Pasar Ikan Segar K-Tam Jalan Tanjung Kupang Gelang Patah

Pasar Ikan Segar K-Tam Jalan Tanjung Kupang Gelang Patah | Assalamu’alaikum. Hari ni Ummi nak tolong promote pasar ikan Abang K-Tam hehehe. Orang sekitar Mukim Tanjung Kupang ramai dah tahu kewujudan pasar ikan ni. Selalunya Ummi kongsikan pasar ikan di Kg. Pendas Baru kan, yang ni sebelum sampai ke hujung kampung. Kiranya lebih senang untuk dituju la.

Pasar Ikan Segar K-Tam ni ada juga cawangan di Tanjung Nelayan berhampiran Kg. Pendas Baru. Kiranya ini cawangan baru la setanah dengan stor dan office Tok Ayah.

Kalau korang nak cari ikan, ketam, udang, sotong segar kena datang awal. Lambat-lambat memang saki baki je la yang ada. Kebanyakkannya ikan-ikan segar dari nelayan kampung. Ikan-ikan kampung yang tak ada dijual di pasar pun ada tau. Kami memang dah biasa makan anak-anak ikan yang nelayan-nelayan kampung jual. Hari kami singgah ni Babah beli ikan senangin.

Sayur-sayur kampung pun ada tau. Ada pucuk daun turi, ada nangka, kacang panjang.

Betik pun ada. Kalau nak yang dah masak ranum ada. Yang muda pun ada. Yang muda tu Mama Cu beli buat masak air. Sedap ui. Bubuh lada hitam, daun kunyit dan daun selasih. Perghhhh hirup panas-panas. Itulah menu favourite kami air tangan arwah emak dulu. Eh rindu pulak nak makan masakan air tangan arwah emak.

Oklah kalau korang nak cari ikan segar, boleh la terjah sini ya.

Pasar Ikan Segar K-Tam

Lokasi: Jalan Tanjung Kupang, Kampung Tiram Duku Kiri, 81560 Gelang Patah, Johor. (Simpang CIQ)

** Berhadapan Kedai Makan D’Simpang.

Waktu Perniagaan: 8am – 5pm

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
012-7584040 atau 013-903 3118

 567 total views,  1 views today

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *