Anugerah Penyusuan Ibu Istimewa Johor 2021 Kategori Cleft Lip & Palate
My Hero Kecil - Ilham Syahid

Anugerah Penyusuan Ibu Istimewa Johor 2021 Kategori Cleft Lip & Palate

Anugerah Penyusuan Ibu Istimewa Johor 2021 Kategori Cleft Lip & Palate | Alhamdulillah ala kulli hal. Alhamdulillah untuk Anugerah Penyusuan Ibu Istimewa Johor 2021 Kategori Cleft Lip & Palate sempena Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Johor 2021 anjuran Pusat Maklumat Pemakanan Johor. Nak menaip pun rasa sedih, syahdu, sayu semua rasa ada. Alhamdulillah Allah beri kekuatan mengharungi tempoh mencabar ini. Hari ni genap usia Syahid 2 tahun 7 bulan.

Semuanya dengan izin Allah. Allah jualah sebaik-baik perancang. Allah jualah yang Maha Berkuasa. Tiada daya upaya kita melawan kuasa Allah. Ada masanya Ummi rasa kecundang tapi Ummi gagah kan juga. Ada masa Ummi rasa nak menyerah kalah. Tapi Ummi kuatkan juga hati. Allah je yang tahu perasaan Ummi. Setiap orang ujiannya berbeza-beza. Syukurilah dan terimalah dengan reda apa jua ujian yang Allah berikan. Itu tandanya Allah sayang.

Terima kasih buat suami tersayang yang tak pernah jemu memberi sokongan sejak kelahiran anak pertama. Asbab susu ibu ni banyak hikmah yang Ummi terima. Masya Allah. Syukurlah Allah hadirkan suami yang memahami. Prinsip penyusuan Ummi, orang lain tak support takpe janji suami support!

Terima kasih Muhammad Ilham Syahid yang banyak memberikan ilmu baru untuk Ummi dan Babah. Walaupun Syahid tak dapat menyusu (direct feeding) macam Abang Ilham, Abang Syamil dan Kakak Zara, tapi ketahuilah bahawa Ummi dah sehabis daya upaya berusaha memberikan susu ibu untuk Syahid. Mudah-mudahan Syahid membesar dengan sihat. Ummi doakan Allah permudahkan perjalanan hiduop Syahid di dunia dan akhirat,

Terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu JB yang banyak memberi sokongan. Tahniah juga buat AJK kelab kerana memenangi Anugerah Johor Best Lactation Support Group 2021. Ibu-ibu diluar sana yang memerlukan bantuan sokongan dalam penyusuan susu ibu boleh dapatkan dari barisan Breastfedding Peer Counselor dan Lactation Counselor yang berpengalaman melalui Kelab Susu Ibu Johor.

Anugerah Penyusuan Ibu Istimewa Johor 2021 Kategori Cleft Lip & Palate

Tahniah buat semua pemenang mengikut kategori masing-masing. Semoga terus memberi inspirasikan kepada ibu-ibu lain. Sesungguhnya setiap ibu dah berusaha buat yang terbaik untuk anak-anak tak kiralah ibu menyusukan anak dengan susu ibu atau pun susu formula. Moga Allah berikan ganjaran berlipat ganda buat ibu-ibu semua.

Ucapan macam naik atas pentas eh. Ada jugaterselit gambar Abang Syamil dalam slide KSPSIJB. Thanks juga untuk Ilham Syahmi, Ilham Syamil dan Zara Safiyya (anak susuan) yang menjadi penguat semangat untuk Ummi terus membantu ibu-ibu yang memerlukan semangat dan ilmu dalam penyusuan susu ibu.

Kredit gambar screenshot dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Jemput baca : 12 Bulan Yang Terindah Bersama Seorang Anak Cleft Lip & Palate.

 255 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *