“Me Time” di Sunway Big Box

“Me Time” di Sunway Big Box | Assalamu’alaikum. Cerita Jumaat lepas. Sempat ber”me time” sebab Geng Jumaat sorang cuti bersalin dan dua orang lagi cuti tahun. Maka Ummi tinggallah keseorangan. Sorang pun no hal ok hehe. Niat memang nak ke BookXcess, Sunway Big Box. Jadi 12.30pm berdezup sesorang ke Sunway Iskandar.

Perut memang tengah berkeroncong, jadi moh la kita makan dulu. Puas fikir nak makan apa. Sudahnya Ummi ke Kenny Rogers Roasters. Menu sihatkan katanya ekekeke. Heaven uolls.. makan sesorang sambil menikmati kesedapan quarter meal hehehe. Tup tup tengok jam dah nak pukul 2pm kahkahkah. Bila zaman nak ke BookXcess ui.

Keluar dari Kenny Rogers Roasters nak menuju ke BookXcess, nampak pulak wall of fame ni haha. Macam ralat pulak kalau tak join conteng ekeke.

Contenglah sikit kat situ. Kelabu asap pulak gambar ni. Conteng herneenazir.com je. Hajat hati nak mendoodle tapi kang tak sempat nak ke BookXcess. Jadilah tu kan.

Lepas siap conteng, berdezup jalan ke arah NSK. Mencari mana lokasi BookXcess hehe.Ok mission accomplished! Dapat ronda BookXcess dengan aman damai dampai terlajak 2.30pm oppppssss. Next time kita ngopi kat Cafe Wolf sesorang hehe. That’s all my me time.Okbai!

 294 total views,  1 views today

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!