#BentoTheIlhams | Koleksi Bento 1 Jan – 9 Jan 2020

BentoTheIlhams | Koleksi Bento 1 Jan – 9 Jan 2020 – Assalamu’alaikum. Post pertama Koleksi Bento The Ilhams tahun 2020. KPI 2020 Ummi untuk tahun ni menyediakan sarapan dan bento untuk anak-anak disamping makan malam yang sememangnya ‘A MUST’ hahaha unless Ummi tersangatlah malas dan penat ekekeke. So far so good. Baru week 2.. more weeks to go Ummi! Doakan Ummi istiqomah ya.. mampu bangun seawal jam 5am dan paling lewat 5.30am setiap hari tanpa gagal. Babah kata “insha Allah.. genap 21 hari akan jadi tabiat.. tak on alarm pun boleh bangun”.. kata-kata semangat yang menyeramkan Ummi hahaha. Next week plannya nak bekal healthy meal untuk Ummi dan Babah (kalau dia on hahaha).

Sebelum membento dengan jayanya, haruslah shopping bento box dan bento bag kan hehehe. As explained in my previous post, Ummi sempat belikan diorang kat Mr. DIY je. bento aksesori belum sempat lagi nak ke Daiso. Aksesori lama yilek. Mana entah Ummi humban. Diorang buat main je masa tu. Dari last week tak sempat-sempat lagi nak ke Daiso. Esok kot. Ehhhh.. (point nak ke AEON Bukit Indah bersama Geng Jumaat ngeh3)

Ok don’t waste our precious time ya! Jom tengok Koleksi Bento 1 Jan – 9 Jan 2020. Semoga membantu ibu-ibu yang kering idea ya hehe.

#bentotheilhams 010120

❤️ Mee Hoon Goreng Kicap bersama 2 ekor udang
❤️ Tempura Ayam


Hari pertama dua-dua makan menu yang sama.. request dari dua ketul ni nak bekal mee hoon kicap.. ummi add on 2 ekor udang sorang tambah 2 ketul tempura ayam.. doakan ummi tak terbabas bangun pagi untuk siapkan bekalan korang ya.. belum habis sarapan sebelum pergi sekolah tadi dah ada yang tanya esok nak bekal apa? ðŸ˜ðŸ˜ tunggu je ummi dah susun menu..

#bentotheilhams 020120

❤️ Mee Goreng + Ayam Goreng = ðŸ‘¦ Abang Ilham

❤️ Mee Goreng + Roti Bakar (Kaya & Butter) = ðŸ§’ Abang Syamil

Abang Ilham tak suka roti bakar.. jadi dia tak nak bekal roti.. Ummi layankan aje.. selamat menjamu selera anak-anak.. ingat Ummi dalam setiap suapanmu.. ðŸ˜˜ hiasan bento tunggu la next week.. sebab bento accesories Ummi yang lama korang dah buat mainan.. ada juga yang dah ghaib.. tapi rasa potensi nak hiasa beriya sangat tu tak lah.. sebab Abang Syamil kata dia tak suka hias-hias hahaha..

#bentotheilhams 050120

hari ni bekal satu je untuk Abang Ilham je.. sebab Abang Syamil tetiba demam tak sekolah.. get well soon Abang Syamil.. kalau tak dia request nasi putih + ayam kunyit..

bento abang ilham yang request.. bukan ummi kejam bagi makan lauk kering tau hehehe

🍱 Nasi putih with â¤ï¸ + Ayam Goreng

itu je dia nak.. layankan aje lah.. janji kenyang.. bento anak-anak orang lain meriah sayur dan buah.. budak sorang ni dah besar susah benor nak makan sayur dan buah.

#bentotheilhams 060120

bekal hari ni masih satu lagi sebab Abang Syamil masih belum sihat.. malam tadi Abang Ilham request nak makan lauk kerang.. erkkk.. nasib ada kerang kat kedai.. seumur hidup Ummi tak pernah masak sambal kerang sesubuh hari bang.. ðŸ˜…

🍱 Nasi putih with ðŸ˜Š
🐚 Sambal Kerang

sebelum pergi sekolah tadi dia cakap.. “terima kasih Ummi masakkan lauk kerang yang Ilham suka”. makanlah sampai kenyang.. balik petang kang kita repeat sambal kerang lagi ok..

#bentotheilhams 070120

🍚 Nasi putih ðŸ˜‰
🍲 Asam Pedas Ayam
🍝 Maggi Goreng (bekal Ummi)
.

Abang Ilham nak asam pedas ayam.. kuah Ummi bagi sikit je.. bimbang bersepai ðŸ¤­maggi goreng tu untuk sarapan Ummi dan Babah.. Abang Syamil bekal sikit ke rumah Opah.. dia masih belum betul-betul sihat.. ada baki maggi goreng tu Ummi bawa la bekal ke office.. tak tahu lah repeat makan pagi ke buat lunch ðŸ˜‹

#bentotheilhams 080120

Abang Ilham ðŸ‘¦ðŸ»

🍚 Nasi Goreng
🍗 Ayam Goreng
.
Abang Syamil ðŸ‘¦ðŸ»
.
🍚 Nasi Putih I â¤ï¸ U
🍲 Kari Ayam (kuah sikit je)


Abang Ilham cakap “kenapa Ummi letak â¤ï¸ kat nasi Ilham.. kawan-kawan ketawakan..”

Ummi jawab.. “tak pe lah sebab Ummi â¤ï¸ anak-anak Ummi.. pesan kat kawan nanti suruh emak dia buat â¤ï¸ kat nasi diorang” ðŸ¤­

Abang Syamil dah sihat.. dari semalam sebut nak lauk kari ayam.. jadi Ummi bekalkan lah.. harap ada selera la dia nak makan nanti.. lauk ni masak untuk makan malam terus.. balik kerja nanti Ummi tenang-tenang sikit la kan kat dapur hehe.

Selit bekal Ummi untuk breakfast..

❤️ Nasi Goreng
❤️ Salad 2 helai
❤️ Limau Sunkist sebiji

Minggu depan kita bekal healthy food.. ecehhhh.. ðŸ¤­

#bentotheilhams 090120

I â‡ï¸ untuk Abang Ilham
S â‡ï¸ untuk Abang Syamil
.
🍚 Nasi Putih
🍗 Ayam Goreng Kunyit
🍶 Kicap

Selamat menjamu selera.. walaupun ada drama pagi ni.. Abang Ilham kata nak cuti bawa bekal.. Abang Syamil kata dia tak sedap hati nak pergi sekolah.. sudahnya meraung sampai sekolah.. last day hari ni.. esok dah cuti yeay! (Ummi yang over tak sabar nak tunggu Jumaat sampai rasa hari ni Ummi pun last day kerja untuk minggu ni.. opppssss!! ðŸ¤­ðŸ¤­)

Kat bawah ni ada post kenangan Ummi berbento sebelum ni.. kot korang kering idea boleh la cuba resepi Ummi tu (poyo je)

 243 total views,  1 views today

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *