Review Caramel Dalgona Sofuto FamilyMart

Foods Review
Review Caramel Dalgona Sofuto FamilyMart

Review Caramel Dalgona Sofuto FamilyMart | FamilyMart baru saja mengeluarkan sofuto dengan rasa terbaru “Caramel Dalgona Sofuto” yang sedap manis berkrim gitu. Bila sebut Dalgona Coffee terbayanglah masa awal PKP semua duk viral buat Dalgona Coffee termasuklah Ummi Ilham hehehe.

Boleh baca entry: Resipi “Dalgona Coffee” Kopi Viral Tik Tok

Review Caramel Dalgona Sofuto FamilyMart

Pagi lagi Ummi nampak update dari facebook FamilyMart tentang kewujudan new flavour ni. Patutlah beberapa hari lepas masa ke FamilyMart sales assistant tu kata bulan ni tak ada belgian chocolate sofuto, rupanya ada flavour baru nak masuk. No wonder stevie wonder hehehe.

Lunch hour Ummi plan nak ke bookstore mencari mounting board dan drawing paper. Macam biasa keluar dengan geng-geng makan office. Tapi kali ni bertiga je dengan Yap dan Kak Aien. Lepas settled semua, berdezup kami ke FamilyMart.

Masuk FamilyMart macam biasalah, yang tak plan nak beli pun boleh jadi terbeli haha. Misi utama nak mencuba Caramel Dalgona Sofuto la apa lagi. Sebenarnya Ummi order sofuto cup tapi dapatnya cone tapi budak tu kira as cup. Tersedar selepas tengok harga pada resit.

Caramel Dalgona Sofuto FamilyMart

Bila bagitahu cashier, dia ganti dengan Caramel Dalgona Coffee Sofuto cup yang baru. Sudahnya kami dapat sorang dua hahaha. Rezeki la kan. Ummi minta refund je tapi dah diorang nak bagi.

Review Caramel Dalgona Sofuto FamilyMart

Sedap Ke Tak Caramel Dalgona Coffee Sofuto?

Agak-agak korang apa reaksi Ummi lepas makan Caramel Dalgona Coffee Sofuto? hehe. Reaksinya, sambil makan sambil pejam mata gitu hehehe. Peminat kopi mesti suka. Sedap, creamy and yummilicous. Topping nya ada taburan caramel. Ummi suka. Kalau rasa coffee lagi pekat sikit lagi mantap. Overall memang sedap. Better dari sea salt and basque burn cheesecake sofuto. Memang puas hati dapat bedal dua hahaha. Walau macamana pun Matcha Sofuto dan Belgian Dark Chocolate Sofuto tetap dihati.. forever and ever hahaha.

Korang cubalah rasa. Harga Caramel Dalgona Coffee Sofuto (cone) RM2.90 bila scan membership via MY FamilyMart ONLINE app . Harga tetap RM3.90. Untuk Sundae (cup) RM3.90 for membership, harga tetap RM4.90. Apa tunggu lagi? Terjah la FamilyMart terdekat dan cuba Caramel Dalgona Coffee Sofuto.

Facebook – Family Mart

Loading

Related Posts

4 thoughts on “Review Caramel Dalgona Sofuto FamilyMart

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!