Gerhana Bulan Penumbra 2020 – 6 Jun 2020

Gerhana Bulan Penumbra 2020 – 6 Jun 2020 | Assalamu’alaikum. Gerhana Bulan Penumbra ke 2 dalam tahun 2020 dijangka berlaku pada 6 Jun 2020.

Gerhana Bulan Penumbra ke-2 tahun 2020M🌙🌑

Tarikh : 6 Jun 2020M /14 Syawal 1441H
Masa : 01.45am – 05.04am

Gerhana Bulan berlaku apabila bulan memasuki kawasan bayang-bayang bumi. Ianya hanya berlaku ketika bulan berada dalam fasa purnama (bulan penuh sahaja). Matahari, bumi dan bulan berada pada satu garisan lurus yang sempurna.

GERHANA BULAN PENUH – Keseluruhan bulan berada di dalam kawasan bayang-bayang umbra. Ketika gerhana bulan penuh, warna bulan bertukar menjadi hitam kemerahan.

GERHANA BULAN SEPARA – Sebahagian atau keseluruhan bulan berada dalam bayang-bayang umbra. Ketika gerhana bulan penumbra, sebahagian permukaan bulan menjadi putih dan suram.

GERHANA BULAN PENUMBRA – Bulan hanya memasuki kawasan bayang penumbra sahaja. Ketika gerhana bulan penumbra, sebahagian permukaan bulan menjadi putih suram.

HUKUM SOLAT SUNAT GERHANA BULAN PENUMBRA

Oleh kerana bulan hanya akan mengalami sedikit perubahan warna dari putih ke warna putih suram ketika gerhana bulan penumbra, makan kesan gelap yang nyata itu tidak dapat dilihat. Oleh itu solat sunat gerhana adalah TIDAK DISYARIATKAN.

p/s The Ilhams macam biasa si peminat astronomi, dah remind Ummi sesiap supaya jangan tidur awal dan ajak tengok gerhana bulan. Wokehhh insha Allah. Kalau seram nak keluar depan rumah kita tengok live streaming dari JOHOR ASTRONOMY CLUB je ok hehehe. Kalau dekat dah boleh join Uncle Nazam & Uncle Epan skodeng bulan belakang rumah hehehe.

 104 total views,  1 views today

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *