea)

Beli 4 weekdays daily deals, korang berpeluang menikmati awesome daily deals. Ada promo percuma setiap hari.

Paling malang budak baju kuning tu, layan emak-emak yang kaki korean food hahaha. Kena game kali kedua. Last week kena game kat Seoul Garden Hot Pot hahaha. Nasib ko le Yap.

Muka tak sabar nak makan hahaha.

Makanan dah sampaiiii.. yeay!

Ini set pilihan Kak Leen. Soondubu Jigae Set. Rasanya ok la kata Kak Leen.

Ini set pilihan Kak Ain. Bukan dalam Set #SeoulAwesome Daily Deals. Spicy Chicken Wings & Drummets tu sedap gila ok. Sampai dua ketul Ummi bedal ayam Kak Ain ekekeke.

Ini set pilihan Ummi dan Yap. Noodle Set. Tekak Ummi sedap je noodle set ni. Seaweed tu suka gila. Cuma kalau lagi masam kuahnya tu lagi umpphhh. Syok makan ramyeon panas-panas sampai masak lidah rasa hahaha. Ada dua ekor udang dan sebelah telur rebus bersama Kimchi. Tekak Ummi ni jarang la tak sedap kan hahaha.

Iced Peach Tea yang sedap! I loikkkeeee.

Kekenyangan makan di DubuYo hehehe. Next time datang tukar menu lain pula. Tapi for sure nak repeat spicy chicken tu. Sedap sampai terbayang-bayang gitu. Hahaha memang tak kurus lah jawabnya macam ni. Ok till then, nanti sambung cerita dua orang budak tua kena paksa makan Korean food hehehe. Babai!

Baca juga: Friday’s Lunch – Seoul Garden Hot Pot Angsana Johor Bahru Mall

Jom subscribe You Tube Channel Hernee Nazir

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!