20 Acara/ Program Terbaik Sepanjang Tahun Melawat Johor 2020 – Visit Johor 2020

Visit Johor 2020

20 Acara/ Program Terbaik Sepanjang Tahun Melawat Johor 2020 – Visit Johor 2020 | Assalamu’alaikum. Ummi kongsikan 20 Acara atau Program Terbaik sepanjang Tahun Melawat Johor 2020 (Visit Johor 2020) berdasarkan info yang di keluarkan oleh Tourism Johor. Jemput datang dan terokai negeri kami negeri Johor Darul Takzim.

31 Disember 2019
MAJLIS TAHUN MELAWAT JOHOR 2020
@Dataran Bandaraya and Puteri Habour

Bandaraya Johor Bahru dan Bandaraya Iskandar Puteri.
Sambutan tersebut akan diadakan pada 31 Disember 2019. Acara ini adalah kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan. Pelbagai acara akan
dipersembahkan termasuklah persembahan bunga api dan konsert.

11 – 15 Februari
FESTIVAL CHINGAY
@Along Jalan Wong Ah Fook

Festival Perarakan Chingay telah menjadi acara tradisi tahunan sejak 1800an. Bagi penduduk China di Johor, Tahun Baru Cina hanya berakhir apabila “Parade of the Deities” selesai. Acara yang hebat ini, diisytiharkan sebagaiNational Cultural Heritage pada tahun 2012. Perayaan bermula dengan upacara perarakan dewa dewi dari kuil Xing Gong, Jalan Ulu Ayer Molek pada hari ke-18 dalam bulan lunar yang pertama. Orang ramai berkumpul di kuil Xing Gong untuk menyaksikan persembahan opera tradisional Cina dan pertunjukan muzik yang dilakukan dalam lima dialek iaitu Hakka, Teochew, Hokkien, Kantonis dan Foo Chow.

FESTIVAL LAYANG-LAYANG @Bukit Layang-Layang 26 Febuari – 1 Mac 2020

Acara ini merupakan acara tahunan antarabangsa dan telah disenaraikan dalam Kalendar Pelancongan Negeri Johor khususnya dan Malaysia secara amnya. Ia telah berjaya dianjurkan sejak 1995 oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dengan kerjasama Tourism Johor dan Persatuan Pelancongan Johor. Tahun depan merupakan sambutan yang ke 25 tahun. Pelbagai acara akan diadakan sepanjang festival tersebut diantaranya adalah menghias layang-layang, pesta makanan, karnival dan lain-lain.

PENGERANG FEST @ Desaru Coast 27 – 29 Mac 2020

Pesta Warna Warni Darul Ta’zim @ Pengerang adalah salah satu program promosi pelancongan di daerah Kota Tinggi seperti makanan, kesenian dan kebudayaan tempatan. Ia juga satu platform untuk menyatukan pelbagai, kaum dan budaya di kalangan rakyat Johor Darul Ta’zim.

AMAZING TANGKAK FESTIVAL TAHUN 2020 @Dataran Tangkak 13 – 15 Mac 2020

Program Syurga Tekstil yang mengetengahkan Tangkak sebagai salah satu penjualan tekstil utama. Selain itu terdapat pertunjukan kebudayaan, dan ‘Program Top Things to do in Tangkak’. Terdapat juga pelbagai pameran dan jualan yang menarik untuk dikunjungi.

KARNIVAL JAMBATAN SULTAN ISMAIL @Jambatan Sultan Ismail, Muar 27 – 28 Mac 2020

Acara ini diadakan setiap tahun. Banyak aktiviti menarik seperti Pertandingan Sukan, Lukisan & Pertandingan Berwarna, Pertandingan PowerBoat F3000, Pertandingan Kayak, Karnival Jualan, Konsert, Pertandingan Kaligrafi Khat, Budaya & Terrarium, Makanan Bazar dan sebagainya.

PESTA AIR PAPAN @Pantai Air Papan 17 – 19 April 2020

Acara ini tertumpu kepada unsur-unsur seni, budaya dan warisan yang terdapat di Mersing. Aktiviti seperti permainan layang-layang, bazar makanan dan lain-lain.

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2020 @Negeri Johor – Julai 2020

Kembara Mahkota Johor merupakan program yang diterajui oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, bertujuan bagi mendekatkan hubungan keluarga Kerabat Diraja Johor dengan rakyat. Program yang dimulakan pada tahun 2001 ini merupakan cetusan ilham DYMM Sultan Ibrahim sendiri yang pada ketika itu merupakan Tunku Mahkota Johor. Keunikan program ini termasuk penggunaan kenderaan yang unik seperti motosikal berkuasa tinggi, kereta pacuan empat roda dan bot dari koleksi peribadi baginda.

Festival Durian @Bandar Segamat – Julai 2020

Festival Durian ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan pelbagai jenis dan gred-gred durian seperti Musang King, XO, D24, dan Udang Merah sambil menikmati kadar dan tawaran istimewa sempena festival tersebut. Bukan itu sahaja pelbagai produk berasaskan durian seperti Musang King Chendol dan durian ais krim diperkenalkan di festival tersebut.

Discovery Darul Ta’zim @Daerah-daerah sekitar Negeri Johor 20 – 22 Ogos 2020

Sempena dengan kempen Tahun Melawat Johor 2020, acara Discovery Darul Ta’zim 2020 merupakan acara penerokaan setiap pelusuk daerah di negeri ini bagi tujuan untuk mempromosikan daerah-daerah di negeri Johor dengan setiap pasukan akan menyelesaikan tugas tertentu dan menjawab beberapa soalan mengenai daerah tersebut. Acara ini menjanjikan satu pengalaman yang menarik dan tidak boleh anda lupakan.

Sawit Art & Culture @Sawit Kulai 30 – 31 Ogos 2020

Festival seni & kebudayaan Sawit adalah bertujuan untuk mempromosikan dan memperkenalkan mural dan kesenian dari puak Hakka kepada semua generasi. Pelbagai jualan amal akan diadakan seperti menjual sayur-sayuran dan makanan terutama masakan dari kaum Hakka.

International Climbathon @ Ledang @Gunung Ledang 24 Oktober 2020

Bersempena dengan Tahun Melawat Johor 2020 dan Sambutan Hari Kebangsaan, Pejabat Daerah Tangkak dan Perbadanan Taman Negara Johor akan menganjurkan Ledang Climbathon. Misi bagi acara ini untuk mengumpul semua pendaki –pendaki dari Malaysia dan juga luar negara. Acara ini juga bertujuan memperkenalkan Ledang sebagai salah satu destinasi popular pilihan pendakian kerana ianya terletak berdekatan dengan dua (2) tol laluan keluar masuk Lebuhraya Utara Selatan.

Festival Orchid 2020 @Sireh Park 25 – 27 September 2020

Lebih dari ribuan spesis orkid dari seluruh dunia akan dipamerkan di festival ini. Terdapat pesta makanan jalanan, pertunjukan muzik buskers, kraf dan juga pertunjukan kebudayaan. Karnival ini akan diadakan selama 3 hari.

Festival Bendang @Kahang 25 – 27 September 2020

Pesta Bendang bertujuan untuk mempromosikan musim menuai padi di kampung-kampung yang terletak berjauhan dari bandar. Pelbagai aktiviti akan dianjurkan sempena musim menuai tersebut, diantaranya seperti permainan tradisional iaitu menangkap itik, kreativiti membuat seruling dari batang padi dan juga layang-layang dengan reka bentuk yang mengagumkan. Festival ini pasti akan membangkitkan perasaan nostalgia selepas musim menuai yang telah menjadi tradisi bagi nenek moyang kita.

Festival Hujung Medini @Kompleks Warisan Abu Bakar Oktober 2020

Festival Hujung Medini yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor menampilkan kebudayaan dan juga warisan tradisi negeri Johor seperti kain tenun Johor, makanan dan juga menampilkan sejarah dari Muzium Kota Tinggi, Muzium Tokoh, Galeri Seni, dan banyak lagi.

Parade UTHM (Town to Gown Parade) @Dataran Penggaram Oktober 2020

Parade Gown to Town merupakan acara tahunan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sempena Majlis Konvokesyen UTHM pada bulan Oktober. Sambutan yang bertema ‘konvokesyen’ adalah tradisi beratus-ratus universiti berprestij di luar negara termasuk di Amerika Syarikat. UTHM adalah antara universiti pertama yang menjadi tuan rumah bagi acara ini.Ia adalah produk pelancongan yang unik dan juga bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara universiti dengan masyarakat setempat. Pelbagai acara telah diadakan untuk memperingati perarakan ini.

Johor Food Festival 2020 @Dataran Bandaraya Oktober 2020

Johor Food Festival adalah medan yang akan memperkenalkan pelbagai makanan tradisional dan juga moden dari daerah yang berbeza di negeri Johor. Bukan itu sahaja, pelbagai acara sampingan dan pameran akan diadakan sempena festival ini diantaranya food truck, demonstrasi oleh chef dan juga makanan tradisional kebanggaan negeri Johor seperti Laksa Johor, Burasak, Lepat Lui, Asam Pedas, Gula Tarik dan lain-lain.

Festival Cahaya (Holi Festival) @Little India – Jln Wong Ah Fook Oktober 2020

Bersempena perayaan Deepavali, Festival Holi akan diadakan bagi memeriahkan sambutan perayaan ini. Pelbagai acara akan diadakan seperti persembahan kebudayaan, holi fest, seni henna dan juga pesta makanan

Muar Art Festival @Muar 20 – 22 November 2020

Satu program yang menggabungkan muzik, komedi, hiburan kanak-kanak, teater jalanan, mural dan lain-lain. Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena festival ini seperti bazar makanan, konsert artis tempatan dan sebagainya.

Festival Hujung Benua 2020 @Tanjung Piai Disember 2020

Sempena fenomena air pasang surut yang berlaku pada Disember setiap tahun di Tanjung Piai iaitu penghujung benua Asia Pasifik. Satu festival Hujung Benua akan diadakan. Bagi memeriahkan lagi sambutan, pelbagai acara akan diadakan.

Credit info: Tourism Johor

Untuk update terkini mengenai Visit Johor 2020 sila ikuti update di:

Website – www.tourismjohor.my

Loading

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!