
PKP Day 41 – Ummi Jengah Office Kejap | Assalamu’alaikum. Pagi ni Ummi berdezup masuk office kejap nak settlekan kerja sebab system tak boleh dibuka dari laptop di rumah. Sejak minggu lepas Hari Rabu dan Khamis Ummi masuk office waktu pagi. Sebelum Babah pula masuk kerja shift petang, Ummi bergegaslah balik ke rumah. Maklumlah PKP ni anak-anak memang tak hantar ke pengasuh, sebab Ummi memang Work From Home (WFH). BIla perlu je lah Ummi ek office.

So hari ni, macam minggu lepas.. sebelum keluar rumah panjang berjela pesanan Abang Ilham. Risau sangat dia bila Ummi keluar ke office.
“Ummi hati-hati tau Ummi”
“Jangan lupa pakai isitaizer” (read: sanitizer)
“Jangan lupa pakai mask”
“Jangan lupa cuci tangan tau Ummi”
“Baik-baik Ummi bawa kereta tu”
Ya Ilham.. doakan je Ummi selamat. Doakan kita semua dijauhkan dari wabak COVID-19. Kita usaha mana yang termampu, selebihnya kita bertawakkal kepada Allah. Macam tu jugalah kalau Babah nak ke office. Panjang lebar pesanan masing-masing. Ummi dah tahu dah, diorang copy apa yang Ummi pesan pada Babah hehe. Tak apa, sekurang-kurangnya diorang alert pasal bahayanya COVID-19 ni kan.
Siap settle kerja, Ummi berdezup balik rumah. Nak pass baton jaga anak hehehe. Bulan puasa ni Babah masuk kerja jam 12pm so dapatlah balik jam 6pm berbuka sama-sama. Oklah, nanti sambung lagi babai!
Ooo Umi seleudup keluar ek…nasib sorang, kalau berdua baru nak buat repot hahahaha…
ui bukan seludup.. PTP essential service.. mmg tak stop operation.. surat utk abang polis pun ado jadi bukti hehehe