Fenomena Istiwa’ Adzam – Semak Ketepatan Arah Kiblat (27 Mei 2020 Jam 5.16 Petang)

Fenomena Istiwa’ Adzam – Semak Ketepatan Arah Kiblat (27 Mei 2020 Jam 5.16 Petang) | Assalamu’alaikum. Peringatan buat semua muslimin dan muslimat, penentuan arah kiblat iaitu Fenomena Istiwa Adzam. Jom baca seterusnya sebelum korang menyemak ketepatan arah kiblat di rumah masing-masing.

Peluang Menyemak Ketepatan Arah Kiblat

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Kayu lurus (Sebaiknya yang ada tapak@boleh berdiri tegak)
  2. Masking Tape
  3. Pen Marker

Cara-cara menyemak ketepatan arah kiblat:

  1. Pada 27 Mei 2020
  2. Pacakkan / Letakkan kayu lurus tersebut di kawasan yang ada sinaran matahari (ada bayang-bayang).
  3. Pastikan hari tidak mendung/hujan.
  4. Tepat jam 5.16 petang
  5. Lekatkan masking tape lurus mengikut bayang2 kayu tersebut.
  6. Gunakan pen marker untuk tulis/tandakan arah kiblat.
  7. Bayang-bayang adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yang di atah bertentangan.
  8. Selesai tanda arah kiblat yang tepat.

Penerangan :

Fenomena Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah pada 27 Mei* (2020 adalah Tahun Lompat) pada jam 5:16 petang (waktu Malaysia) *Pada tahun biasa, berlaku pada tarikh 28 Mei.

Pada waktu yang sama, di Mekah iaitu di Kaabah (jam 12.16 petang Waktu Mekah) berlaku fenomena ‘Hari Tanpa Bayang’ kerana matahari tepat berada di atas Kaabah.

Istiwa A’dzam berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16 Julai jam 5.28 petang. (Leap Year : 27 Mei & 15 Julai)

 117 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *