BookXcess Kini Dibuka di Sunway Big Box, Sunway Iskandar

BookXcess Kini Dibuka di Sunway Big Box, Sunway Iskandar | Sempat juga Ummi meronda ke Sunway Big Box lunch hour tadi hehehe. Lepas isi perut, terus la ke BookXcess yang baru saja dibuka semalam. Ulat-ulat buku sekalian silalah terjah ke sini ya.. Ummi rasa kalau bawa hero-hero ni konfem tak nak keluar dari sini πŸ˜‚

πŸ“– πŸ“’BookXcess @ Sunway Big Box, Sunway Iskandar πŸ“˜πŸ“–

πŸ—“ Promosi Pembukaan 27 Feb – 1 Mar 2020

πŸ“š Buku RM1 (2 buah buku untuk setiap pelanggan)
πŸ’° Diskaun 20% store-wide
πŸ’Œ RM20 baucer tunai dengan pembelian minimum RM150
β˜• Diskaun 50% Coffee/ Tea di CafΓ© Wolf
πŸ™‹β€β™‚ PERCUMA Keahlian dengan setiap pembelian
🎩 Magical Books Beli 2 PERCUMA 1/ Beli 3 PERCUMA 2
πŸ“ Directions: BookXcess Sunway Big https://bit.ly/2RgBcpm

Tengok rak buku ni semua penuh rasa ya ampun geramnya. Macam tak nak keluar dari sini ok. Tu yang Ummi seram kalau bawa budak dua ketul tu hehehe.

Heaven ui dapat masuk kedai buku belek satu persatu buku sesorang. Memang ‘me time’ Ummi la tadi ekekeke.

Ramai juga orang-orang Johor yang grab promosi pembukaan BookXcess di Sunway Big Box ni. Uolls apa tunggu lagi!

Buku yang sempat Ummi aimed tadi hehehe.

Diskaun 20% sehingga 1 Mac 2020 Ahad ni tau.

Diskaun 50% untuk kopi atau teh di Cafe Wolf 27 Feb hingga 1 Mac 2020.

Kalau korang dari perasaan berdekatan dengan Sports Direct ada juga kawasan jualan BookXcess. Ini temporary je. Kalau nak beli buku kat sini boleh juga tapi tak dapat diskaun 20%. Itu yang staff dia beritahu Ummi la tadi.

Sebelum balik office, kasi selfie satu kali lah ekekeke. Rasa Ahad nak repeat lagi sekali :p Macam tak puas hati ronda sekejap tadi hehe. So korang apa tunggu lagi, cepatlah serbu BookXcess Sunway Big Box, Sunway Iskandar. Till then, babai!

130 total views, 1 views today

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
About Hernee Nazir 4845 Articles
Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor β™₯ Product Review β™₯ Food Review β™₯ Media/ Events β™₯ Advertorial β™₯ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

2 Comments

1 Trackback / Pingback

  1. “Me Time” di Sunway Big Box – herneenazir.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*