16 May 2020 | Happy 39th Birthday Dearself!

16 May 2020 | Happy 39th Birthday Dearself! – Asssalamu’alaikum. Alhamdulillah 16 Mei 2020 genap usia Ummi 39 tahun. Setahun lagi menginjak usia 40 tahun. Macam tak percaya pulak. Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas dan melihat anak-anak membesar depan mata. Entah sampai bila la kan peluang ni. Syukurilah nikmat yang ada.

Sejak dari mula PKP memang berhajat nak buat Basque Burnt Cheesecake. Dah lam beli bahan buatnya tidak. Terus terfikir nak buat kelainan tahun ni. Buat birthday cake untuk diri sendiri hehehe. Kira pencapaian di usia 39 tahun la gitu hahaha. Bab-bab baking ni Ummi memang jarang sikitlah nak berkecimpung hehehe. Skill memang tak ada. Mungkin boleh digilap la hehehe. Setelah bertahun tak buat kek, akhirnya muncullah ke ini untuk menghargai diri sendiri. Plan asal nak guna air fryer je, bila dapat surprise dari Babah, teruslah guna gadget baru hehehe.

Thanks Babah dan The Ilhams, hadiahkan Ummi gadget di dapur. Yeahhh bertambah sorang lagi bibik membantu Ummi kat dapur. Memang dah lama plan nak beli pressure cooker, tapi masih berfikir-fikir entah sampai bila hahaha. Sekali Babah senyap-senyap belikan Ummi Tefal Home Chef Smart Pro Mutlicooker. Alhamdulillah rezeki bersama . Multicooker ni ada function pressure cooker. Selamat duit Ummi :p Oooo ada additional periuk steel, stew pot dengan pembelian multicooker ni. Thanks again Babah. Ummi terima je, ikut kemampuan Babah.

Ini hadiah dari Mommy Ngah, sebalang comel Famous Amos Cookies. Thanks Mommy Ngah.

Thanks juga untuk semua kawan-kawan yang wish birthday Ummi di facebook dan whatsapp. Semoga kalian semua diberkati Allah.

9 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *