Menu Berbuka Puasa – 1 Ramadhan 1441H

Menu Berbuka Puasa – 1 Ramadhan 1441H | Assalamu’alaikum. Alhamdulillah dah masuk hari ke 3 Ramadhan 1441H. Ummi baru terhegeh-hegeh nak share menu berbuka puasa kami di blog.

Alhamdulillah juga dapat bertemu Ramadhan, walaupun satu dunia diuji dengan wabak pandemik COVID-19. Ramadhan kali ini betul-betul berbeza dari tahun yang sudah-sudah. Kali ni kita berbuka puasa sesama kita je. Tak dapat nak berkumpul dengan ayah dan adik-adik. Tak apalah yang penting masih lagi boleh bertukar-tukar juadah. Alhamdulillah tahun ni, tahun pertama Syamil belajar berpuasa. Ummi tak paksa sampai petang, cukup sekadar dia termampu. Setakat dua hari ni, sampai jam 1.30pm je. Itu pun dah cukup baik. Abang Ilham pun berjaya puasa penuh. Dah darjah 3 kan mestilah boleh puasa penuh kecuali tak sihat Ummi bagilah kelonggaran.

Menu Sahur 1 Ramadhan 1441H

Menu sahru kami adalah lauk-pauk dinner. Ummi masak lebih. Itu pun lauk pilihan Abang Ilham.

Asam Pedas Ayam. All time favourite. Siapa nak kahwin dengan Abang Ilham kena pandai masak lauk ni ok selain Ayam Red (Ayam Masak Merah), Ayam Yellow, Kerang Sambal dan terbaru Kuzi Kambing hahaha.

Ini menu tambahan penambah selera untuk Ummi dan Babah. Ikan bilis digoreng dengan bawang dan cili padi. Dari malam sampai ke subuh kita bedal lauk yang sama hehehe.

Baha request nak makan roti bakar. Jadi Ummi buatkanlah roti bakar guna sandwich maker. Dalam roti bakar tu Ummi bubuh butter dan kaya. Melt in your mouth gitu.

Menu sahur mesti ada untuk Ummi. Energizing Soy Protein (ESP Shaklee) dan Kurma. Penambah tenaga sepanjang hari. Maklumlah hero paling kecil tu tengah lasak Ummi kena kekal bertenaga nak melayan dia. ESP ni bagus juga untuk ibu-ibu yang menyusukan anak tau. Nak cover demand susu anak seharian berpuasa, memang agak meletihkan. Ibu-biu digalakkan minum ESP dan kurma untuk kekal bertenaga.

Menu Berbuka Puasa 1 Ramadhan 1441H

Macam yang dah di senaraikan, menu adalah berdasarkan pilihan hero-hero kecil. Menu berbuka puasa kami alhamdulillah syukur cukup meriah pada kami.

Ketam Sambal. Ketam fresh dari laut, Babah beli di Pasar Ikan Segar K-Tam. Ketamnya banyak yang bertelur, jadi Ummi tak pecah telur pun macam biasa Ketam Sambal Pecah Telur tu. Isi ketamnya pun penuh. Memang puas hati. Dugaan makan ketam dengan anak-anak peminat ketam ni adalah, Ummi Babah tukang asingkan isi ketam. Tak sempat supa mulut sendiri hahaha.

Asparagus Goreng Belacan bersama Shitake Mushroom dan Kupang. Sayur macam biasa ikut selera Ummi hehehe sebab yang makan lebih pun Ummi. Dah lama tak makan asparagus, teringin pulak.

Ikan Kembung Goreng ni Babah yang suruh tambah. Lauk-lauk utama ni, juga dijadikan lauk sahur 2 Ramadhan. Senang kerja Ummi kau.

Bila tekak teringin makan kuih Nona Manis, dan hati pun berkata apa kata cuba buat sendiri. Maka terhasillah Nona Manis Pandan air tangan Ummi Ilhams. Tapi kenapa tajuknya “Nona Manis Pandan Menyamar Jagung”? Ceritanya Ummi ni sebenarnya suka yang jagung. Tapi entahlah rasa nak buat pandan juga sebab daun pandan pokok Ummi segar menghijau. So teruskanlah usaha buat nonas manis pandan. Sekali baru perasan resipinya ada letak pewarna hijau. Kalau tak letak memang tak berseri sangat warnan, warna daun pandan tu jadi hijau cair. Kekonon idenaya nak ideanya sikit je pewarna kuning bagi seri bila campur warna hijau. Sekali tangan ni tertuang banyak. Adehhhh.. nak buang sayang. Kita teruskan jek lah sambil gelak sesorang. Jangan pandang pada rupa tau, sesungguhnya rasa dia not bad hehehe. Dapatlah jamah-jamahkan family sorang sikit. Nanti Ummi share resipinya.

Rezeki Asam Pedas Ikan Pari dari Mama Cu. Favourite Abang Ilham ni. Dia dengan muka tak malu suruh Mama Cu bagi dia kalau masak asam pedas ikan pari hahaha.

Ni all time favourite. Murtabak Cheese, Murtabak Marni. Mantap cheesenya padu hehehe. Kalau nak order area Gelang Patah, Iskandar Puteri boleh contact nombor tu ya.

Last but not least Kek Batik Melting Ummi order dari The Maleeqa Kitchen. Tak pernah tak sedap. Moist gila. Ni pun kategori melt in your mouth hehehe. Nak order boleh contact nombor tu ya.

Alhamdulillah rezeki 1 Ramadhan. Oppsss terlupa, untuk air Ummi buat air lemon selasih tak sempat snap dan teh O panas untuk Babah. Ok, sila tunggu next post untuk menu Ramadhan seterusnya ❤️

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!