Jambatan Sungai Pulai Dibuka Untuk Lalu Lintas Pada 19 Januari 2023

Ummi Ilham at Work
Jambatan Sungai Pulai Dibuka Untuk Lalu Lintas Pada 19 Januari 2023

Jambatan Sungai Pulai Dibuka Untuk Lalu Lintas Pada 19 Januari 2023 | Jambatan Sungai Pulai yang menghubungkan Johor Bahru-Pontian bakal dirasmikan dan dibuka untuk lalu lintas pada hari esok 19 Januari 2023.

Sempatlah juga Ummi ikut pilot boat tadi untuk rehearsal bagi majlis perasmian esok. Esok pagi jam 10 pilot boat akan standby untuk sebarang kemungkinan sepanjang majlis di bawah jambatan ni. Semoga majlis berjalan lancar hendaknya. Ummi tumpang bergambar dari laut je. Nanti free kita lalu atas jambatan.

Jambatan sepanjang 7.5 kilometer itu akan memendekkan tempoh masa perjalanan dari Johor Bahru ke Pontian dari satu jam kepada 15 minit. Lepas ni senanglah nak breakfast atau lunch kat kawasan Pontian sebab dah dekat hehehe. Antara lokasi Jalan-jalan Cari Makan yang korang boleh terjah di kawasan Pontian Kopi Tenggek Tg. Piai, Murtabak Hamid Pontian, Selera Tradisi Catering Bandar Pontian yang menyajikan lauk pauk raya dan banyak lagi. Orang-orang Pontian boleh la JJCM tempat makan sedap di Gelang Patah.

View Jambatan Sungai Pulai dari arah laut PTP. Siapa lalu jambatan ni boleh la cuci mata tengok kapal-kapal kontena yang berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas. Jangan korang duk berhenti tanpa sebab semata-mata nak selfie kat sini tau. Bahaya untuk keselamatan hehehe. Semoga dengan adanya jambatan ini dapat meningkatkan lagi taraf kehidupan penduduk sekitar Gelang Patah, Iskandar Puteri mahu pun penduduk Pontian.

Follow HERNEENAZIRDOTCOM

Loading

Related Posts

2 thoughts on “Jambatan Sungai Pulai Dibuka Untuk Lalu Lintas Pada 19 Januari 2023

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!