Indoor Plants/ House Plants – Koleksi Terbaru Ummi Ilham’s Mini Garden

Indoor Plants/ House Plants – Koleksi Terbaru Ummi Ilham’s Mini Garden | Assalamu’alaikum. Dah lama rasanya Ummi Ilham’s Mini Garden tak bersiaran di dalam blog Ummi ni kan. Ya masih ada lagi taman comel Ummi ni. Tak sangka dah 4 tahun masih hidup lagi hahaha. Tempat menghijaukan mata kami anak beranak. Tempat Ummi membuat self therapy. Lagi-lagi musim PKP ni kan, selain work from home sambil jaga hero-hero, memasak, buat kerja rumah, bercucuk tanam pun salah satu aktiviti Ummi di rumah. Ini cerita petang Jumaat, sebelum menerima kedatangan ahli baru, Ummi kemas apa yang patut. Bersihkan lantai, tukar pasu, alihkan sikit pokok ke dalam sebab panas membahang. Artificial carpet tu Ummi remove buat sementara. Macam semak pulak rasa hahaha. Lagi pun lantai nampak makin comot pulak. Masih menanti projek DIY Epoxy Flakes Coating dari Babah. So far baru siap untuk toilet bawah je. Ada dua toilet kat atas tu tak bersentuh lagi. Maka lantai veranda pun terpaksalah tunggu turn lama. Nanti Ummi share ya berkenaan dengan Projek DIY Epoxy Flakes Coating untuk lantai bilik air dan veranda kami.

Bila dah siap cuci lantai, susun pepokoks rasa happy gila. Pencinta pokok tahulah apa perasaannya. Satu kepuasan yang tak boleh nak gambarkan. Tenang jiwa raga. Dapat bercakap dengan pokok tu pun dah syok gila rasa weh.

Sudut ni masih kekal dengan indoor plants yang low light. Tapi pokoknya bertukar-tukar ikut mood Ummi hahaha. Sekali sekala Ummi akan bawa keluar menikmati sinaran matahari. Ini pokok kesayangan Ummi, Ficus Lyrata aka Fiddle Fig aka nama melayunya Pokok Ketapang haha. Pokok ketapang masa kecil dulu setahu Ummi ada kat padang sekolah je. Sekarang Ummi kau bela masuk rumah hahaha. Kembar dia dah menemui ajal. Yang satu ni cantik je membesar dengan jayanya.

Ini koleksi terbaru penambah koleksi yang sedia ada.

Pokok Alocasia atau African Mask atau Elephant Ears ni memang favourite Ummi. Yang ni spesis Alocasia Mortfontanensis. Cantik gila daun dia tu. Alocasia ni ada banyak jenis. Kalau dapat kumpul semua alangkah heavennya. Tak pe slowly kita tambah koleksi ok. Pokok Alocasia memerlukan indirect light. Jangan diletak bawah cahaya matahari yang memancar, pendek umur dia nanti.

Pokok ni nama saintifiknya Ficus Elastica Ruby atau nama lainnya rubber plant, rubber bush, rubber tree dari spesis fig genus. Dah lama aimed. Tapi susah sangat nak ada stok. Yang rubber plant biasa tu ada stok yang besar gila. Nanti-nantilah baru Ummi beli. Dah ada yang ni pun dah cun.

Next, Japanese Bamboo. Tak plan nak beli sebenarnya. Tapi dek kerana terpikat dengan kecomelannya, maka Ummi pun belilah sepokok. Zaman kecil dulu arwah Tok Mok tanam banyak depan rumah ni dengan anak beranak pokok puding.

Nak taip favourite Ummi, tapi rasa eh apesal kau nak ulang banyak kali hahaha. Kira mana yang Ummi beli ni memang indoor plants yang favourite la kan hehehe. Ini memang cantik cun melecun spesis dia, Calathea Medallion anak beranak dalam family Marantaceae. Banyak jenis keturunan Calathea ni tau memang memeleh air liur tengok. The most beautiful low-light plant. Bolehlah kalau nak bawa masuk ke dalam rumah sekali sekala bagi juga dia natural light tapi bukan direct light tau. Pokok ni puteri lilin, kalau lama kena panas nanti rosak daunnya. Spesis Calathea ni bila siang hari daunnya kembang, bila malam dia akan kuncup. Nanti Ummi share kan perbezaan gambarnya ya.

Untuk pokok-pokok baru tu Ummi taburkan dengan batu-batu comel untuk hiasan menutupi tanah. Nak lagi bagus masa tanam pokok campurkan coco peat/ sabut kelapa baik untuk penyerapan air dan pembesaran pokok. Ada pokok Ummi yang ada coco peat ada yang tak ada. Hari tu nak beli satu bungkus RM20 besar gila seguni. Nanti beli kat shopee jek lah pack kecil sikit. Seguni dah macam ladang bunga pulak hahahaha.

Satu lagi tambahan keluarga Alocasia, Alocasia Bicolor. Warna dia mak oiii cair hati Ummi hehe. Pokok ni memerlukan medium water je ok. Jangan kerap sangat disiram kena selalu monitor tahap kelembapan tanah.

Spider Plant ni pun indoor plant/ house plants yang bagus tau. Nampak je macam serabut tapi banyak manfaat. Nama lain Spider Plant adalah airplane plant, St. Bernard’s lily, spider ivy, ribbon plant dan nama saintifiknya Chlorophytum Comosum. Spider plant bagus untuk menyerap toksin bahaya dalam udara yang kotor. Ummi ada dua pokok tu, Nanti nak repot dalam pasu lain. Psttttt.. Ummi gila pasu putih, jadi Babah ada satu lagi projek kerahan dari Ummi hahaha. Dia dah siap dah beli spray putih untuk spraykan pasu-pasu Ummi ekeke. Deko mini garden versi bajet beginilah hehe. Nasib baik Babah pun suka dan fully support minat Ummi. Kalau tak Ummi spray je lah sendiri ekekeke.

Abaikan watermark Marble Queen tu ya, nama dia Njoy Photos. Ummi dah tersalah nama hahaha. Suka gila dapat Njoy Photos ni tau. Ummi dah buat water propagate untuk biakkan spesis money plant ni. Nanti dah membiak boleh lah share dengan kekawan. Ecehhhh. Menyesal sungguh tak beli English Ivy terus hari tu. Takpe nanti beli hehehe. Ummi suka bila tengok money plant tak kira apa spesis pun menjalar macam tu. Haisyhhhhh cannot wait lah turn Njoy Photos ni nak menjalar. Masa awal PKP, money plant Ummi seplastik besar Ummi bagi kawan PTP. Harap-harap membiaklah kat rumah kak Eija nun.

Ini si pokok viral, Snake Plant aka Sansevieria aka Lidah Mak Mertua aka Lidah Jin haaaa banyak gila nama dia. Pokok ni Ummi repot. Baru tukar pasu baru. Sebelum ni Ummi ada dua pasu. Dah bagi kekawan sorang sikit. Harap serasi dengan tuan baru. Tetiba musim raya musim PKP musim COVID-19 dia jadi viral berikutan Penyelidikan NASA yang menunjukkan bahawa snake plant atau lidah mak mertua ni dapat membantu membuang toksin seperti formaldehid dan benzena. Mesti terkejut pokok ni anak beranak, tetiba diriku begitu berharga hahaha. Melampau-lampau harga diorang jual ui. Selama ni korang pandang sepi je ya pokok ni sekarang baru korang tahu kebaikannya. Sansevieria ni banyak jenis tau. Banyak jeniskan lidah mak mertua dalam dunia ni ekekeke. Gurau je! :p

So far Ummi ada 4 jenis snake plant iaitu Sansevieria Trifasciata ‘Black Gold’, Sansevieria Zeylanica, Sansevieria Trifasciata ‘Hahnii’dan Sansevieria Trifasciata ‘Golden Hahnii’. Tengah craving kat Sansevieria Moonshine tunggu kawan Ummi belikan nanti. Memang cantik dan sesuai dijadikan hiasan dalaman. Zaman tok nenek kita pun memang diorang dah tanam snake plant ni. Pokok ni salah satu indoor plant yang kebal la pada Ummi. Sejenis susah nak mati. Masih boleh survive jika hanya ada low light. Tapi jaga-jaga jangan terlebih rajin nak menyiram, kalau terlebih air akan merosakkan akar dan boleh pokok boleh mati. Kena selalu monitor kelembapan tanah. Keperluan air setiap pokok adalah berbeza.

Ini pun baby baru Ummi. Tapi masih mencari-cari nama dia. Masa beli Ummi lupa gila tengok tag hahaha dan tanya pada pekerja nursery. Cantik sangat daunnya dan warnanya. Ini pun jenis tak boleh berpanas.

Pokok pegaga aka Centella Asiatica ni Ibu Zura bagi untuk buat ulam. Tapi Ummi ambil sikit dan rendam dalam pasu dah alang-alang ibu bagi siap berakar hehehe. Kita biakkan je dia. Nanti boleh alih dalam pasu. Sebelum ni benih pegaga dari rumah Uncle Wan dah menemui ajal. Belakang tu ZZ Plant yang semakin membesar bagai johan.

Tambahan koleksi Japanese Rose. Bagi seri sikit dengan bunga yang muncul setiap pagi dan menguncup bila petang.

Ehhh nak selit juga pokok lama ni. Ambil dari rumah Atok Tipah. Nama dia Dieffenbachia Seguine. Masa ambil dulu kecil je Ni dah meriah. Memang berseri je hijau pokok ni. Itu ada kuning sikit hari tu Ummi terlupa alih dia ke tempat redup sikit. Sekarang petang panas menusuk masuk ke laman.

Mana yang kata pokok ni beracun tu memang ya. Kena extra carefull la yang ada anak kecil ada haiwan peliharaan make sure letak tempat yang tinggi sikit. Jangan la kome bagi anak main daun tu bagi kucing makan ya dok. Anak-anak kalau kita pandai didik sayang pokok diorang tak akan kacau pokok ni. Apa-apa pun semua dibuat dengan bersederhana. Jaga pokok, sayang pokok insha Allah pokok hidup segar dan membesar bagai johan. Pokok pun berzikir tau ingat tu. Macam kita perlu makanan untuk hidup, pokok juga perlukan air dan baja untuk membesar. Jadi nak bela pokok kena la buat study sikit-sikit jangan hentam keromo. Kang dah beli memacam pokok duit habis kejap lagi datang mood malas korang mati setaman pokok tu. Ummi pun sentiasa banyakkan membaca tentang cara penjagaan pokok selain jadikan kawan-kawan mak-mak pokok sebagai rujukan.

Ummi Ilham’s Mini Garden Wishlist

Sebenarnya Ummi tengah aim tiga flower rack ni. Geram weh. Yang rak bunga nombor 2 dan 3 tu Ummi jumpa di nursery. Harga RM150 dan RM188. Hari tu nak beli tapi teragak-agak lagi. Bila tunjuk kat Babah dia macam ok je boleh beli hehehe. Yang rak kayu ni lagi meleleh air liur tapi dari Kawood KL, buat masa ni diorang tak ada buat pengeposan. Harga ok sangat tu RM120. Heyyy geramlah. Ummi nak minta tolong pekerja Indon Tok Ayah la buatkan rak sebiji sebijon macam tu hehehe. Can’t wait! Nanti rak-rak dah bersusun Ummi share. Nak tambah rak lerberg IKEA tak ada stok pulak. Nak beli yang besar warna grey tu. Yang putih kat dalam rumah sayang nak bawa keluar hehehe.

Oklah penat Ummi bebel pasal pokok. Kalau jumpa geng lagi panjang cerita pasal pokok ni tau hehehe. Buat masa ni Ummi susun je sebaris kat veranda. Tunggu rak dah muncul nanti baru kita fikirkan semula dekorasinya. Till then, stay safe, stay at home at let’s gardening!

 862 total views,  6 views today

7 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!