Resipi “Dalgona Coffee” Kopi Viral Tik Tok

Dari Dapur Hernee Nazir

Resipi “Dalgona Coffee” Kopi Viral Tik Tok | Assalamu’alaikum. Boring-boring di hari Sabtu minggu lepas, Ummi pun teringin nak “into scene” mencuba Dalgona Coffee. Saja nak merasa betul sedap sangat Dalgona Coffee ni. Nampak mengancam sangat tengokkan rupanya tu kan bila lalu lalang kat timeline facebook. Katanya Dalgona Coffe ni viral di Tik Tok, kopi kegemaran orang Korea. Ummi tak tahulah sebab Ummi tak ada Tik Tok ekekeke. Nampak viral kat facebook je.

Suruh Babah beli nescafe dan fresh milk sesiap tanpa beritahu dia nak buat apa hehe. Ok jom tengok Dalgona Coffee versi Ummi Ilhams menggunakan 5 bahan asas. The best part, mixer yang lama menjadi tukun pun boleh terkejut beruk tetiba digunakan hahaha. Agaknya kalau dia boleh bercakap for sure dia dah cakap, “buang tabiat agaknya tuan aku ni, kerana Dalgona Coffee. Sebenarnya boleh je kacau guna sudu atau whisk tapi Ummi kau malas nak haha. Ada lagi kreatif Ummi tengok diorang shake dalam botol je pun menjadi. Oklah jom tengok!

Resipi “Dalgona Coffee” Kopi Viral Tik Tok

Bahan-bahan:

2 sudu nescafe
2 sudu gula putih/ gula perang
2 sudu air panas
susu segar
ais

Resepinya ni Ummi follow je yang diorang share. Fresh milk tu redho je la yang ada kat kedai Acheh cuma Gooday. Biasa Ummi lebih suka Farm Fresh atau HL. Ummi memang tak expert bab-bab membuat kopi ni haha. Almaklumlah baru-baru ketagih kopi hahaha. Dulu bo layan dengan kopi. Sekarang padan muka dah kena tulah. Suka gila kot minum kopi. Adehhhh~ Ehh dia punya bebel, padahal nak buat Dalgona Coffee je, melalut teruk.

Cara Membuat “Dalgona Coffee” Kopi Viral Tik Tok

Masukkan nescafe, gula dan air panas dalam mangkuk dan putarkan menggunakan mixer. Gula perang (brown sugar)tak ada jadi Ummi guna je lah gula putih biasa. Korang boleh adjust kandungan gula ikut suka hati.

Itulah hasil pukulan mixer hahaha. Masa ni Ummi tak berapa pastilah dah ok gebu ke adunan Dalgona Coffee ni ek. Bila nampak macam ok Ummi pun stop jek lah. Malas nak lama-lama hehehe.

Inilah hasil adunannya tu. First time. Tak sabar nak tuang dalam gelas hahaha.

Ok next masukkan ais dalam gelas ke cawan ke ikutlah korang. Ummi tak ada cup cecomel macam korang tu, jadi gigih la Ummi gali gelas jernih nak bagi nampak macam Dalgona Coffeee korang tu kahkahkah. Then, tuang susu segar (fresh milk) kuantiti ikutlah korang punya suka. Last sekali, masukkan adunan nescafe, gula dan air panas tadi. Dah siappppppp!

Inilah hasil percubaan pertama Ummi membuat Dalgona Coffee. Dalam hati berkata, “apesal Dalgona Coffee orang lain kemain cantik gebu gebas nampak foamy gitu kan.. apesal Dalgona Coffee Ummi macam sendu?” kahkahkah gelakkan diri sendiri. Arghhh pedulilah.

Adunan tu tadi korang boleh buat untuk dua cawan tau. Bila nak minum tu silalah kacau supaya susu dan adunan coffee tu bercampur sebati. Masa Ummi bagi Babah rasa, dia siap tanya “Tak ada bentuk love ke daun ke?” Ewah-ewah kemain dia hahaha.

Walaupun percubaan pertama Ummi membuat Dalgona Coffee tak lah nampak fluffy and foamy, tapi rasanya mantap ek. Sedap memang rupanya hehehe. Patutlah sampai viral Dalgona Coffee ni hehe. Dah macam minum kopi mahal kau.

Oleh kerana tak puas hati kenapa tak gebu, maka Ummi whatsapp CheTa tanya macamana nak gebukan adunan tu hahaha. Lepas tu Ummi kacau Yap, sebab dia post gambar Dalgona Coffee kawan dia nampak cantik foamy haha. Suruh dia tanya kawan dia. Siap tanya Sunah dan Didie juga sebab kebetulan diorang pun post hasil Dalgona Coffee memasing. Semua orang jadi mangsa haha.

Dengan info dan tips yang ada, Ummi nekad nak try buat lagi kahkahkah. Nak juga rupa gebu gebas tu kan. Tak puas hati betul. Akhirnya percubaan kedua, Ummi masih guna mixer, tapi kali ni bahan-bahan tu Ummi bubuh dalam botol air Syamil hahaha. Tips paling penting, pukul adunan nescafe, gula dan air panas tu lebih kurang dalam 5 -10 minit gitu. Haaaa maka terhasillah rupa yang fluffy dan foamy seperti dalam gambar.

Marilah kita masukkan fresh milk dan ais sebelum kita menikmati setiap titisan Dalgona Coffee. Kali ni barulah puas hati walaupun masih tak secantik presentation Dalgona Coffee korang hahaha. Don’t judge a book by its cover ok! hahaha. Rasa alhamdulillah Allah bagi sedap.

Betul ke minum Dalgona Coffee boleh buat kepala pening dan tak boleh tidur??

Hahhhhh.. selepas dah ramai duk mencuba Dalgona Coffee sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni, ada juga post-post yang Ummi nampak mengecam orang yang buat Dalgona Coffee ni. Ada juga post yang mengatakan diorang pening kepala minum Dalgona Coffee, ada yang tak boleh tidur minum Dalgona Coffee.

Apa-apa pun janganlah korang saling kecam mengecam ok. Biarlah kalau diorang nak buat Dalgona Coffee hari-hari pun. Dalam keadaan sekarang ni, kita tak tahu orang tengah stress ke apa kan. Mana tahu hanya dengan mencuba menu-menu viral ni dapat gembirakan hati diorang. Itu cara diorang kawal emosi. Yang kata pening kepala dan tak boleh tidur tu, sepatutnya korang sendiri kalau dah tahu tak boleh minum minuman bercafein ni tak payah cuba. Boleh je cuba ubah resepi jadi Dalgona Milo. Hidup kita ni kan ada pilihan. Kalau dah tahu ada penyakit kronik better jangan merisikokan diri ya. Nanti tak pasal-pasal kena ke hospital dalam keadaan macam ni. Bancuhan Dalgona Coffee ni pun boleh di bahagi dua gelas bukan untuk segelas. Apa-apa pun bersederhanalah dalam semua perkara ok. Janganlah excited sangat minum Dalgona Coffee sampai bedal 5 gelas sehari. Itu cari nahas namanya hehe. Berpada-padalah ya. Peringatan untuk kita bersama.

Niat asal nak kongsikan Dalgona Coffee versi Ummi Ilhams kan. Tapi bila Ummi scroll dari atas ke bawah, Ummi punya bebel macam resepi nak masak nasi beriyani full set lauk beriyani kambing beriyani ayam siap acar bagai kahkahkah.

Oklah, yang belum merasa dan teringin nak merasa silalah cuba. Korang boleh adjust sendiri kuantiti bahan-bahan tu ikut keselesaan tekak memasing. Selamat mencuba “Dalgona Coffee” Kopi Viral Tik Tok.

Loading

Related Posts

5 thoughts on “Resipi “Dalgona Coffee” Kopi Viral Tik Tok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!