Sesi Persekolahan Tahun 2020 Bermula.. Yeay!

Sesi Persekolahan Tahun 2020 Bermula.. Yeay! | Alhamdulillah sesi persekolahan tahun 2020 dah bermula dan hari ni masuk hari ke empat persekolahan. Untuk entri ni Ummi sempat snapkan 2 hari sesi persekolahan sahaja. Kalau nak snap tiap-tiap hari macam malas pula cukuplah gambar bento je kan hehehe.

Malam pertama nak sekolah tu pukul 9 lebih Ummi dah kerah dua-dua masuk tidur. Abang Ilham sejak dah sekolah memang senang nak tidur kalau dah penat sangat. Abang Syamil je la biasa tidur lewat, kena kerah tidur awal dia terkebil-kebil sikit tapi semangat alarm Ummi belum bunyi pukul 4.30 pagi dia duduk kat hujung kaki Ummi hahaha. Alhamdulillah, tak ada megadrama mahu pun drama swasta nak bangun pagi. Sebelum tidur ummi dah lumur dengan Young Living Essemtial Oil Cedarwood sesiap. Bekal hari pertama Mee Hoon Goreng Kicap dan tempura ayam.

Bila adik dah sama-sama sekolah nampak la “abang-abang” sangat beliau ni hahaha. Dia punya pesanan untuk adik tu ya ampun boleh buat entri blog kahkahkah. Takut sangat adik dia ni tak boleh survive kat sekolah.

“Ilham risau la Syamil ni Mi.. nanti dia main-main ke.. ketawa-ketawa ke dalam kelas.. nanti cikgu marah tau dik”

Alahai abangnya pun.. “Relax la bang.. takkan lah kalau cikgu nak buat lawak adik tak boleh nak gelak”

Pelik je kerisauan abang ni dik. Dia punya risau macam dia yang lahirkan Syamil kahkahkah.

Inilah dia “Muhammad Ilham Syamil” yang baru je melangkah ke alam persekolahan. Plan asal nak masuk PASTI tahun lepas masa usia 4 tahun. Tapi memandangkan Umminya yang dah sarat nak bersalin terus postponed hehe. Tak apa lah Abang Ilham pun dulu masuk tadika bila dah masuk 5 tahun. Ummi sebenarnya risau juga sebab dia ni sejenis pemalu lagi-lagi kalau dengan orang yang dia tak kenal atau baru kenal. Susah sikit dia nak bercakap. Tapi Ummi fikir yang baik-baik je lah. Insha Allah dia ok.

Hari pertama sekolah Ummi dan Adik Syahid hantar sebab Ummi ambil cuti. Nampak ok je lepas Ummi hantar Abang Syamil masuk kelas. Ummi dah pshyco dia awal-awal, pesan jangan nangis.. jangan sedih.. Ummi ada dalam hati Syamil.. Allah ada jaga Syamil.. Cikgu send gambar budak pemalu ni duduk sebelah kawan perempuan.. hahaha. Bila tanya siapa nama kekawan dia kata tak ingat haha. Sebiji la Abang Ilham masa awal-awal sekolah. Apa cikgu ajar semua dia kata dia tak ingat.

Pukul 12pm Ummi dah bergegas dengan Adik Syahid ambik Abang Syamil. Alhamdulillah dia ok je. Bila nama dia dipanggil, “Ilham.. Ilham.. Ummi dah sampai”. Dia buat tak tahu je. Lupa Ummi nak pesan kat cikgu, panggil dia Syamil hahaha walaupun nama dia ada Ilham, tapi dia rasa Ilham tu untuk abang je hahaha.

Masuk dalam kereta, Ummi temuramah dia. Alhamdulillah dia suka sekolah. Ummi tanya mengantuk tak dia kata tak. Ada kawan je tertidur hahaha.

Adik Syahid memang redho dan tabah la duk ikut Ummi ke hulu ke hilir ambil abang. Nasib baik tak ambil Abang Ilham sekali hehe. Abang Ilham dah besar, first day terus naik van macam biasa. Dia dah pandai bawa diri.

Lepas dinner, masing-masing bersemangat nak study. Mudah-mudahan semangat sampai hujung tahun ya anak-anak. Abang Ilham buat homework kat meja dia, Syamil masih guna meja kecil lama tu. Adik Syahid duduk kat bilik depan dengan Babah, nanti kalau dengan Ummi konfemlah Ummi yang tak fokus nak ajar abang-abang.

Bila tengok Syamil memain.. mulalah si abang membebel.

“Syamil.. belajar tu fokus sikit boleh tak? Syamil tak tahu ke Ummi ni dulu cikgu.. dia garang tau!”

Kahkahkahkah kemain ko gertak adik eh bang.. memandai je Ummi cikgu garang.. Ummi tak garang tak percaya tanya anak murid Ummi  Ummi macam BFF tau dengan anak-anak murid Ummi. Siap jual Avon lagi dengan dorang, siap emak diorang order barang Avon tau dengan Ummi kahkahkah. Kantoi!

Tengok dari belakang sebiji kepala Abang Ilham, tapi sebenarnya ni Abang Syamil hahaha. Dah seperut sedarah sedaging ek. Sekarang dia dah mula fokus nak menghadap buku berbanding sebelum ni. Nak suruh baca ABC 123 pun malu ok. Sekarang baca doa makan masa makan dengan family Ummi pun dia dah boleh. Alhamdulillah.. on your achievement Abang Syamil. Lepas siap study, semua kena kerah tidur termasuklah Ummi sekali. Almaklumlah nak bangun awal masak bekal diorang kan.

Day 2.. alhamdulillah bangun tanpa drama lagi. Abang Ilham semangat macam biasa. Lepas breakfast setia menanti Cik Na depan pintu dengan bento berwarna kuning hahaha. Hari kedua Abang Ilham bekal mee goreng dan ayam goreng. Abang Syamil pula bekal mee goreng dan roti bakar (kaya + butter).

Lepas siap pakai baju sukan, Abang Syamil breakfast roti bakar sekeping. Mata bengkak mengantuk kata dia.

Sementara tunggu Babah siap breakfast dia sempat melelapkan mata kat sofa hahaha. Kesian la hai. Hari kedua Babah hantar. Babah kata dia diam je dalam kereta. Dia kata mata mengantuk. Sampai sekolah dia ok je. Tengahari je kawan Ummi kata masa nak balik dia mamai mencari kasut sekolah tak jumpa nyaris kena tinggal van hahaha. Hari kedua balik sekolah dia dah naik van. Bila tanya ok ke naik van? Dia jawab ok je hehehe.

Hari Sabtu, si abang sibuk je asyik merengek nak cuti sekolah pagi.

“Ilham nak ambil cuti esok.. tak nak sekolah”

“Kenapa pulak?”

“Ilham nak ikut Syamil pergi sekolah.. nak tengok macamana dia dalam kelas.. nanti takut kalau ada kawan-kawan buli dia”

Ehhhh.. ehhh.. Ummi pun tak bersidai tepi pagar sekolah Syamil bang.. tak sampai 5 minit Ummi hantar Ummi dah balik.. over abang ko dik. Dia risau adik dia kena buli sebab Syamil kata ada kawan tumbuk perut dia. Ummi pesan kalau kawan buat lagi beritahu cikgu. Takut juga nanti lama-lama jadi habit.

Sudahnya hari ketiga persekolahan, hanya Abang Ilham yang ke sekolah. Abang Syamil terpaksa dicutikan sebab demam. Mask hari ni dah dua hari dia cuti. Alahai kesian anak Ummi, semoga cepat sembuh Abang Syamil. Maka hancurlah harapan Abang Ilham nak cuti sekolah untuk pergi sekolah Syamil hahaha.

Sekian cerita The Ilhams ke sekolah. Mudah-mudahan anak-anak Ummi terus bersemangat untuk ke sekolah. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik kepada mereka. Semoga Allah permudahkan urusan anak-anak Ummi dimana jua mereka berada dan dipermudahkan menuntut ilmu.

 500 total views,  1 views today

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Show Buttons
Hide Buttons
Follow

Get every new post on this blog delivered to your Inbox.

Join other followers:

error: Content is protected !!