Resipi Basque Burnt Cheesecake Dengan 5 Bahan Tanpa Guna Mixer | Assalamu’alaikum. Hai korang. Macam yang Ummi share dalam post 16 May 2020 | Happy 39th Birthday Dearself!, akhirnya Ummi berjaya merajinkan diri membuat kek untuk birthday ke 39 tahun ekekeke. Dia punya plan nak buat Basque Burnt Cheesecake ni sejak sebelum PKP, beli bahan masa dah start PKP sudahnya buat dalam bulan Mei hahaha. Syabas Ummi!
Resipi ni hanya guna blender tak perlu guna mixer dan dibuat dengan 5 bahan sahaja. Ummi pun malas nak bawa turun mixer hahaha. Untuk versi Ummi ni, Basque Burnt Cheesecake dibakar menggunakan Tefal Home Chef Smart Pro Multicooker. Jom tengok resipi mudah ni ya. Kredit owner resipi Facebook Seera Maheran.
RESIPI BASQUE BURNT CHEESECAKE
Bahan-bahan:
Cream cheese 250g
Whipping cream 1/2 cawan
Gula 1/2 cawan
Tepung gandum 2sdb
Telur 3 biji
Cara-cara:
Blend semua bahan tadi hingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam pot untuk dibakar. Ummi malas nak guna oven. Oven kat rumah Mama Cu. Nak guna air fryer menjajor mencari loyang mana entah dalam stor agaknya.
Dah masuk dalam pot, setkan mode Bake, masak dalam 45 minit. Tapi rupanya tak lah macam Basque Burnt Cheesecake yang biasa korang tengok tu. Salah satu sebabnya rasanya sebab faktor pot ni yang melengkong kot. Tapi elok je kejadiannya. Gebu gebas. Semerbak haruman cheese satu rumah uolls. Anak-anak Ummi kepelikan, biar betul Ummi buat kek.
Resipi Basque Burnt Cheesecake Dengan 5 Bahan Tanpa Guna Mixer
Biarkan sejuk seketika dan hias. Buat pertama kalinya Ummi kau menghias kek oiiii. Sila jangan kecam. Memang jarang buat kek. Bakat dah la kurang, ditambah malas memang tak jadi lah hehehe. Gigih la Babah pergi cari strawberry permintaan birthday girl hahaha. Suruh cari nutella tapi tak ada pulak sudahnya suruh beli chocolate paste Gardenia ni. Itu pun dah cukup sedap.
Abaikan kecomotan Ummi menghias tu. Maklumlah mana Ummi ada piping bag, itu guna kertas A4 Ummi jadikan tiga segi n potong muncungnya hahaha.
Lepas berbuka barulah kita merasa. Rasa boleh tahan mantap. Ehhh siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri ekeke. Dapatlah jamahkan adik-adik.
Untuk korang yang nak mencuba, boleh la gunakan cara mudah lagi simple ni Basque Burnt Cheesecake dengan 5 bahan sahaja tanpa guna mixer. Kalau guna resipi lain pun nampak pebih kurang je dan mudah. Cuma resipi yang Ummi follow ni tak letak esen vanilla. Oklah, musim PKP belum tamat lagi. Sempat lagi nalk mencuba beraneka resipi kek hehehe.
Stay at home! Stay safe! Let’s baking!
Baca juga: Resipi Sup Gearbox (Menggunakan Tefal Home Chef Smart Pro Multicooker – CY625D65)
amboiii sedapnya kek, topping pun cantik.. =)
selamat hari raya aidilfitri ~~
hahaha asal boleh jek topping..
selamat hari raya maaf zahir dan batin..