Minum Petang di Murtabak Hamid Pontian

Minum Petang di Murtabak Hamid Pontian

Minum Petang di Murtabak Hamid Pontian | Assalamu’alaikum. Cerita beberapa minggu lepas dalam perjalanan balik dari Batu Pahat ke Gelang Patah. Kebetulan tersaing Mommy Ngah dan Daddy Ngah yang balik ke Parit Raja, jadi kami pun plan nak nak singgah mana-mana untuk minum petang. Plan asal nak lepak di warung Goreng Pisang Rangup, Rengit. Malangnya warung tu tutup. Nasiblah masa on the way balik Senggarang hari Sabtu tu Babah dah tapau. Kalau tak meleleh air liur hahaha.

Bincang punya bincang Mommy Ngah ajak pekena murtabak di kedai Murtabak Hamid. Dia kata dia dah selalu ke sini dan murtabaknya sedap. Ummi pun lajulah search, memang ramai kata sedap. Ok, let’s try!

Masuk je ke kawasan kedai boleh nampak la Taukey Murtabak Hamid tengah mencanai roti hehehe.

Senarai air yang dijual. Dalam banyak-banyak list tu, haruslah Ummi tertawan dengan Teh Ais Cincau tu ha. Tengok gambar je pun dah rasa terliur.

SENARAI MENU DI MURTABAK HAMID

Ini list harga murtabak dan roti canai yang ada. Mommy Ngah order murtabak king. Ummi lebih tertarik nak mencuba murtabak cheese.

Teh Ais Cincau (RM2) dah sampai. Perghhh padu weh rasa dia. Sedap yang amat. Lupa apa itu kurus kahkahkah.

Murtabak King (RM16) sampai dulu. Memang mantap rasanya. No wonder lah kedai ni bertahan lama since 1971 kauuu. Dah 48 tahun berniaga. Dah nak 50 sen dah umur kedai ni hehehe.

Yang Ummi nanti-nantikan dah muncul yeay.. Murtabak Cheese (RM23). Tengok post pun dah terasa lalu kat tekak kan.

Haaaaa nampak tu, cheese boleh tarik lagi. “Tarik-tarik tak mau putuihhh” kata dia.

Makanan sampai kena bersabar.. let’s the camera eat first! Kamera dah makan.. kena sabar lagi.. kasi wefie satu kali.. haaaa jemput makan.

Overall, memang sedap murtabak kat Murtabak Hamid ni. Escpecially Murtabak Cheese tu. Inti murtabak tu memang tak kedekut dan cukup rasa. Dicicah pulak dengan kuah yang cukup rasa. Kenyang tersandar. Next time boleh datang lagi. Memang berbaloi rasa dan harga. Puas hati uols. Cubalah. Ummi ni arwah emak je orang Pontian, tapi tak pernah pun explore Bandar Pontian ni secara bersungguh-sungguh hehehe. Sempena Visit Johor 2020 ni, kalau korang tersampai ke Pontian, silalah singgah di Murtabak Hamid ya. Alamat Ummi sertakan di bawah. Selamart menjamu selera!

MURTABAK HAMID

📍  Pasar Peladang Pontian, Jalan Pantai, Kampung Atap, Pontian, Johor.

Waktu perniagaan:

Ahad – Jumaat

🕢 7.30am – 12pm
🕝 2.30pm – 7pm

‼️Tutup – Sabtu

Untuk tempahan, sila hubungi:
📲 019-764 8456

❗Perkhidmatan penghantaran juga disediakan dan bakal bekerjasama dengan Food Panda.

Facebook Murtabak Hamid
https://www.facebook.com/murtabakhamid/

Instagram Murtabak Hamid
https://www.instagram.com/murtabakhamid/

BACA JUGA: SENARAI TEMPAT MAKAN SEDAP DI JOHOR

Loading

Full-time Working Mom @ PTP | Blogger | Breastfeeding Peer Counselor | Shaklee Independent Distributor ♥ Product Review ♥ Food Review ♥ Media/ Events ♥ Advertorial ♥ Sponsorship email to: hernee.nazir@gmail.com whatsapp: 014-6106331

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *