#bentoilhamsyahmi | Resepi Simple Ummi Ilham

seperti yang dijanjikan. saya share resepi2 simple 4 bento yang saya share di majalah ibu dan anak keluaran januari 2015 dan juga bahan2/ aksesori yang diperlukan.

 

GAS_0801

Nasi Putih & Ayam Masak Kicap

Bahan2 untuk hidangan:

1. Nasi
2. Rumpai laut
3. Daun salad
4. Bahan2 membuat ayam masak kicap – 10 ketul isi ayam , bawang putih dan bawang merah – dipotong mayang, kicap manis, secubit Habatussauda, brokoli, carrot

Aksesori yang diperlukan:

1. Bento rice mold
2. Bekas bento
3. Puncher
4. Bekas Silikon
5. Picks
6. Buah limau Sunkist

Cara2 penyediaan:

1. Cara membentuk nasi

Masukkan nasi panas ke dalam bento rice mold berbentuk arnab, padatkan dan biar selama 15 minit untuk mendapatkan bentuk yang diingini. Masukkan kepingan rumpai laut ke dalam puncher untuk membentuk mata, hidung, mulut dan telinga arnab. Ambil bekas bento, letak daun salad dan masukkan nasi yang telah dibentuk tadi di atas salad.

2. Cara memasak ayam masak kicap

Tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan isi ayam, habatussauda dan kicap.
Kemudian masukkan brokoli dan carrot yang dibentuk menggunakan acuan bintang.
Masak selama beberpa minit dan masukkan ke dalam bekas silikon.

3. Potong buah limau Sunkist bersaiz kecil dan susun dalam bekas silikon.

4. Hias bekas bento dengan nasi yang siap dibentuk, lauk ayam masak kicap, buah limau Sunkist, brokoli dan carrot yang dicelur mengikut kreativiti.

GAS_0813

Fusilli Goreng

Bahan2 untuk hidangan:

1. Bahan2 membuat fusilli goreng

Fusilli – direbus dan toskan
1 ulas bawang putih – dicincang
½ biji bawang Holland – dipotong dadu
3 sudu sos spaghetti traditional
Sedikit daging kisar
1 keping keju
Minyak masak
Garam secukup rasa
Carrot
Tomato
Daun salad

Aksesori yang diperlukan:

1. Bekas Bento
2. Bekas silikon
3. Picks

Cara2 penyediaan:

1. Cara membuat fusilli goreng

Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang holland sehingga naik bau. Masukkan sos spaghetti dan gaul sebati. Masukkan daging kisar dan biarkan selama 5 minit. Kemudian masukkan fusilli dan perasakan dengan garam. Masukkan sedikit potongan cheese. Angkat dan masukkan ke dalam bekas bento. Hias dengan carrot yang direbus seketika dan dibentuk dengan acuan bunga. Hiaskan juga dengan salad, tomato dan cheese yang dibentuk dengan mold gingerman.

2. Masukkan kismis dan biskut chipsmore ke dalam bekas silikon masing2.

 

GAS_0821

Cucur Kentang & Carrot

Bahan2 untuk hidangan:

1. Bahan2 membuat cucur kentang dan carrot

1 biji kentang- disagat jangan terlalu halus
50g tepung gandum
½ biji bawang besar – dimayang halus
1 cawan air
Daun bawang & daun sup
Garam secukup rasa
Minyak masak

2. Buah Epal Merah & Hijau

Aksesori yang diperlukan:

1. Picks
2. Bekas Bento
3. Bekas sos
4. Bekas silikon

Cara2 penyediaan:

1. Cara membuat cucur kentang dan carrot

Masukkan kentang, carrot,daun sup, daun bawang, bawang merah dan tepung gandum kedalam mangkuk besar dan gaul sebati. Kemudian, masukkan air dan gaul lagi sehingga sebati. Panaskan minyak dan goring cucur sehingga garing. Angkat dan toskan sebelum dihias.

2. Potong epal dan corakkan dengan corak petak2, epal hijau dipotong dadu dan masukkan ke dalam bekas silicon.

3. Masukkan sos ke dalam bekas sos.

4. Susun cucur kentang & carrot dan letak picks di atasnya.

 

GAS_0810

Roti Telur Dengan Keju Meleleh

Bahan2 untuk hidangan:

1. Bahan2 membuat roti telur dengan keju meleleh

2 Roti Gardenia
2 keping slice cheese
1 biji telur

2. Kismis
3. Biskut Chipsmore
4. Daun salad
5. Tomato

Aksesori yang diperlukan:

1. Sandwich mold
2. Bekas Bento
3. Bekas silikon
4. Picks

Cara2 penyediaan:

1. Cara membuat roti telur dengan keju meleleh

Bentukkan roti dengan sandwich mold dan lapikkan dengan cheese. Pecahkan telur dan pukul sedikit. Celupkan roti ke dalam telur. Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan. Angkat dan susun ke dalam bekas bento. Letakkan picks sebagai hiasan.

2. Masukkan kismis dan biskut chipsmore ke dalam bekas silikon masing2.

3. Hiaskan juga dengan daun salad dan tomato.

 

GAS_0831

 

inilah rupa ummi ilham selepas bertungkus lumus membuat bento hehehe. sila abaikan muka yang sememeh tu ye. penat sangatlah konon memboyot2 masak kat dapur.

 

20141019_213248

ini pula encik photographer yang sudi meluangkan masa memberi sokongan kepada ummi ilham. thanks babah. sebelum bersalin yok buat maternity photoshoot ummi yok. macam tak banyak koleksi pula pregnant kali ni.

Winking smile

 

20141020_211453

 

dan ini, budak kecil yang menyibuk semasa sesi memasak dan photoshoot. “F for fish” kata dia. thanks ilham sebab tolong habiskan lauk ayam masak kicap ummi. hehehe.

ok, itulah dia 4 resepi ringkas-pejam-mata-boleh-buat dan proses pembikinan album, eh salah proses photoshoot anak beranak dari ummi ilham.dipersilakan kalau nak mencuba.

p/s kalau nak hire encik photographer untuk majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi, maternity & baby potraiture dan apa jua events boleh contact encik nazir aka babah ilham ye. kami berikan harga kasih sayang untuk pelanggan sekitar gelang patah, johor bahru 😉

Mohd Nazir Mahat (Green Art Studio)
010-9821046

untuk melihat hasil kerja GAS – https://www.facebook.com/TheGreenartstudio

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *